Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Setelah Ammar Tinggalkan Kita
  • Language: ms
  • Pages: 318

Setelah Ammar Tinggalkan Kita

Pemergian setahun Ammar meninggalkan kesan mendalam kepada setiap jiwa yang mengenalinya. Fenomena syahidnya pemuda berwawasan ummatik ini mampu menghidupkan hati-hati yang lalai atau telah ‘mati’ dek Hakikatnya Ammar menjadi bayangan kepada mereka yang mahu berhijrah daripada seseorang yang baik kepada yang luar biasa. Dan realiti itu terlaksana kepada mereka yang mendambakan sebuah kehidupan tenang berteraskan al-Quran dan sunnah serta berpaksikan akhirat. Ammar, dia hanya 'hilang' daripada pandangan, namun semangat dan perjuangannya tetap hidup! Inilah pemuda di bawah payung Hijrah. Sebuah naskhah istimewa buat mereka yang sedang menelusuri lorong cahaya dalam kehidupan serta mendambakan pengakhiran yang husnul khotimah.

CERITA CINTA AHMAD AMMAR
  • Language: ms
  • Pages: 384

CERITA CINTA AHMAD AMMAR

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2014
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Ahmad Ammar, sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-MU di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik. Subhanallah... indahnya rencana-MU ALLAH. Benar, ia bukan kebetulan. Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul. Moga jannah jua sebagai ganti. Tenanglah adinda Ammar di sana. Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga. Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan. Impian Ammar adalah realiti kita.

TASBIH BAITULLAH
  • Language: ms
  • Pages: 247

TASBIH BAITULLAH

Catatan sebuah perjalanan mengunjungi dua buah Tanah Haram (Haramain) iaitu Madinah dan Makkah. Perjalanan ini adalah sebahagian daripada perjalanan mengerjakan umrah. Umrah yang amat istimewa kerana disertai oleh seluruh ahli keluarga. Istimewanya perjalanan umrah ini juga kerana turut disertai oleh “anak syurga”, seorang anak kami yang menghidapi autisme.Semoga catatan ini dapat membantu mereka yang hendak mengetahui perjalanan umrah secara berkeluarga atau secara individu, dalam kembara menuju rahmat Allah di dua buah Tanah Suci.

CUKUP HANYA ALLAH
  • Language: ms
  • Pages: 256

CUKUP HANYA ALLAH

Kita bukanlah insan istimewa. Namun, adakala kita berasa kitalah yang paling baik dan kitalah paling sempurna, sehingga ada yang terdetik kita mampu sendirian mengharungi liku-liku kehidupan. Rasa itu terus menjalar ke benak hati paling dalam. Ya! Lupakah kita bahawa hanya ALLAH tempat sandaran? Andai ALLAH diabai, ke mana harapan harus dituju? ALLAH itu dekat. Tidak pernah menjauh. Kita pula sering melupakan-NYA dan mengingati saat kesusahan bertamu. Lalu, munajatlah tanpa henti. DIA akan membantu kita dalam mendidik hati dan jiwa. Pasti kita menjadi sebaik-baik insan. Yakinlah! Cukup hanya DIA di hati.

JADI PEMIMPIN HEBAT
  • Language: ms
  • Pages: 400

JADI PEMIMPIN HEBAT

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Setiap pemimpin dilahirkan sebagai pemimpin. Rasulullah SAW berkata, “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu akan ditanya tentang natijah kepimpinannya.” –Riwayat Bukhari dan Muslim Untuk menjadi pemimpin hebat, tidak cukup hanya tahu memberi arahan sahaja. Malah, perlu bijak memberi keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan kepada apa yang dipimpin. Maka, daripada situlah Rasulullah SAW telah dijadikan ikon sebagai pemimpin agung oleh seluruh umat manusia sehingga negara barat sendiri mengakui mengenainya.

Manisnya Cinta Si Anak Muda
  • Language: ms
  • Pages: 384

Manisnya Cinta Si Anak Muda

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2014
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Antara nikmat terindah yang ALLAH hadiahkan buat kita adalah perasaan cinta. Betapa hebat nikmat dan anugerah ini sehinggakan sebahagian kita terlupa siapa diri dan arah tuju di dunia tatkala dilamar oleh rasa cinta ini. Ramai orang berbicara tentang nikmat cinta dengan bahasa gembira, sehingga mereka terlupa tentang sempadan yang perlu dijaga. Tidaklah salah sebenarnya membicarakan soal cinta, tetapi biarlah kita sentiasa sedar dan berwaspada. Cinta itu fitrah. Ia menghubungkan dua jiwa, bahkan dua keluarga. Namun jika cuai menjaga, sekelip mata ia bertukar menjadi fitnah. Jika cuai menjaga, ia mampu bertukar menjadi musibah yang meretakkan ikatan bersaudara dalam sekelip mata.

Menuju Sejahtera Meraih Bahagia
  • Language: ms
  • Pages: 336

Menuju Sejahtera Meraih Bahagia

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2014
  • -
  • Publisher: Alaf 21

"DR. MASZLEE MALIK merupakan tokoh cendekiawan muslim dalam negara ini. Pandangan-pandangan politik beliau mengambil kira gabungan antara tuntutan roh nas-nas syariah dalam teksdan penjelmaannya dalam realiti semasa. Saya berharap tulisannya ini akan menjadi satu lagi sumbangan ke arah memahami kerangka pemikiran politik dalamIslam. Didoakan ia dapat menjadi penawar kepada kejumudangolongan yang membicarakan nas-nas politik dalam agamaini secara literal. Juga menjadi ubat untuk mereka yang cuba membebaskan politik dari prinsip-prinsip agama. Moga ALLAH memberkati usaha akhi fi llah Dr. Maszlee Malik!"

Kita Ciptaan Terindah
  • Language: ms
  • Pages: 288

Kita Ciptaan Terindah

Wanita padanya punya keistimewaan. Diciptakan atas permintaan seorang lelaki di syurga nan abadi. Lahirnya sebagai peneman dan penenang hati.Meski berbeza, wanita diciptakan untuk saling melengkapi.Wanita mampu menjadi perhiasan dunia yang terindah, andai ditanam dalam dirinya dengan keindahan ke­takwaan serta dipagari akhlak yang mulia. Istimewanya wanita sehingga al-Quran sendiri memberi penekanan tentang urusannya.Surah an-Nisa tersaji sebagai wadah membincangkan pengurusan wanita seperti pernikahan, perceraian, nafkah, faraid serta fikah berkaitan.Mulianya wanita sehingga DIA menyediakan manual khas ini. Hukum berkaitan wanita agak kompleks berbanding lelaki.Justeru, lahirlah nashkahKITA CIPTAAN TERINDAH ini yang menghimpun 300 soal jawab berkaitan wanita, khususnya.Ia bagi memudahkan kefahaman me­ngenai hukum yang melingkari wanita secara ringkas, padat dan tepat.Karya ini amat sesuai dijadikan rujukan pantas untuk seisi keluarga.

Ahmad Ammar
  • Language: ms
  • Pages: 168

Ahmad Ammar

Kisah Ahmad Ammar ketika dia masih belum dikenali. Kisah semasa dia masih kecil, pendiam dan seorang yang taat kepada ibu bapa. Beliau sudah dididik bagi menjadi seorang yang akan mewakafkan dirinya untuk ummah. Beliau sudah diajarkan sedari kecil bagi menyedari tujuan hidupnya bukan sekadar untuk membela keluarga dan tanah air, tetapi lebih besar daripada itu, iaitu ummah seluruhnya. Inilah kisah beliau, kisah pemuda yang dipersiapkan untuk ummah.

YA! ISLAM ITU MUDAH
  • Language: ms
  • Pages: 240

YA! ISLAM ITU MUDAH

Naskhah ini dibawa khusus untuk pembaca sebagai merintis jalan yang sesuai dalam beragama agar matlamat Muslim dan Islam menjadi sebati, di samping agama tidak dipandang hanya kepada solat, puasa, zakat dan haji semata-mata. Pada masa yang sama juga, agama tidak dipisahkan daripada ibadat khusus sebagaimana yang telah digariskan oleh syariat.