You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
None
Kumpulan cerpen Kembara Mencari Sinar adalah himpunan 30 cerpen yang meneroka berbagai aspek masyarakat dan kehidupan termasuk isu dalam dan luar negara. Penulis dengan keistimewaan tersendiri ini mengetengahkan berbagai teknik penceritaan yang segar bersama idea menarik dan mengagumkan. Sesuai untuk dipraktikkan oleh penulis baru atau berpengalaman. Pembaca dibawa untuk melihat dan merasa dalam penceritaan. Mesej yang disampaikan bersahaja namun sarat dengan nasihat berguna tetapi tetap menghiburkan. Sentiasa ada kejutan dan sesuatu yang istimewa dan tidak pernah menghampakan. Realiti hidup... Bukan sahaja lalu bahagia, adakala penuh drama Liku-liku perjalanan meniti usia...
Berkahwin dengan bekas tunang? Bukankah seperti sudah ludah jilat balik? Namun, entah kenapa Dian tidak mampu berkata tidak kepada arahan ayah dan ibunya. Zamil pula mengamuk sampai demam tiga hari gara-gara dipaksa berkahwin. Tetapi, setelah berjumpa dengan Dian, dia pula yang bagai tidak sabar-sabar hendak menuju gerbang perkahwinan! Siapa kata kahwin tanpa cinta tak bahagia? Zamil dan Dian menjadi pasangan yang romantik dan serasi bersama. Namun, tatkala bahagia menyulam cinta, tiba-tiba jarum pengaitnya hilang. Zamil jadi sasau apabila isterinya pergi tanpa sepatah kata. Cinta tetap cinta berpisah bukan bermakna kasih telah hilang. Dian tersepit antara cinta Danish yang tidak pernah padam dan kasih Zamil yang tiada berpenghujung. Peluang hanya sekali datang bertamu. Bagaimana dia hendak memilih, andai dia tidak memiliki hatinya sendiri? Andai ada benci, mengapa sempat merindu?
SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu. Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya? RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...
Amira terkedu saat melihat wajah lelaki yang meninggalkan parut hitam di dalam hidupnya. Bertahun dia cuba melupakan kisah hitam yang berlaku antara mereka. Tapi, lelaki itu muncul kembali. Faizal menjejaki Amira demi kemaafan. Dia cuba membetulkan kesilapan lalu. Tapi, realitinya bukan senang untuk mengubat luka di hati. Kata maaf yang dipinta, hanya dipandang sepi. Kata-kata itu hanya di mulut Amira. Di dalam hati dia berperang dengan perasaan. Ada getar di hati tatkala mengingati lelaki itu. Operasi di Pulau Langkawi telah menjadi titik perubahan di dalam hubungan dingin itu. Mengharungi saat-saat getir bersama di pulau itu, menyingkap rahsia hati yang terpendam.
Hidup Alissa sungguh terseksa. Sudahlah dibenci dan dihina ibu kandung sendiri, dia pula tertangkap basah dengan majikannya sendiri, Syed Hadif. Akibat peristiwa hitam itu, mereka dinikahkan atas restu ayah Alissa sendiri. Saat disahkan sebagai isteri, hatinya remuk-redam. Antara pasrah dan tidak, dia harus melupakan Ilham, kekasih hati yang sudah mengikat janji untuk membina mahligai cinta. Perkahwinan itu semakin menyeksa batin Alissa. Hubungan halal itu harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan isteri pertama Syed Hadif. Sampai bila rahsia harus disimpan sedangkan Syed Akil, adik suaminya sering mendambakan rindu dan kasih sayang daripadanya? Namun dia perlu akur. Dia sudah bersuami dan wajib membahagiakan suaminya. Menjadi isteri kepada Syed Hadif bukan bermakna penderitaan tamat begitu sahaja. Malang menimpa diri, Syed Hadif pergi buat selama-lamanya akibat kemalangan jalan raya yang telah dirancang seseorang. Ya ALLAH… ke mana lagi Alissa mahu membawa diri? Haruskah dia kembali kepada Ilham? Perlukah dia mencurahkan kasih kepada Syed Akil? Kedua-duanya pernah dikecewakannya. Siapa sebenarnya yang mampu merawat duka laranya?
Buku ini memberi fokus kepada warisan sakral sama ada yang masih wujud serta diamalkan, mahupun yang telah lama ditinggalkan oleh masyarakat, umumnya di Nusantara. Sakral secara khusus bermaksud suci, mempunyai kuasa khas malah ajaib serta luar biasa, sering dikaitkan dengan hal yang bersifat kudus, transenden, misteri, sempurna dan mempunyai kesan transformatif kepada kehidupan dan takdir masyarakat yang mengamalkan dan menganutinya. Biarpun dunia kini telah semakin maju dan menjunjung tinggi nilai sains dan teknologi dalam kehidupan dan pembangunan negara, hakikatnya masyarakat yang menjadi asas kemajuan itu adalah manusia yang pernah tinggal dan merasai pengalaman sakral yang dilaksanakan...
None