You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
“Anak-anak adalah anugerah dan ujian dalam masa yang sama. Anak kita bagaimana?” – NAZALI NOOR Review dari GoodReads. Sebuah buku yang menceritakan pengalaman penulis membesarkan lima orang anaknya. Tak tahu nak mula tulis reviu macam mana sebab banyak sangat nak diceritakan, mungkin sesuai diceritakan dalam bentuk poin: 1. Saya kagum kebolehan penulis untuk menulis sesuatu yang sangat dekat dengan kita semua. Pada mulanya saya fikir buku ini hanya sesuai untuk para ibu bapa. Tapi ternyata meleset, buku ini sememangnya mengimbau semula kenangan bersama saya dan ibu bapa (sewaktu kecil). Apabila terbaca kisah penulis dengan anaknya, saya teringat-ingat memori indah saya bersama ibu bapa...
Buku ini merupakan nukilan terakhir Allahyarham Nazali Noor seteleh tiga tahun menyepi, kerana kekangan kesihatan yang tidak menentu membantutkan usaha beliau menghabiskan karya ini. Manuskrip ini tidak sempat diedit oleh editor kerana karyanya dihantar kepada pihak editor beberapa minggu sebelum Allahyarham meninggal dunia. Namun kami sebulat suara untuk terus terbitkannya dalam teks asal. Sekurang-kurangnya karysa asal ini menjadi kenangan manis buat tatapan peminat arwah. Melalui nukilan ini, arwah mengabadikannya khas buat isteri tercinta Ainon Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Ain. Ain merupakan wanita dunia dan akhirat arwah. Menceritakan bibit-bibit perkenalan, dan seterusnya hingga ke jinjang pelamin. Betapa manis dan romantiknya memori mereka berdua. Memori terindah... Sayang, cinta dan kasih bersemi menjadi satu sehingga kukuhnya ikatan perkahwinan mereka. Dikurniakan lima orang anak yang comel dan bijak merupakan pelengkap rumah tangga mereka. Ain berkorban masa dan tenaga untuk membesarkan mereka dan menjadi isteri tanpa mengenal penat lelah. Al-fatihah buat arwah. Semoga Allah tempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Bahasa Inggeris merupakan bahasa dunia. Memiliki kemahiran dalam bahasa ini adalah satu bonus! Peluang untuk meningkat lebih tinggi dalam bidang pendidikan dan profesional di luar negara bertunjang daripada kebolehan menguasai Bahasa Inggeris. Malang sekali, sebilangan besar anak-anak Melayu masih lemah dalam menguasai bahasa ini. Malah terdapat juga mereka yang berada di institusi pengajian tinggi lemah untuk berinteraksi sama ada bercakap dan menulis dalam bahasa ini. Jika dikatakan tidak diberi peluang dan pendedahan, itu adalah mustahil. Tetapi di manakah silapnya? Buku travelog motivasi, DARIPADA BUDU KE CHEESE adalah sebuah kisah benar perjalanan hidup seorang budak kampung yang berjaya mengatasi kelemahan ini. Dia bukan sahaja berjaya menguasai Bahasa Inggeris dengan baik tetapi kekentalannya menjadi aspirasi bagi setiap pelajarnya.
Tiada manusia yang tidak mahu menjadi kaya dan hidup bahagia. Namun lumrahnya, kita tidak mungkin dapat semua yang diimpikan. Apa yang baik pada mata kita tidak semestinya indah pada pandangan-NYA. DIA yang memiliki hati, malah DIA juga pemegang kunci setiap hati. "Maka nikmat ALLAH yang mana lagi hendak kamu dustakan?" - ar-Rahman Tinta Dari Hati merupakan catatan kembara yang dilalui oleh penulis. Sebuah kisah benar yang mampu membuatkan anda merenung kembali makna kehidupan dan memperbaiki kekurangan diri. Lebih mantap lagi, diceritakan juga peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman nabi sebagai teladan.
MOHAMAD HAIKAL ARRIZQY, anak yang lahir normal dan sihat. Namun ketika usianya menjangkau dua tahun, barulah aku dapat merasai 'kelainan' anak ini yang akhirnya disahkan autistik. Pasrah! Aku tetap menyayanginya sepenuh hati seperti adik-beradiknya yang lain. Sejak itu, aku berusaha keras mendidiknya. Tapi entah kenapa, Rizqy seperti menjauhkan diri hingga aku hilang punca dan hampir menyerah kalah. Persoalan yang sering menggangguku, bolehkah Rizqy membaca sedang satu perkataan pun belum pernah terucap dari bibirnya? Mampukah Rizqy menguruskan dirinya sendiri jika aku dan ayahnya sudah tiada nanti? Sungguh… ibu bapa mana yang tidak gusar bila memikirkan hal ini?
This book deals with the main challenges of sustainable development and the role of sustainable business and corporate social responsibility in implementing these challenges through sustainable leadership and innovations. It includes the economic, social, and environmental dimensions of sustainability and emphasizes the importance of achieving a socio-environmental balance in society. The theoretical frameworks and insights from sustainable development implementations on macro and micro levels, as well as the practical examples and case studies provided to introduce the concept of sustainable leadership and its impact on sustainable business development, are a scientific novelty in the field...
Gagal dalam pelajaran bukan bermakna anda gagal dalam kehidupan. Tanpa kelulusan yang tinggi pun anda tetap berpeluang menjadi ilmuwan, jutawan hatta hartawan sekali pun. Pokok pangkalnya semua bermula daripada diri sendiri. Tokoh-tokoh besar seperti Bill Gates, Thomas Edison dan Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah contoh mereka yang berjaya tanpa segulung sijil. Malah, mereka mampu membuatkan pelajar-pelajar Gred A bekerja dengan mereka yang mempunyai kelulusan Gred C. Apa formula mereka? Rahsianya ada di dalam buku ini. Apa yang perlu anda lakukan; tenang, baca dan praktikkan. Buku ini akan mengubah 360 darjah cara anda berfikir. Realitinya, gagal adalah perkara yang biasa dalam hidup orang berjaya.
What role does the informal economy have to play in SDG implementation? The chapters collected here by a range of scholars explore this question in detail; examining case studies and presenting empirical evidence based on both qualitative and quantitative assessment.
This book deals with Invitations to Tender (ITTs) for the provision of Facility Management (FM) services. It presents a framework to support companies in preparing clear, comprehensive and effective ITTs, focusing on such key aspects as: organizational structures, tools and procedures for managing information, allocation of information responsibilities, procedures for services monitoring and control, quality policies, and risk management. It discusses and analyzes a range of basic terms and concepts, procedures, and international standards concerning the Tendering Process, as well as the contents of ITTs, which should represent the translation of information needs into requirements related t...
Tahukah anda minda manusia mempunyai kekuatan yang hebat? Buktinya jika fizikal yang menjadi ukuran, pasti manusia hebat seperti Stephen Hawking dan Nick Vujicic tidak akan wujud di dunia. Tanpa anggota badan yang sempurna mereka masih boleh mencapai kejayaan yang belum tentu mampu dilakukan oleh manusia biasa. Jadi, apa lebihnya diri mereka berbanding anda? Dengan kombinasi kekuatan fizikal dan minda, anda tentu boleh menjadi lebih hebat daripada mereka. Bagaimana? Anda Nak, Anda Dapat! akan mengajar anda meningkatkan potensi diri melalui minda. Semuanya terletak di tangan anda. Yakin dan percaya bahawa anda boleh mencapai apa yang diinginkan. Apa yang penting, ubah cara usaha dan bersedialah untuk menjadi unggul seperti mereka yang ternama!