You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Pemenang pertandingan novel Sabah anjuran Fixi. Seketul kepala manusia ditemui di sebuah shopping mall di Sandakan. Seorang lelaki yang disyaki melakukan pembunuhan itu disoal-siasat di sebuah bilik kurungan. Setiap bab soal-siasat diselang-seli dengan kisah lelaki itu di dalam menghuraikan apa yang sebenarnya telah terjadi sehinggalah dia ditahan di dalam bilik kurungan tersebut. Dia bercerita tentang Stella. Stella pernah diculik dan dirogol sewaktu dia kecil. Kejadian itu mendatangkan kesan yang mendalam pada mentalnya sehinggalah bila dia dewasa, dia mula memburu lelaki-lelaki yang telah menghancurkan hidupnya dahulu. Apakah kaitan antara Stella, lelaki dalam tahanan dan kepala manusia yang ditemui itu? (Buku Fixi)
Setelah menjalani latihan praktikal di sebuah ladang, tiga sahabat – Amirul, Roslan dan Malik – telah pergi ke sebuah hutan dan bertemu dengan sekor jembalang bernama Jack D dalam sebuah banglo mistik. Jack D menawarkan hidup yang gemilang kepada mereka bertiga dengan syarat mereka membuat perjanjian dengannya dan membawa seorang manusia untuk dikorbankan. Tujuh tahun kemudian: Setelah menikmati segala kesenangan dan impian masing-masing sebagai pengarah filem, pelakon dan novelis, salah seorang daripada mereka telah dilaporkan hilang dan isterinya mati dibunuh. Inspektor Hasbi pun muncul memulakan siasatan mencari lelaki hilang, dalang pembunuhan dan setan. (Buku Fixi) p.p1 {margin: 0.0px 0.0px 15.8px 0.0px; line-height: 15.8px; font: 12.0px 'Times New Roman'; color: #000000; -webkit-text-stroke: #000000} span.s1 {font-kerning: none}
Mengisahkan tentang pergelutan hidup beberapa watak di pinggir dan lorong gelap Kuala Lumpur. Seorang buruh Indonesia yang cuba menyelesaikan masalah adiknya. Dilema dua pekerja cyber judi memegang wang suapan. Kemelut dua anggota polis yang baru ditugaskan bersama. Kamen Rider. Penjenayah yang kaya-raya. Polis jahat yang makan rasuah. Kesemuanya saling berkait dan bersilang antara tiap satunya — menuju ke sebuah pengakhiran yang celaka. Novel ini berdasarkan skrip filem One Two Jaga arahan Nam Ron yang menemui penonton pada tahun 2018. (Buku Fixi)
Manusia sekeliling menganggap dia sebagai bomoh. Ada juga yang menggelar dia sebagai pengamal ilmu mistik. Tapi sebenarnya dia lebih daripada itu. Dia manusia terpilih. Parasnya indah bagai bidadari. Pewaris tugas masa lampau untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan alam ghaib. Dia dibantu oleh dua penjaganya – manusia dari zaman dulu yang diberikan keizinan oleh Maha Pencipta untuk turun semula ke Bumi. Percaya atau tidak pada mereka, itu terpulang. Apa yang penting, dia harus melaksanakan tugas yang dipikul. Sesiapa saja di dunia ini punya hak untuk percaya atau tidak. Jadi kau bagaimana? Percaya dan yakin yang dia adalah Hauri? p.p1 {margin: 0.0px 0.0px 0.0px 0.0px; font: 12.0px 'Times New Roman'; -webkit-text-stroke: #000000} p.p2 {margin: 0.0px 0.0px 0.0px 0.0px; font: 12.0px 'Times New Roman'; -webkit-text-stroke: #000000; min-height: 15.0px} span.s1 {font-kerning: none} (Buku Fixi)
Dendam seorang bekas banduan terhadap kekasihnya, kisah dua sahabat yang bercita-cita menjadi kaya tapi memilih jalan yang salah, cerita seorang pemuda yang menuntut hutang dari kawan lama, pembunuh upahan yang memburu sasarannya, dan detektif yang menjejaki seorang penulis yang hilang setahun lamanya. Semuanya menunjuk ke destinasi yang serupa. Sebuah motel terpencil yang menyimpan seribu satu rahsia. (Buku Fixi)
Seorang pembunuh upahan (Kontraktor) bernama Jelita telah melaksanakan misi pembunuhannya yang terakhir. Mengikut peraturan Kelab Pembunuh, Jelita boleh bersara dan berhijrah keluar dari Kota. Namun begitu, Ketua Kelab Pembunuh mempunyai rancangan lain untuk Jelita. Jelita diberikan tawaran untuk menggantikan tempat Puan Dahlia sebagai Ketua Kelab Pembunuh. Jelita pada mulanya menolak, namun Puan Dahlia memberitahunya sesuatu yang tak disangka tentang masa silamnya. Jelita dalam dilema. Pada masa yang sama, Jelita didatangi Anita, watak ciptaan seorang penulis bernama A. Zafon. Anita mengupah Jelita untuk membunuh Penciptanya (A. Zafon). Bersama Anita, Jelita melalui beberapa situasi yang surreal hingga Jelita mula meragui kewujudan dirinya sendiri. (Buku Fixi)
Bermula dengan penemuan sebuah kitab lama dalam almari arwah ibunya, Zariq bersama tiga rakan karibnya terjebak dengan misteri kehilangan penduduk Kampung Tanjung Sabang di sungai berhampiran. Walaupun berasal dari kampung itu sendiri, Zariq tidak pernah suka duduk berlama-lama di rumah ibunya. Dia rasa seluruh kampung itu pelik. Dari jiran tetangga sehinggalah penduduk kampung itu, semuanya pelik. Kehilangan salah seorang penduduk kampung semasa keluar mengail udang juga seperti tidak dipedulikan sesiapa. Diasak rasa ingin tahu, Zariq, Hanna, Hafiy dan Manuel berusaha menyiasat kejadian kehilangan itu. Tanpa disangka, tindakan mereka masuk campur dalam urusan orang kampung akhirnya mengundang malapetaka. Apakah yang sebenarnya terjadi di kampung tersebut dan apakah kaitannya dengan kitab lama yang dijumpai Zariq itu? (Buku Fixi)
Amidst the Chinese-Malay conflict in Kuala Lumpur in 1969, sixteen-year-old Melati must overcome prejudice, violence, and her own OCD to find her way back to her mother.
None
None