You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Legenda merupakan gelaran agung di dalam dunia pertarungan. Para pendekar dan pahlawan zaman-berzaman merebutinya. Sudah terlalu banyak darah mengalir dan nyawa melayang disebabkan ramai yang mahu menyangdangnya. Hanya dengan menumpaskan penyandang sebelumnya, barulah seseorang pendekar itu dinobarkan gelaran Legenda. Tetapi tiga dekad yang lepas, penyandangnya yang terakhir telah menghilangkan diri mengakibatkan tidak ada sesiapa mampu merampas gelaran tersebut secara rasmi selepas itu. Rusyd, pemuda berusia 20-an, turun dari Puncak Tanpa Nama sebaik sahaja pertapaannya tamat, dengan satu misi – menuntut bela kematian ayahanda dan bondanya yang telah dibunuh oleh pendekar satu sebuah sekolah persilatan. Di tengah kembara, Rusyd bertemu dengan misteri gelaran Legenda, dan perjalanannya untuk melunaskan dendam membara, kini terlilit dengan misteri tersebut, menariknya ke konflik yang lebih besar!
Berumur 30-an, Wasim hidup sederhana bersama keluarganya di Kuala Lumpur, menyara hidup dengan perniagaan kecil di dalam talian bersama pendapatan yang cukup-cukup makan. Tidak betah bersosial, ketagihan rokok dan tidak menjaga solat, Wasim tidak betah bergaul dengan orang ramai, dan kehidupannya juga terumban g ambing dengan tekanan ekonomi serta jauh dari kepatuhan kepada Tuhan. Tanpa diduga, Wasim mendapat jemputan untuk bertemu di Tanah Suci selama 50 hari bagi urusan menenunaikan Haji. Kosnya pula sudah ada yang mahu menanggung! Orang lain akan rasa gembira dan bertuah, tetapi Wasim tenggelam dalam resah dan gelisah. Mengenali dirinya, Wasim sendiri mempersoalkan, apakah dia layak menjadi Tetamu Tuhan? Mampukan dia bertamu di Tanah Suci dengan baik selama 50 hari, dengan keadaan dirinya yang sedemekian rupa?
HERO. Seorang wira yang muncul dua tahun yang lalu, menjaga keamanan Kotaraya Angsana yang dibangunkan oleh 10 Jutawan Islam Malaysia. Amir Faheem bin Amir Muiz, atau lebih dikenali sebagai Afam, merupakan individu yang bertanggungjawab menjadi HERO tersebut. Afam ingin menuntut bela akan kematian ibu dan bapanya, ang diyakini mati bukan kerana kemalangan biasa, tetapi hasil campur tangan dan konspirasi Syaitan Bertopeng, sebuah organisasi dunia gelap yang berniat jahat terhadap negara ini. Namun dua tahun tidak memberikannya apa-apa hasil. Kehidupan Afam tambah serabut apabila dia terpaksa menuruti wasiat bapanya untuk mengahwini Afeefah Husna, bagi menyelamatkan hartanya. Sedang Afeefah Husna, seorang wanita solehah, kotradik 100% dengan peribadinya yang jauh dari cara hidup Islam. Menambah masalahnya, satu watak misteri yang sangat menggerunkan muncul di Kotaraya Angsana, berusaha untuk menamatkan khidmatnya sebagai HERO Kotaraya Angsana. Mampukah Afam menghadapi semua konflik ini?
Amru belia sederhana. Membesar bernaungkan Pondok Taujih Ruhiyyah, diselia Buya. Selain ilmu agama, seni mempertahankan diri melengkapkan dirinya. Cinta juga berputik di dalam jiwanya dengan santri rupawan, Zaharah. Namun kehidupan indah itu terganggu dek berita bondanya, Ruadhah yang gering, menyebabkan Amru pulang ke Kota Lemuria. Ribut mula datang menggegar, kos rawatan tidak mampu ditampung, sedang nyawa bonda di hujung tanduk. Takdir menentukan Amru menyelamatkan Mansur, seorang jutawan dermawan, bakal YBM Kota Lemuria. Mansur mencurahkan kekayaan kepada Amru, nyawa bondanya bersambung, dan kehidupan seperti menunjukkan cahaya. Tanpa Amru ketahui, Mansur punya rahsia besar yang bakal menjemput pemberontakan jiwanya.
Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan semakin memuncak. Inteligen Kerajaan Malaysia masih tidak berputus asa memburu Nobu sebelum impiannya untuk merentasi masa direalisasikan. Tetapi pasukan Afam, Bakri, Faisal dan Mus’ab juga tidak berdiam diri dan bersedia untuk kemungkinan yang terburuk. Nobu dengan kelicikannya berjaya merentasi masa, dengan satu misi misi yang besar – Membunuh Muhammad! Satu usaha drastik yang bermatlamatkan mengakhiri pertembungan antara Ryuken dan Malaysia. Lantas Afam menghantar Bakri, Faisal dan Mus’ab untuk memintas Nobu, sedang dia sendiri berpakat dengan Tengku Amiri untuk menghadapi Ryuken di Jepun. Bagaimanakah pengakhiran siri HERO ini? Sudah pasti jalan perjuangan ini tidak sunyi dari cabaran yang menggegarkan!
Ryujin. Nama itu telah lama tidak didengarinya, namun kini kembali disebut-sebut. Kisah silam Mus’ab seperti mengejari diri, apabila Ryuken, Organisasi Gelap paling berpengaruh di peringkat antarabangsa mengaktifkannya kembali sebagai algojo mereka. Mus’ab telah bertaubat dan berubah, seiring perubahan Malaysia ke arah kebaikan. Tetapi kini katana-nya kembali berlumuran darah, demi mempertahankan kehidupan aman yang telah dibinanya. Tanpa Mus’ab sedari, tindakannya mengheret diri ke konflik yang lebih besar, antara Kerajaan Malaysia dan Ryuken sendiri. Konflik dan tragedi mula berselirat, keluarganya mula terancam, dan algojo yang selama ini tertidur seperti telah terbangkit semula. Mus’ab mula tertanya-tanya, apakah selama ini Tuhan tidak sudi mengampunkannya?
Malaysia di ambang peristiwa besar. Pembebasan Masjidil Aqsa, kini bukan lagi mimpi, bahkan tidak lama lagi menjadi realiti. Malaysia menerajui misi agung tersebut engan kepimpinan kini yang sangat jujur, dedikasi dan amanah dalam melakukan tanggungjawab. Kejahatan tidak meredhai akan hal ini. Satu organisasi rahsia mula melancarkan serangan demi serangan dari dalam untuk memporak-perandakan Malaysia, meruntuhkan kredbilitinya dengan peristiwa demi peristiwa buruk. Bakri dan bapanya Mustafa, punya sejarah hitam dengan organisasi rahsia ini. Orang yang mereka cintai telahg diragut daripada kehidupan mereka. Mengetahui organisasi tersebut mula memberikan fokus kepada Malaysia, mereka menuju ke sana. Di Malaysia, pertembungan antara kebenaran dan kebatilan, berlangsung!
Satu tragedi tidak disangka-sangka telah berlaku, menyebabkan Ariki lari dari istana, meninggalkan kezaliman ayahandanya. Takdir menemukannya dengan Aifer, puteri kepada Kabeer, yang telah bersetuju melindunginya dengan beberapa syarat aneh. Tanpa Ariki tahu, lembaran pengembaraan yang panjang lagi mencabar sedang terbentang di hadapannya. Pertembungan antara kegelapan dan cahaya mula mengambil tempat.
Ariki koma selama enam bulan lamanya, dan bangkit secara tiba-tiba dengan satu kejutan yang menggegarkan semua. Pada masa yang sama, Lutello telah hilang kewarasan dan mula membina kerjasama bersama Uluwalu, dengan matlamat mahu mencapai kekuasaan yang lebih besar! Bagi menghalang kerjasama tersebut, Arata menghantar Ariki, Aifer, Yusuf, Gidaya dan Ishmakil ke Uluwalu. Namun satu rahsia pula tersingkap melibatkan Yusuf! Runihara dan kekandanya, Jilani, akhirnya sampai ke Tanah Suci, dan polemik antara mereka dan Mikail pula tercetus, mengheret mereka ke konflik dalaman di negara utama ummat Islam itu. Pengembaraan Satria-Satria Sejati terus bergolak dan mendebarkan! Ikuti perjalanan perjuangan mereka yang seterusnya!
Ahli-ahli dunia gelap telah menggelarnya sebagai ‘Izrail’, kerana setiap kali organisasi dunia gelap tumbang, dialah yang bertanggungjawab. Dia telah meragut 900 nyawa. Namun Faisal sudah rasa muak dengan darah dan mula tawar hati meneruskan kehidupannya itu. Sedang kemelut jiwanya mencapai kemuncak, kenalan lamanya Amirah muncul. Faisal membuat tindakan drastik, melamar ketika itu juga. Berhajat Amirah menjadi surihatinya, menemani dan membantunya keluar dari kegelapan. Pada masa yang sama, Organisasi Hitam, yang menaungi Faisal, mempunyai satu agenda rahsia yang bakal menggegarkan Malaysia. Apakah Faisal akan berjaya menyelamatkan dirinya?