You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
This is an open access book. The Covid-19 pandemic has become a global issue have a great impact in almost all fields including in the economic, social, political, cultural and education, and has created social pressures community economy. Almost all over the country having trouble. However, this has consequences for declining economic growth has had an impact on social life, including in countries in ASEAN and especially in Indonesia. We are only at the beginning of the most challenging part, which is how we will emerge out of this situation and return to a “new normal. These challenges highlight the importance of science, technology, and innovation as the decisive factors in any scenario of emergence from the crisis and economic recovery. To eliminate Covid-19 and find solutions to its effects are endeavored through research in various fields of sciences. Hopefully, the cure can be found and the new situation can be adapted.
The Research Probe (TRP) is a proceedings publication of institutional conferences and research competitions. It focuses on four broad themes: education and development studies; humanities and social sciences; science, technology, engineering and mathematics; and business, management and accounting. This publication provides a platform for experts and practitioners from various fields in the dissemination of their research works that address industry trends and needs, scientific findings and international concerns. Both the institutional conferences and proceedings publication promote a wider horizon for researchers through open-access paradigm. TRP publishes articles employing any of the various research methods and strategies. It accepts any specific topic within these broad subjects. It also encourages interdisciplinary articles that broadly discuss key topics relevant to the core scope of the journal.
Antologi Puisi 40 Tahun UUM, Setiap Kali Kau Tiba 16 Februari: Landskap Nostalgia Di Lembah Sintok memaparkan puisi berkaitan Universiti Utara Malaysia (UUM) hasil idea kreatif warga UUM termasuk alumni dan pesara. Buku ini merungkai makna jiwa pada setiap penghuninya melalui bait-bait indah dan puitis pada kata dan rangkap sebagai penzahiran rasa cinta dan syukur atas bumi UUM yang memberi ruang dan waktu kepada warganya dan khalayak pembaca untuk terus menyusuri perjalanan sejarahnya, jatuh dan bangunnya, harapan dan kejayaan yang dibawa bersamanya.
None
Buku Rekayasa Bahasa: Teori dan Aplikasi ini mengandungi sepuluh bab yang memperkatakan secara langsung dan tidak langsung tentang penerapan ilmu bahasa, khususnya yang menyentuh teori penggunaan dan perkembangan bahasa. Keunikan buku ini dapat dilihat melalui kupasan ilmiah berkenaan ilmu bahasa dalam setiap bab merangkumi aplikasi teori dan perkembangan bahasa Melayu itu sendiri. Buku ini sesuai untuk bacaan umum dan diharap dapat menjadi rujukan dan panduan kepada para pengkaji bahasa, pelajar dan golongan pembaca yang berminat alam bidang kajian bahasa.
Negarawan Tun Mahathir Mohamad pernah berkata bahawa sesebuah bangsa yang berjaya adalah mereka yang mempunyai asas identiti yang kukuh dan berjaya mengharungi cabaran. Pembinaan negara bangsa Malaysia merupakan matlamat semua. Impian untuk mewujudkan bangsa Malaysia hanya akan menjadi realiti apabila rakyat bersedia untuk menerima wawasan dan gagasan satu negara satu bangsa. Dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang sedia ada di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa jalan menuju ke arah idealisme negara bangsa Malaysia masih jauh dan penuh berliku. Kejayaan untuk membina negara bangsa Malaysia sebenarnya bergantung kepada kita melalui kesediaan memberi dan menerima. Semangat sedemi...
Memperkasakan pendidikan luar bandar merupakan satu agenda penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan di Malaysia. Keprihatinan terhadap kemunduran pendidikan di kawasan luar bandar mendorong kepada penyelidikan dan penulisan yang bermatlamat untuk mentransformasikan pembelajaran di luar bandar dengan fokus bukan sahaja kepada murid, malah komuniti setempat serta guru. Maka, bagi membolehkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman sama ada dalam bentuk hasil penyelidikan atau kertas konsep, karya suntingan berjudul Transformasi Pendidikan dan Komuniti Luar Bandar ini menghimpunkan sembilan bab yang membincangkan tentang peranan dan strategi yang digunakan oleh pelbagai pihak dalam usaha mempe...
Buku ini ditulis untuk kegunaan semua pelajar universiti dan pendidik sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah atau pendidik yang terlibat dalam pelbagai organisasi berkaitan pendidikan bagi membantu mereka menjalankan penyelidikan secara aktif sama ada dalam kelas, di daerah dan komuniti persekitaran. Buku ini membincangkan proses-proses penting untuk melaksanakan penyelidikan pendidikan menggunakan kaedah kuantitatif. Melalui buku ini diharapkan semua pembaca boleh membezakan pelbagai kaedah dan pendekatan penyelidikan, falsafah, tujuan dan membuat sorotan literatur melalui pendekatan kuantitatif. Pembaca juga akan didedahkan bagaimana untuk menulis objektif dan soalan kajian dan menulis penyataan masalah. Selain itu, buku ini juga membincangkan reka bentuk penyelidikan secara kuantitatif seperti reka bentuk eksperimen, korelasi, tinjauan dan kausal perbandingan. Akhir sekali, bab akhir buku ini berfokus kepada bagaimanakah menulis laporan akhir dan menulis rujukan mengikut Gaya APA edisi ke-7.
Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Praktikal (Edisi Kedua) berperanan sebagai panduan yang membolehkan para pembaca dan pelaksana kurikulum memahami peranan seseorang pemimpin kurikulum dan instruksional di sekolah dengan lebih mudah. Berbeza dengan buku kepimpinan yang lain, buku ini ditulis dari perspektif danpendekatan instruksional. Ini secara tidak langsung akan memperkaya ilmu kepimpinan yang selama ini banyak dipelajari dari perspektif sains politik, pengurusan bisnes, antropologi, sejarah, psikologi, dan sosiologi. Justeru itu, kehebatan buku ini terletak pada konsep danisi kandungannya yang lengkap dan sesuai dijadikan panduan oleh pelajar dan peserta kursus kepimpinan pendidikan.