Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Performing Silat in Australia: A Cultural Heritage Approach (UUM Press)
  • Language: en
  • Pages: 260

Performing Silat in Australia: A Cultural Heritage Approach (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2021-11-21
  • -
  • Publisher: UUM Press

Have you ever dreamed of living in foreign and faraway places? Have you ever wondered how, in such places, your cultural identity and your sense of self would endure? Malaysian students have been organising cultural festivals in the land, Down Under for more than 20 years. These festivals play host to cultural heritage performances that represent the various ethnicities found in the Malaysian homeland. However, very little is known about the way these diasporic performances differ from those in the homeland, and whether these differences can adversely affect the Malaysian identity they are intended to represent. This book presents the role of intangible cultural heritage performances in deve...

Addressing Economic Challenges of the Covid-19 Pandemic: A Malaysian Experience (UUM Press)
  • Language: en
  • Pages: 170

Addressing Economic Challenges of the Covid-19 Pandemic: A Malaysian Experience (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2022-11-20
  • -
  • Publisher: UUM Press

This book is about explaining and analysing Malaysia’s response to the COVID-19 pandemic, especially in the context of the Malaysian economy. This book serves as an important historical account for Malaysia and for Malaysian economic history in particular, as this COVID-19 pandemic challenges are indeed unprecedented. This book is crucial, especially for policymakers, undergraduate and postgraduate students, academics, as well as the general public at large to understand what happened and make sense of what measures and results of what the Malaysian government has done.

Artikel Pilihan Covid-19. Siri 2 (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 246

Artikel Pilihan Covid-19. Siri 2 (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2021-02-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Coronavirus 2019 juga dikenali sebagai pandemik Covid-19 ialah pandemik penyakit yang berterusan secara global berpunca daripada Coronavirus Sindrom Pernafasan Akut Teruk 2 (SARS-CoV-2). Covid-19 adalah spesies baru daripada keluarga Coronavirus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Antara keluarga Coronavirus lain yang pernah jangkitan salur pernafasan yang teruk adalah Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus (SARS) pada tahun 2002 dan Middle East Respiratory Syndrome-Related Coronavirus (MER-CoV) pada tahun 2012. Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di Wuhan, Hubei, China. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai Dar...

Pengurusan Pusaka Islam, Wasiat dan Hibah di Malaysia: Isu dan Aplikasi (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 307

Pengurusan Pusaka Islam, Wasiat dan Hibah di Malaysia: Isu dan Aplikasi (UUM Press)

  • Categories: Law
  • Type: Book
  • -
  • Published: 2016-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku ini memberi penekanan isu dan pengaplikasian dalam hal untuk menguruskan harta pusaka ini khususnya di Malaysia. Perkara-perkara yang diketengahkan dalam buku ini ialah isu mengenai sistem pentadbiran pengurusan harta pusaka di Malaysia, kemakmuran dalam kelestarian harta pusaka Islam, wasiat dalam Islam sebagai instrumen pelengkap kepada pusaka, hibah dalam Islam sebagai instrumen alternatif kepada pusaka dan pengurusan pusaka dalam era komputer dan teknologi maklumat. Isu-isu yang dikupas dalam buku ini ditumpukan kepada dua perspektif utama. Pertama ialah isu yang bersangkutan dengan hukum Islam secara khusus atau syariat Islam manakala yang kedua ialah isu yang dilihat dalam pengamalan dari segi pengurusan yang terbaik pada era kontemporari kini. Dalam usaha untuk memudahkan pemahaman pembaca, sebagaimana buku yang sebelum ini, maka dimuatkan juga jadual-jadual dan rajah-rajah dengan matlamat untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca mengenainya.

Pengurusan Ekonomi Malaysia Mendepani Cabaran Pandemik Covid-19: Isu dan Penyelesaian (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 228

Pengurusan Ekonomi Malaysia Mendepani Cabaran Pandemik Covid-19: Isu dan Penyelesaian (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2023-09-17
  • -
  • Publisher: UUM Press

Pandemik COVID-19 memberikan impak dari pelbagai segi kepada Malaysia dan juga rakyatnya secara keseluruhan. Impak ini juga dirasai oleh penduduk dunia dan juga seluruh negara di dunia. Kesan wabak ini terutamanya dari aspek kesihatan dan ekonomi yang berlaku secara serentak dan bersama di seluruh dunia, mengakibatkan impak pandemik COVID-19 ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak dijangka. Dalam konteks Malaysia, ketidakstabilan politik yang berlaku sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sedikit sebanyak menjejaskan persediaan Malaysia dalam mendepani cabaran yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia dan juga dunia ini. Buku ini ditulis untuk menganalisis cara kerajaan Malaysia mengur...

Adab-Adab Selepas Suluk : Tarekat Naqshabandiyyah (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 150

Adab-Adab Selepas Suluk : Tarekat Naqshabandiyyah (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2018-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Adab-adab Selepas Suluk Tarekat Naqshabandiyyah merupakan buku agama yang berunsur tasawuf. Buku ini membincangkan persoalan berkaitan kewajiban yang mesti dipatuhi oleh setiap salik selepas menjalani latihan suluk. Rangkaian adab selepas suluk menjadi agenda penting kepada para salik sebagai panduan mengawal diri agar tidak terpesong ke arah yang bertentangan dengan matlamat pelaksanaan latihan suluk dan hukum syarak. Oleh sebab itu, kehadiran buku ini diharap dapat memberikan panduan berguna kepada masyarakat untuk memahami dan mempelajari serta mempraktikkan salah satu daripada elemen ajaran tasawuf ini.

Menyingkap Kebahagiaan Mendidik Anak Disleksia dan Diskalkulia: Pengalaman, Strategi dan Sokongan untuk Ibu Bapa dan Guru (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 204

Menyingkap Kebahagiaan Mendidik Anak Disleksia dan Diskalkulia: Pengalaman, Strategi dan Sokongan untuk Ibu Bapa dan Guru (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2021-05-02
  • -
  • Publisher: UUM Press

Anak disleksia dan diskalkulia memerlukan perhatian khusus serta kaedah pembelajaran dan pengajaran yang semestinya berlainan daripada anak-anak yang lain. Dek keunikan cara pembelajaran mereka, sama ada nombor (diskalkulia) mahupun teks (disleksia), mereka sudah tentu menghadapi kesukaran dalam mempelajarinya. Sebagai ibu bapa dan guru, kita sepatutnya cuba memahami apa yang terpaksa diharungi oleh anak ini supaya kita dapat memberikan bantuan, sokongan dan semangat kepada mereka agar mereka tidak berputus asa dan terus berusaha. Penulis-penulis buku ini merupakan penyelidik dan pensyarah yang telah lama berkecimpung dalam penyelidikan bagi mencari penyelesaian pendidikan yang berkesan kepa...

Sejarah dan Perkembangan Ibadah Haji (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 86

Sejarah dan Perkembangan Ibadah Haji (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2018-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku ini dipersembahkan khasnya kepada Duyufurrahman atau tetamu Allah SWT sama ada mereka yang akan melaksanakan ibadah haji dan umrah ataupun mereka yang hendak mengkaji secara terperinci mengenai sejarah kota suci Makkah, masjid sekitar Mekah, tempat miqat haji dan umrah, kawasan sempadan tanah haram dan sebagainya. Maklumat serta perbincangannya bukan hanya menyentuh perkara yang berkenaan dengan tatacara pelaksanaan ibadah itu sendiri, namun juga memaparkan pelbagai aspek peristiwa serta gambaran secara menyeluruh tentang perihal lokasi kota suci Makkah berdasarkan kepada dalil al-Quran dan al- Sunah. Buku ini juga menerangkan kronologi pelaksanaan ibadah haji dan umrah oleh para nabi-n...

Intelektual Menurut Pemikiran Malik Bennabi (1905-1973) (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 115

Intelektual Menurut Pemikiran Malik Bennabi (1905-1973) (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2021-09-05
  • -
  • Publisher: UUM Press

Intelektual merupakan isu sejagat yang wajar diberikan perhatian serius oleh semua pihak sama ada dalam kalangan ahli akademik, ahli politik mahupun masyarakat awam. Asasnya, intelektual dipersonifikasikan sebagai golongan bijak pandai yang berusaha untuk memikirkan masalah masyarakat di sekelilingnya serta mencari jalan penyelesaian terbaik kepada setiap masalah yang berlaku. Namun siapakah sebenarnya mereka yang bergelar intelektual? Apakah karakteristik seorang intelektual? Bagaimanakah mereka berperanan sebagai cerdik pandai dalam membangunkan masyarakat dan negaranya? Usaha merungkai persoalan dalam buku ini diketengahkan untuk meneliti konsep dan falsafah intelektual, selain peranan sebenar mereka kepada masyarakat. Kupasan tersebut diperhalusi dari sudut pemikiran tokoh pemikir Islam terkemuka abad ke-20 iaitu Malik Bennabi – seorang sarjana ulung yang berusaha merungkai pelbagai persoalan melibatkan isu kemanusiaan serta ketamadunan seperti isu intelektual dan keintelektualan.

Transformasi Sumber Manusia dalam Sektor Awam (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 182

Transformasi Sumber Manusia dalam Sektor Awam (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2019-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Perubahan persekitaran pekerjaan pada peringkat global dan tempatan telah membawa perubahan kepada tingkah laku dan pemikiran pekerja. Keadaan ini memerlukan transformasi pengurusan sumber manusia agar potensi dan bakat yang dimiliki oleh pekerja dapat dimaksimumkan bagi memberikan perkhidmatan yang bernilai tinggi kepada masyarakat. Bakat dan potensi pekerja dapat dimaksimumkan dengan kemudahan teknologi dan Internet yang telah mengubah cara pemikiran dan interaksi antara pekerja sesama pekerja, pelanggan dan pihak berkepentingan yang lain. Berasaskan kepada sumber manusia sebagai aset penting organisasi, buku ini membincangkan peringkat transformasi yang berlaku dalam organisasi dengan mem...