You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Manusia merupakan salah satu elemen penting bagi kewujudan sesebuah organisasi, selain daripada usaha bersama dan matlamat yang ditetapkan. Sumber manusia pula menjadi salah satu daripada dua sumber penting, selain sumber bukan manusia yang akan menggerakkan proses pengurusan sesebuah organisasi. Berdasarkan kedudukan itu, adalah menjadi keperluan bagi organisasi untuk memberikan perhatian tentang aspek kuantiti dan kualiti sumber manusia dalam sebuah organisasi. Dari segi kuantiti, manusia merupakan sebahagian daripada modal untuk mewujudkan organisasi. Organisasi perlu membawa masuk modal insan, selain faktor-faktor modal yang lain seperti kewangan, aset dan sebagainya. Dari segi kualiti p...
Pentadbiran awam merupakan satu bidang yang umum (generic) dan merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Pentadbiran awam menaungi pelbagai cabang bidang kajian dan juga menjadi teras pengetahuan (body of knowledge) kepada beberapa bidang penting yang lain. Dari segi asal usulnya, pentadbiran awam merupakan cabang kepada bidang sains sosial yang luas itu. Oleh itu, bersama-sama bidang ini terdapat beberapa lagi bidang lain yang berkongsi teras pengetahuan yang sama. Keadaan ini menggambarkan bahawa bidang pentadbiran awam merupakan satu bidang yang mengandungi pelbagai disiplin (multidisciplinary). Kajian atau pemahaman terhadap bidang ini tidak akan lengkap tanpa turut memberi perhatian kepada bidang berkaitan yang lain juga. Banyak istilah dan konsep dalam pentadbiran awam menjadi istilah jenis ‘guna sama’, iaitu dikongsi bersama dengan bidang yang lain. Kedudukan sebenar bidang ini perlu dijelaskan untuk meningkatkan pemahaman atau menghuraikan kekeliruan tentang bidang yang umum ini, serta pertindanan dengan bidang yang lain.
Buku ini memperkatakan beberapa perkara seperti peranan medium maya dan masyarakat sivil dalam kesihatan, tadbir urus pentadbiran, organisasi Islam, akauntabiliti dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan dan penyampaian perkhidmatan politik semasa pandemik COVID-19. Diharapkan buku ini dapat memberikan pengetahuan tentang dinamika, peranan dan kegiatan NGO dan gerakan sosial di samping bermanfaat dalam menerangkan cara ruang maya yang digunakan oleh organisasi masyarakat sivil dalam mengetengahkan isu-isu yang dikaji ke dalam masyarakat dan kepada pemerintah.
Buku ini memaparkan pelbagai pendekatan dan pengurusan pembangunan dari aspek ekonomi, sosial dan infrastruktur. Namun begitu, pendekatan dan isu yang dikaitkan bukanlah pendekatan dan isu yang baharu, tetapi merupakan aspek pembangunan yang perlu diberikan perhatian. Hal ini untuk memastikan pembangunan dapat diurus dengan baik dan memberikan kesan yang positif kepada sebahagian besar populasi yang terlibat. Secara umum, sesuatu pembangunan itu memberikan kesan kepada sekurang-kurangnya empat aspek penting iaitu ekonomi, sosial, alam sekitar dan infrastruktur. Oleh hal yang demikian, setiap pendekatan pembangunan perlu diurus dengan teliti dan mengambil kira pelbagai aspek yang terlibat sem...
It has been over a century since "Cooperative System of Education," a work-study programme for higher education, was initiated by Herman Schneider at University of Cincinnati in the United States. Today, it is known as "Cooperative Education" which is commonly included within the umbrella term of "Work-Integrated Learning" and broadly referred to by the World Association of Cooperative Education (WACE) as "Cooperative and Work- Integrated Education (CWIE)". Its development worldwide has been closely related to the socioeconomic background of the region. This book offers the first attempt to focus on the development of CWIE in Asia. To date, the development of CWIE in the Asia region has been...
Abstracts of research done by Universiti Utara Malaysia on economy, business, finance, social science, technology, etc.
A directory to the universities of the Commonwealth and the handbook of their association.