You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Karya ini sekali lagi mempamerkan keberanian pengarangnya dalam memberikan tafsiran baru terhadap satu lagi karya klasik agung orang Melayu. Kali ini dengan menggunakan kaedah filologi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam secara kritis telah membedah isi kandungan sebuah hikayat yang selama lebih daripada dua abad ternyata salah dibaca dan silap ditransliterasikan ke huruf Rumi oleh para pengkaji Orientalis dan tempatan. Kesalahan zaman-berzaman ini jugalah yang menjadikan hikayat yang masyhur ini telah silap ditafsirkan bukan sahaja dari segi penyebutan nama gelaran Laksamana Melaka yang sebenar, tetapi juga dari segi isi kandungan yang menceritakan petualangan Laksamana yang masyhur itu. Y...
None