You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Seorang pelajar tingkatan empat disebuah sekolah harian biasa, Khairul Anwar Iskandar atau nama glamornya Nuar, merupakan peminat komik tegar. Dia sanggup menghabiskan duit dan masanya untuk sentiasa berada didalam dunia komiknya. Ketegarannya itu menyebabkan dia kurang menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengundang kemarahan guru. Pertemuan dengan Zack secara tidak sengaja disebuah masjid, telah membuka lembaran baharu dalam kehidupan Nuar. Daripada lukisan yang tiada nilai tarbiah, Nuar mengajak paradigma berdakwah melalui lukisannya. Berbekalkan keazaman yang baharu, Nuar mengorak langkah melalui jalan-jalan yang dibenarkan. Bab 1: Aku dan Komik Malam itu sunyi. Sungguh sunyi. Han...
Novel ini adalah prekuel kepada PERANG ARMAGEDON, gabungan sejarah dan futuristik. Kekalahan Nasrani/Kristian di Baitulmaqdis pada era Sultan Salahuddin al-Ayyubi didogmakan sebagai Armagedon bagi dunia Kristian, akibat hasutan Zionis-Yahudi. Dogmatik ini mendarah daging di dalam jiwa penjarah umat Islam, sehingga mutakhir. Namun janji Allah Maha Benar. Kelak dunia akan bersaksi!
SIPNOSIS: RAJA NUH BIN MANSUR amat berpuas hati dengan rawatan yang diberikan Ibnu Sina. Oleh itu, baginda ingin menjadikan Ibnu Sina sebagai salah seorang tabib baginda. Suatu jawatan yang cukup tinggi dicapai oleh Ibnu Sina sedangkan usianya baru mencecah 17 tahun. Suatu hari, baginda bertitah, “Kamu telah berjaya mengubati beta, beta amat terhutang budi. Oleh itu pintalah apa jua harta yang kamu mahu.” SEBENARNYA, tiada siapa yang menyangka Khalaf akan muncul sebagai tokoh dalam bidang perubatan. Ini kerana, asalnya dia adalah anak seorang pengukir istana yang dilatih untuk meneruskan kemahiran dan seni ayahnya. Namun Khalaf membuktikan pada kita asalkan ada minat dan cita-cita, tiada...
Sinopsis: Himpunan 20 Kisah Keunggulan Para Sahabat ini menghimpunkan kisah-kisah yang mencerminkan keutamaan para Sahabat dan bagaimana mereka berjuang serta bersungguh-sungguh menegakkan agama. Biografi ringkas dan kisah hidup mereka ini memang hebat dan tidak dapat ditandingi. *** Di dalam buku ini, pembaca akan mengetahui jawapan bagi soalan-soalan seperti berikut, siapakah Sahabat paling muda yang pernah dilantik menjadi ketua perang? Siapakah Sahabat yang pertama sekali menghunuskan pedang di jalan Allah? Siapakah Sahabat yang pertama sekali lahir selepas Hijrah? Siapakah Sahabat yang berperang bersama-sama Nabi SAW sebelum memeluk Islam? Siapakah Sahabat yang membunuh nabi palsu? Siapakah Sahabat yang menjadi duta pertama dalam Islam? Siapakah Sahabat yang rumahnya menjadi pilihan Nabi SAW? Siapakah Sahabat yang mula-mula sekali menjadi muazin? Siapakah Sahabat yang paling gagah perkasa? Siapakah Sahabat yang menjadi ikutan golongan zuhud? Siapakah Sahabat yang paling kuat meniru sunah Nabi SAW? Serta banyak lagi kisah-kisah menarik yang bakal menjadi pedoman untuk semua!
Terdapat banyak ayat Al-quran dan hadis yang menyatakan perihal keutamaan Para Sahabat dan galakan untuk mencontohi perjalanan hidup mereka. justeru, buku mengenai keajaiban Para Sahabat ini disusun supaya pembaca dapat mengetahui beberapa kelebihan yang terdapat pada diri Para Sahabat r.hum yang dikutip daripada kisah-kisah benar seperti yang tercatat dalam kitab-kitab sirah.
SIPNOSIS: Himpunan 20 Kisah Para Wali Allah ini menceritakan beberapa kisah wali Allah yang masyhur sebagai pedoman kepada kita. Kisah-kisah wali Allah ini kadangkala membuatkan kita tidak percaya akan keistimewaan yang dimiliki oleh mereka. Mereka mampu berjalan di atas air, terbang di udara dan hilang dalam sekelip mata. Amalan mereka pula tidak dapat ditandingi oleh kebanyakan orang biasa kerana mereka amat sabar dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cinta Allah. Diharapkan dengan perkongsian kisah-kisah ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Pasukan: TARIQ UNITED Sekolah: Sekolah Agama Tariqul Iman Jurulatih: Ustaz Syamil Misi: Melatih pasukan untuk memenangi kejohanan bola sepak tujuh sebelah sekolah agama rakyat Masa yang diberi: Sebulan Halangan yang perlu ditempuh: 1. Keadaan kewangan sekolah yang terhad. 2. Guru akademik yang tidak membantu, mementingkan akademik sahaja. 3. Ketiadaan padang, fasiliti dan peralatan yang sempurna. 4. Ketidakmampuan pemain membeli kasut bola. 5. Para pemain mendapat kritikan rakan-rakan sekelas. Keputusan: Rahsia! ‘Bermati-matian buat kerja, buat kerja sampai mati,’ merupakan prinsip hidup penulis yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah ini. Khairy Tajudin, pemegang Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan menghasilkan novel sulung beliau ini berdasarkan pengalaman sebagai guru sekolah agama rakyat di utara tanah air.
“Hoi!” Komeng mengangkat tangan kepadanya. Dia kurang faham sama ada Komeng memberi isyarat menegur atau isyarat suruhnya menunggu. Dia berjalan dengan lebih laju dan berpura-pura tidak mendengarnya. “Hoi, mari sini!” Komeng berteriak dan langkahnya semakin laju sambil mengangkat tangan mungkin memberi isyarat suruh berhenti. Natrah diserang ketakutan. ‘Kenapa dia panggil aku? Apa dia mahu? Bagaimana kalau dia apa-apakan aku?’ Komeng kurang siuman, tentu sekali dia akan terlepas daripada sebarang pertuduhan jika melakukan jenayah. Jalan pintas yang dilaluinya kelihatan sunyi. Rumah di sekelilingnya senyap sahaja. Mungkin penghuninya keluar bekerja pada siang hari. Nampaknya tiada siapa yang boleh menghulur bantuan. Natrah menarik nafas dalam-dalam. Mengumpul tenaga. Dia nekad mahu melarikan diri. Natrah memecut laju mahu meninggalkan Komeng sejauh-jauhnya. Melihat Natrah yang semakin jauh, Komeng pun berlari menghampirinya.
ISI KANDUNGAN 1 Keldai Mati Hidup Semula 2 Burung Belatuk Nabi Sulaiman a.s. 3 Semut Dan Nabi Sulaiman a.s. 4 Lembu Berwarna Keemasan 5 Anjing Ashabul Kahfi 6 Unta Mukjizat Nabi Salleh a.s. 7 Kibas Korban Nabi Ibrahim a.s 8 Paus Menyelamatkan Nabi Yunus a.s. 9 Anak Lembu Nabi Ibarhim a.s. 10 Buraq Tunggangan Nabi Muhammad SAW SINOPSIS PENUH: 10 Kisah Haiwan Syurga ini mengisahkan sepuluh jenis haiwan yang terlibat dalam kisah-kisah kehidupan beberapa orang Rasul, Nabi-nabi, atau orang soleh. Kesemua kisah ini disebut dalam al-Quran. Walau bagaimanapun, kisah-kisah tersebut diolah semula dalam bentuk kreatif untuk menarik minat kanak-kanak membaca dan memudahkan mereka memahaminya. Sepuluh sp...