Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Hantaran Kasih Tuhan
  • Language: ms
  • Pages: 537

Hantaran Kasih Tuhan

Hidupnya cinta bukan kerana bahagianya kita. Itu perkara pertama yang dipelajari Nur Wardah pada saat dia mengabdikan dirinya bagi membangunkan Yayasan Nur Wardah. Dia berasa cintanya kuat di situ bagi membantu mereka yang memerlukan. Hidupnya cinta bukan kerana rupa. Itu pengajaran kedua yang Nur Wardah pelajari saat dia bernikah dengan Engku Ashraf. Hidupnya sengsara dan jauh daripada bahagia. Semuanya kerana zahir kakinya yang tidak sempurna akibat virus Polio sejak kecil, dan Engku Ashraf mentafsirkannya dengan penuh kesalan. Hidupnya cinta bukan kerana sempurnanya diri. Itu perkara terakhir yang Nur Wardah pelajari, pada saat suami terlantar di katil hospital. Tanpa jemu dia menjaganya dan dalam ketidaksempurnaan itu, tumbuh cinta Engku Ashraf kepada isterinya. Cinta yang lahir daripada ketidaksempurnaan. Hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita. Itu perkara yang tidak sempat Nur Wardah pelajari pada saat lahirnya Engku Nurain, kerana dia meninggalkannya untik kita pelajari sendiri. Ia akan mempertemukan kita kepada erti cinta sejati dan makna perjalanan yang abadi.

Sekiranya Aku Menjadi Detektif
  • Language: ms
  • Pages: 265

Sekiranya Aku Menjadi Detektif

Cuti sekolah bermula. Aida dan tiga sahabatnya merancang dan bersetuju pulang ke kampung keluarga Aida di Kampung Uda, Pahang. Mereka berempat tidak sabar mahu menikmati suasana di kampung. Pelbagai rancangan telah mereka atur. Puan Hanim tidak percaya dengan akal Aida dan tiga sahabatnya itu tanpa melakukan aktiviti di luar jangkaannya. Meskipun Aisha, kakak Aida menolak keras untuk menyertai mereka pulang ke kampung, Encik Jamil dan Puan Hanim memberi kata muktamad tanpa mendengar alasan Aisha lagi. Tibanya mereka di kampung, mereka dikejutkan dengan kes kecurian yang semakin menjadi-jadi. Mendengarkan hal demikian, Aisha, Aida dan tiga temannya meluru mendapatkan sandal mereka. Nasi sudah menjadi bubur. Sah, kasut-kasut mereka hilang! Aida dan tiga temannya bercerita berkenaan kes kecurian yang dihebohkan oleh datuk dan neneknya. Rashmi memasang angan-angan mahu menjadi detektif bagi membongkar misteri itu. Malah membayangkan pasti seperti dalam filem James Bond dan cerita Sherlock Holmes. Rashmi teruja bercerita berkenaan pekerjaan idamannya. Tidak terkecuali Aida yang turut memasang angan-angan mahu menjadi detektif sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi.

Pilihlah Aku Menjadi Duta Kecantikan
  • Language: ms
  • Pages: 321

Pilihlah Aku Menjadi Duta Kecantikan

Sambungan novel Pilihlah Aku Menjadi Pramugari. Novel ini mengisahkan sahabat Nabila, Maimunah. Maimunah mengalami masalah berat badan berlebihan. Seperti gadis obesiti lain, niat mahu kurus tetap ada. Setiap kali, Maimumah berolahraga dan berdiet, pasti semangatnya merundum. Godaan makanan dan gaya hidup di sekeliling sukar ditentang. Semasa Maimunah berada di kafetaria, dia terbaca satu pengumuman pencarian duta kecantikan yang dianjurkan oleh sebuah pusat gim yang dimiliki oleh Maya Harun. Adakah Maimunah berjaya menurunkan berat badannya seterusnya menjadi DUTA KECANTIKAN seperti Maya Harun? Jangan ketinggalan bagi memiliki naskhah ini.

Pilihlah Aku Menjadi Pramugari
  • Language: ms
  • Pages: 289

Pilihlah Aku Menjadi Pramugari

Kisah Nabila yang obses mahu menjadi pramugari. Bahkan sudah enam kali dia menghadiri temu duga di syarikat penerbangan yang berlainan walaupun gagal. Oleh demikian, Nabila berhijrah ke Sepang dan menyewa bilik di Flat Kosmopolitan bersama Kak Rose dan rakan sekampungnya, Maimunah. Kak Ros adalah penginap di kamar utama, seorang guru sekolah rendah yang amat memahami. Lantas Nabila sanggup bekerja sebagai tukang cuci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Encik Saiful adalah penyelia yang sangat cerewet dan cukup berlagak. Setiap kesalahan Nabila diperbesarkan dan sentiasa mencari kesalahannya. Malah Nabila dikerah bekerja lebih masa. Semasa Nabila mengetahui ada temu duga pramugari Syarikat Penerbangan Golden Fly, dia tidak mahu melepaskan peluang itu. Nabila berazam mahu melakukan dengan sebaiknya. Dengan sepenuh jiwa, dia membuat segala macam persiapan. Membaca poket buku pelancongan dan mengikuti kelas tambahan bahasa Inggeris pada waktu malam di flat yang dikendalikan oleh Kak Ros.

Kuseru Nur Kasih
  • Language: ms
  • Pages: 829

Kuseru Nur Kasih

Yasmin ingin sekali menjadi seperti kebanyakan gadis zaman ini. Cantik, bergaya, karismatik, bijak dalam pergaulan dan mempunyai kekasih. Namun dia sering memencilkan diri kerana semua sikap dan perasaan negatif itu sudah sebati dalam dirinya. Bagaimanakah Yasmin dapat merealisasikan impiannya itu? Novel ini akan memaparkan konflik percintaan, masyarakat dan erti sebuah persahabatan di samping mesej keagamaan dan kemanusiaan yang boleh dijadikan teladan.

Sekiranya Aku Menjadi Novelis
  • Language: ms
  • Pages: 322

Sekiranya Aku Menjadi Novelis

Semangatnya tidak pernah pudar walaupun sebelum ini idea yang dinantikan tidak kunjung tiba. Namun, sekali sahaja dia mengetik membina ayat, bagai air mengalir deras tidak mahu berhenti. Benar kata Serina Sahlan, menulislah dengan penuh semangat dan ketulusan. Paling penting jangan menyerah kalah andai menemui kegagalan dan ketandusan idea. Seorang penulis perlu menentang cabaran itu. Hati Aida berbunga riang. Kegembiraannya bagai sekawan kupu-kupu terbang di taman bunga. Riak wajahnya tidak pernah lekang daripada senyuman. Masakan tidak, debaran terus bertamu menunggu detik penerbitan novel akan tiba.

Pilih Kolej Apa?
  • Language: ms
  • Pages: 177

Pilih Kolej Apa?

Jari-jemari Alya pantas mengklik semua laman web IPTA yang ada. Berulang kali dia membaca senarai kemasukan pelajar lepasan SPM ke universiti. Namun, namanya tidak ada dalam senarai itu. "Benarkah apa yang saya lihat ini?" Mata Alya mula berkaca-kaca. Setitis demi setitis air mata mengalir pada pipinya. Alya mendapat semangat baru. "Tidak, saya masih mempunyai pilihan terbaik. Masih ada banyak lagi pilihan selain daripada IPTA. Apakah pilihan terbaik untuk saya?"

Cinta kembali bertasbih
  • Language: ms
  • Pages: 667

Cinta kembali bertasbih

None

Projek Seram - Airport
  • Language: ms

Projek Seram - Airport

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2022-07-06
  • -
  • Publisher: Karangkraf

ZON HITAM – HELMI EFFENDY Tiada yang lebih gelap daripada sisi gelap seorang manusia. Lapangan Terbang Hang Nadim di Eurasia dirampas oleh kumpulan pengganas. Dalam masa yang sama, sebuah pesawat yang telah hilang lima tahun lalu muncul secara tiba-tiba. Tidak lama kemudian, lapangan terbang itu diselubungi gelombang hitam yang tidak diketahui dari mana datangnya. Apa sebenarnya yang terjadi? Misteri apakah yang sedang melanda lapangan terbang itu? Bala tidak berhenti menyapa mereka yang berada di dalamnya. LAPANGAN TERBANG BERPUAKA – NOORFADZILLAH Bila sudah daftar masuk maka keluarnya dengan tiket kematian. Di kala Pan Borneo Agensi mengalami masalah kewangan. Muncul insan misteri bers...

Tuhan masih mencintaiku
  • Language: ms
  • Pages: 577

Tuhan masih mencintaiku

Azrul Rasyid mengalami perubahan 360 darjah dari segi sikap dan peribadi. Namun berhijrah dari kelaziman kepada sesuatu yang baru, segar dan lebih putih tidak semudah yang disangkakan. Ketika inilah ramai mengambil peluang membalas dendam dan memulangkan paku buah keras kepada Azrul. Hubungan dengan Khalida Atikah ada pasang surutnya. Dari meja hiburan yang sentiasa mengintai dan mengekori artis dan bermain dengan gosip, Azrul Rasyid, Khalida dan rakan lain sudah membuat tim baru. Mereka menyelongkar kisah getir masyarakat yang lebih menginsafkan. Malah Azrul dan Khalida berpeluang menyaksikan sendiri kegetiran pelarian perang sewaktu membuat liputan akhbar. Azrul berusaha mengumpul dana dan...