You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
“Saya memanjat almari untuk mencapai topi berbulu ushanka. Lipatan di atas topi tersebut dibuka membolehkannya menutupi telinga Saya yang sedikit capang. Ushanka ini ialah hadiah daripada seorang nenek yang tinggal bersendirian di sebuah pekan kecil di sebelah barat daya kota urban metropolitan Moscow. Saya menjadi resah dan serba salah sejak kembali memegang kamera itu. Ia seperti seorang gadis jelita yang mempunyai persona dan mampu berkata-kata dengan pujukan mesra. Sungguhpun telinga Saya tertutup dengan ushanka tetapi ia tidak cukup kedap untuk menyerap bunyi misteri ini. Dengan topi ushanka yang berbulu, Saya mengambil gambar sendiri. Argh. Serta-merta itu juga Saya seperti disedut ke dalam kamera tersebut.” –petikan cerpen DSLR Naskhah ini mengumpulkan 16 cerpen realisme magis yang memerangkap pembaca dalam dunia kembara diri yang serba labirin, mengkritik masyarakat dari sudut pandang politik dan sosial, dengan Rusia dan Malaysia sebagai latar yang berselang-seli. ****** “Di tangan Khairil Idham Ismail, tabiat bermain kamera boleh bertukar menjadi penjara minda.” –Wan Nor Azriq, novelis
Hospital adalah sebuah gelanggang yang sukar diduga. Pelbagai kerenah, ragam, juga warna manusia saling bergelumang dan mencelorengkan. Bergelar petugas kesihatan umpama melihat ke dalam cermin kehidupan. Menjadi pemerhati yang tajam, juga sesekali terheret sama ke kancah yang menikam. 25 kes daripada 25 penulis ini merakam pengalaman itu. Sejumlah pertembungan yang kemas pada ingatan seperti retak sekeping cermin. Sentiasa ada setiap kali mereka merenung ke dalamnya. Ironi. Konflik. Motivasi. Inspirasi. Debar. Panik. Hiba. Tawa. Iktibar. Dera. Semua adjektif dan superlatif yang menitis dan mencomotkan lantai hospital. Ini adalah kehidupan (juga kematian) yang perlu ditangani para penulisnya. That one case - yang tak terlupakan.
On application of traditional ecological knowledge and ethnoscience in Malaysia.
Sering berbaju biru dan bertopeng muka, doktor bius menjadi figur misteri di hospital. Mereka muncul tiba-tiba, dan pergi tanpa disedari. Dalam dewan bedah mereka hanya bayang-bayang yang muncul antara jaga dan khayal, dan hilang sebelum mata pesakit benar-benar terbuka. Begitu perahsia, sehingga kita tertanya-tanya: siapakah watak-watak biru ini? Beep… beep… Sejak kali pertama berdegup di dalam rahim ibu, jantung tidak pernah berhenti. Menghidupkan organ, menggerakkan nafas, bahkan menjadi bayang kepada ‘nyawa’. Saban hari, kita tak pernah memikirkannya, uh, sudah berapa kali jantung berdenyut hari ini? Ia bekerja, amat menghidupkan, sekalipun tersembunyi dari perhitungan manusia. Terlepas dari kesedaran manusia. Begitulah juga para doktor bius. Tersembunyi di belakang tabir. Sering tercicir dari penghargaan tetapi di bahu mereka tergalas tanggungjawab yang menggunung. Setiap helaan nafas. Setiap denyut nadi. Setiap degup jantung. Bila jantung kata BEEP…BEEP…
Hospital adalah sebuah gelanggang yang aneh. Ia menyaksikan kehidupan bermula dengan sangat mempersona. Sering juga merakam kematian – dalam rupa yang pedih dan menggamamkan. Semestinya sebagai petugas yang bertelingkah di dalam gelanggang aneh ini – terlalu banyak warna yang terpalit pada tubuh pengalaman. Sedih, sunyi, terasing, tersepit, simpati, inspirasi, debar, curiga. Ia cuma sebahagian kecil adjektif yang mencomotkan uniform kerja yang penuh cemar. 26 Kes daripada 26 Penulis. Tidak mudah melunturkan semua warna pengalaman yang pekat dan rencam ini. Ia warna kehidupan. Ia warna pergulatan. Ia juga warna kematian. Tidak ada hitam atau putih. Naskhah ini adalah sebahagian daripada warna yang paling membekas, ingatan paling sukar dilupakan sebagai petugas kesihatan.
Kembara Kewartawanan: Mencari Frekuensi di Laut Merah merupakan karya daripada seorang wartawan muda yang pernah berkhidmat di TVAlhijrah dan IKIMfm. Melalui pengalaman kewartawanan di beberapa negara seperti Gaza, Mesir, Jordan, Arab Saudi, Turki, dan Greece, kisah perjalanan ini dirakamkan agar pembaca sedar bahawa pengalaman inilah yang akan menjadi memoir dalam lipatan kerjaya. Dengan latar pengajian daripada Universiti Al-Azhar, Mesir, beliau membawa pembaca menelusuri detik-detik sepanjang di dalam bidang penyiaran.Kesinambungan kisah-kisah ini diadun kemas melalui perjalanan realiti seorang wartawan dalam bidang penyiaran dan radio.
Ini rahsia yang telah lama kami simpan. Syhhhh…! Jika anda ke hospital pasti akan ternampak mereka yang berbaju putih. Mukanya naïf. Rajin. Baik. Peramah. Sesekali menggentel kepala stetoskop yang tergantung di leher. Sesekali menulis-nulis di dalam kad rekod pesakit. Kelihatan nerdy dan ulat buku. Ya lah, para doktor itu lah. Sebenarnya ada rahsia yang tersembunyi di sebalik watak innocent mereka. Seperti Clark Kent menyembunyikan baju ‘S’ ketat di balik kemeja dan cermin matanya. Seperti Peter Parker menyembunyikan sawang labah-labah dalam tubuhnya. Atau Bruce Wayne yang menyembunyikan mengantuknya kerana berjaga malam menyamar jadi kelawar. Mereka ini juga sebenarnya ada kuasa tersembunyi. Super-power yang selama ini dijaga rapi selama bergenerasi. Tapi ini rahsia tau. Syhhhh…! Kuasa apa? Ish… Kalau nak tahu, cuba belek naskhah ini. Dari depan hingga belakang… pasti akan berjumpa. Ini rahsia tau.
Bayang Sudah Pandai Mengejek mengumpulkan 14 cerpen seputar pelbagai watak dan identiti dalam mendepani bayang-bayang mereka. Rafilus yang memilih untuk membunuh lembaga di ruang tamunya; Omar yang membangunkan raksasa dalam tubuh isterinya Eva; Jin yang dibicarakan di mahkamah atas pertuduhan menjadikan manusia gila; atau Dr. Azy yang menjalankan sesi terapi kepada pesakitnya secara senyap-senyap, menyelinap dalam gelap malam. Memanfaatkan kepakaran bidang psikiatri ke dalam fiksyen, Zul Azlin menerokai dunia jiwa dan psike manusia yang aneh, misteri, mendebarkan, serta mengujakan.
“Kamu demam ke? Muka pucat saja.” “Haaa… lambat kamu ke sekolah hari ini.” “Sedia? 3…2…1 pecut!” “Sudah, jangan bergaduh! Minta maaf balik!” “Nah, ambil RM3 ni buat belanja rehat nanti.” Seorang guru ibarat seorang wira yang sentiasa bersedia membantu. Mereka akan menolong anak-anak didik mereka supaya cukup serba-serbi, bukan hanya menyampaikan ilmu di dalam kelas. Segarang mana pun, mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak muridnya. Di rumah pula, mereka akan menyambung kerja-kerja yang tidak sempat diselesaikan di dalam bilik guru. Cikgu pun perlu siapkan ‘homework’ tau! Itu belum lagi perlu melayan pelbagai ragam pelajar dan ibu bapa mereka. Dalam Bilik Darjah 2.0 kembali membawa anda ke sekolah dengan cerita-cerita lucu, menginspirasi dan mengimbau. Loceng dah berbunyi. Jom masuk kelas!