You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Adab-adab Selepas Suluk Tarekat Naqshabandiyyah merupakan buku agama yang berunsur tasawuf. Buku ini membincangkan persoalan berkaitan kewajiban yang mesti dipatuhi oleh setiap salik selepas menjalani latihan suluk. Rangkaian adab selepas suluk menjadi agenda penting kepada para salik sebagai panduan mengawal diri agar tidak terpesong ke arah yang bertentangan dengan matlamat pelaksanaan latihan suluk dan hukum syarak. Oleh sebab itu, kehadiran buku ini diharap dapat memberikan panduan berguna kepada masyarakat untuk memahami dan mempelajari serta mempraktikkan salah satu daripada elemen ajaran tasawuf ini.
Buku ini membincangkan persoalan kematian daripada dua dimensi disiplin ilmu yang berbeza iaitu tasawuf dan fikah. Persediaan diri yang sempurna untuk menghadapi kematian menjadi agenda penting dalam pendidikan tasawuf. Hal ini akan mendorong individu untuk mengimbangi diri dalam menunaikan tanggungjawab seharian dengan sempurna sebagai seorang khalifah dan hamba. Tambahan pula semua perkara yang dipikul semasa hayat akan dihitung dan dipertanggungjawabkan setelah mati kelak secara adil. Oleh sebab itu, setiap individu yang sihat perlu menunaikan tanggungjawab secara serius tanpa mengabaikan persoalan kematian kerana mematuhi tuntutan agama. Semoga kehadiran buku ini dapat dijadikan pedoman dan iktibar kepada setiap insan yang hidup untuk menempuh saat kematian yang pasti datang.
Buku ini membincangkan tentang tatacara solat yang dilakukan oleh ahli sufi secara khusus. Isi kandungan buku ini dimulai dengan perbincangan tentang tatacara solat yang dikehendaki syarak dan diteladani oleh Rasulullah SAW sebagai titik tolak utama penghayatan solat seorang muslim. Buku ini juga menjelaskan tentang dua disiplin solat yang berbeza, pertama; solat dari sudut fekah yang menepati kehendak syarak seperti syarat, rukun, sunat dan makruh. Kedua; penghayatan solat dalam kalangan ahli sufi. Kombinasi antara dua disiplin yang berbeza bukanlah sesuatu yang bercanggah malah memantapkan lagi kedudukan solat. Namun perbezaan yang ketara antara buku ini dengan koleksi bacaan yang sedia ad...
Karya Tuan Haji Mohammad Yatim Haji Ismail: Tokoh Tarekat Naqshabandiyyah membincangkan tentang teori dan praktikal secara khusus berkaitan dengan Tarekat Naqshabandiyyah. Buku ini terlebih dahulu memperkenalkan tentang ketokohan Tuan Haji Mohammad Yatim Haji Ismail yang mencakupi peribadi, ketokohan dan riwayat hidup. Seterusnya, penulis mengungkap tatacara penghayatan amalan-amalan tarekat yang perlu dilaksanakan oleh setiap murid melalui pemantauan yang cukup teliti agar tidak tergelincir dari landasan syariat Islam yang suci. Justeru kombinasi antara doktrin dan pengamalan yang berbeza bukanlah sesuatu yang bercanggah malah memantapkan lagi penghayatan kerohanian berlandaskan panduan ilmu tasawuf. Kesungguhan Tuan Haji Mohammad Yatim Haji Ismail mengembangkan pengamalan ajaran Tarekat Naqshabandiyyah merupakan satu sumbangan yang baik kepada sejarah perkembangan ajaran tarekat tersebut dan tasawuf secara umum.
Diet Ahli Sufi membincangkan dan membongkar tatacara pengambilan makanan yang dipraktikkan oleh golongan sufi. Pengambilan makanan yang tepat penting kerana pengaruhnya yang cukup besar terhadap akhlak dan perkembangan kerohanian. Definisi makanan mencakupi bidang yang sangat luas termasuklah penggunaan dan pemakaian sesuatu peralatan atau bahan untuk memenuhi keperluan seharian. Oleh itu, setiap sesuatu yang diambil sama ada untuk dimasukkan ke dalam perut atau mengambil manfaat mesti memenuhi tuntutan syarak yang murni. Teladan yang ditunjukkan oleh ahli sufi wajar diketahui umum agar semua boleh mengamalkannya. Semoga amalan baik yang diteladani oleh ahli sufi akan menjadi panduan dan ikutan berguna kepada semua peringkat lapisan masyarakat.
Buku ini membincangkan beberapa permasalahan yang sering berlaku dalam sesebuah perkahwinan seperti yang dipaparkan dalam filem Madu Tiga dan Keluarga 69. Kedua-dua buah filem ini dikategorikan sebagai filem komedi di samping menyelitkan kritikan halus. Tanpa disedari penonton bukan sahaja terhibur dan leka dengan lakonan serta dialog yang nampak bersahaja, namun mereka turut terkesan melalui mesej yang secara halus menuntut agar masyarakat terus berfikir. Filem Madu Tiga menceritakan tentang seorang menantu kesayangan bernama Jamil telah mendapat restu bapa mertuanya untuk berpoligami. Gelagat Jamil yang beristeri tiga dianalisis dari sudut hukum syarak berdasarkan plot yang dipaparkan kepa...
Pendidikan Keibubapaan Berdasarkan Surah Luqman merupakan asas pendidikan yang boleh dijadikan panduan kepada setiap ibu bapa pada masa kini. Surah ini dinamakan dengan Luqman kerana pada ayat 12 disebut tentang Luqman al-Hakim yang telah diberi oleh Allah SWT nikmat dan ilmu pengetahuan. Anugerah yang diberikan ini, menjadikan beliau seorang yang bersyukur di atas segala pemberian Allah SWT. Manakala, ayat 13-19 menyentuh tentang nasihat-nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya melalui strategi pendidikan yang tepat. Isi kandung pendidikan beliau membincangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan tatacara menjalinkan hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia. Hubungan yang baik dengan Allah SWT diterapkan melalui usaha menanam akidah yang mantap ke dalam jiwa, ubudiyyah kepada Allah SWT, menunaikan segala suruhan dan menjauhi larangan semata-mata ikhlas kepada Allah SWT. Hubungan sesama manusia pula dimulai dengan didikan supaya menghormati dan berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa dan bersopan santun sewaktu berinteraksi dengan masyarakat sekeliling.
Adab Sebelum Suluk Tarekat Naqshabandiyyah Mengikut Sheikh Abdul Wahab Rokan adalah sebuah karya ilmiah yang membincangkan tentang sumbangan pemikiran dan pelaksanaan ajaran Tarekat Naqshabandiyyah yang dipimpin oleh Sheikh Abdul Wahab Rokan. Walaupun begitu buku ini hanya menyentuh tentang pemikiran beliau berkaitan dengan adab-adab sebelum suluk. Adab-adab sebelum suluk berfungsi sebagai panduan pertama sebelum menempuh latihan suluk dan memudahkan para pengikutnya mematuhi disiplin yang disusun secara terfokus. Buku ini menjelaskan tentang adab-adab sebelum suluk yang telah digaris dan dipraktiskan dalam kalangan murid dan guru yang mempunyai urutan salasilah tarekat daripada Sheikh Abdul...
Buku ini merupakan sebuah karya yang membicarakan sejarah tarekat dunia Islam. Lantaran itu, karya ini sesuai dibaca oleh khalayak umum yang ingin mengetahui persoalan tarekat dan lingkungan yang melingkarinya. Perbahasan yang dituangkan dalam karya ini meliputi topik penting seperti makna tarekat, tokohnya serta sejarah tarekat di dunia Islam. Ilmu tarekat tidak sebagaimana ilmu Islam lain agak kritikal dalam perbahasan ilmiah terutama kepada mereka yang tidak bersetuju dengan ajarannya. Karya ini diharap dapat sedikit sebanyak menjelaskan kedudukan dan sejarah tarekat itu sendiri agar menjadi penilaian yang bermakna buat mereka yang ingin mengetahui dan memahaminya.