Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Aku Cinta Dia
  • Language: ms
  • Pages: 527

Aku Cinta Dia

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2009
  • -
  • Publisher: Alaf 21

DANIA, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibat nya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial. Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.

Advanced Oxidation Processes (AOPs) in Water and Wastewater Treatment
  • Language: en
  • Pages: 519

Advanced Oxidation Processes (AOPs) in Water and Wastewater Treatment

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2018-08-03
  • -
  • Publisher: IGI Global

Population growth and industrial development have increased the amount of wastewater generated by urban areas, and one of the major problems facing industrialized nations is the contamination of the environment by hazardous chemicals. Therefore, to meet the standards, suitable treatment alternatives should be established. Advanced Oxidation Processes (AOPs) in Water and Wastewater Treatment is a pivotal reference source that provides vital research on the current, green, and advanced technologies for wastewater treatment. While highlighting topics such as groundwater treatment, environmental legislation, and oxidation processes, this publication explores the contamination of environments by hazardous chemicals as well as the methods of decontamination and the reduction of negative effects on the environment. This book is a vital reference source for environmental engineers, waste authorities, solid waste management companies, landfill operators, legislators, environmentalists, and academicians seeking current research on achieving sustainable management for wastewater treatment.

Tiada Lagi Mimpi
  • Language: en
  • Pages: 349

Tiada Lagi Mimpi

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2005
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga. Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja. Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia?

Yang Indah Hanya Mimpi
  • Language: en
  • Pages: 912

Yang Indah Hanya Mimpi

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Razif dan Norjinah - waktu mencemburui kebahagiaan mereka. Konflik rumah tangga yang membadai tidak pernah surut. Razif kecewa, Norjinah ada lelaki lain. Adakah kerana dia sudah tua, maka Norjinah beralih kasih pada yang muda? Kalau begitu… dia pun mampu pasang dua! Retak seribu hati Norjinah dituduh curang oleh si suami. Kasihnya pada lelaki kedua hanya sekadar lakonan, sedangkan di hatinya cuma ada satu nama. Razif! Tapi mengapa Razif sanggup menduakannya? “Siapa yang cintakan Ji tak penting, bang. Siapa yang Ji cinta, itu yang penting.” Norseha dan Badrul – hidup mereka terus berantakan. Norseha benci dengan kelahiran Lukman. Jangankan mahu pegang, pandang pun tak sudi. Hiba hati Badrul melihat Lukman seperti yatim piatu disisih ibu sendiri. Pada Norseha, Lukman anak yang tidak dikehendaki. Berkali-kali dia minta diceraikan. Tapi, Badrul bukan dayus. Kesabarannya semata-mata kerana Lukman. “Aku sudah menghampakan dia hanya kerana mahu berkorban untuk Norseha. Sayangnya pengorbanan itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya. Apakah aku akan lebih dihargai apabila memilih Sharifah Yasmin?”

Sembilu 2005
  • Language: en
  • Pages: 303

Sembilu 2005

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2005
  • -
  • Publisher: Alaf 21

“OKEY semua! Kita sambung mata pe­lajaran esok. Sebelum tu, cikgu nak ingat­kan... jangan lupa buat homework! Boleh tak?” Suara nyaring Cikgu Erra seiring dengan jeritan loceng, menandakan waktu per­sekolahan sudah berakhir. Semua pelajar bergegas me­ngemas meja. Buku-buku pantas dimasukkan ke dalam beg ma­sing-masing. Waktu berakhir persekolahan memang amat dinanti-nantikan. Kalau boleh, biarlah waktu itu tamat lebih awal. Hujung waktu per­sekolahan biasanya agak membosankan. Me­ngantuk dan tidak sabar untuk meninggalkan kelas. Vince yang duduk di hadapan sekali, bangun lebih ter­kemudian daripada Zed dan Khai yang duduk di kiri kanannya. Cikgu Erra masih memberi ingatan kepada para pelajar agar membuat kerja rumah masing-masing.

Kamasutra
  • Language: en
  • Pages: 432

Kamasutra

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2006
  • -
  • Publisher: Alaf 21

KAMASUTRA memaparkan kisah pergolakan hidup seorang gadis berbangsa asing yang merasakan dia telah kehilangan segala-galanya selepas dirinya dinodai oleh orang yang patut dihormati. Bagi gadis ini yang bernama Samantha, kehidupannya sudah berakhir selepas tragedi pahit itu. Malah, dia bercadang untuk mengakhiri sahaja hidupnya. Namun, dia dipertemukan oleh seorang duda beranak satu bernama Kama. Dari pertemuan itu, Samantha banyak belajar tentang Islam sehingga melahirkan bibit-bibit cinta. Adakah Samantha menerima cinta Kama sedangkan lelaki itu disukai oleh gadis lain? Mahukah Kama menerima bekas isterinya yang kembali untuk menuntut hak ke atas anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun?

Tak Semanis Impian
  • Language: en
  • Pages: 754

Tak Semanis Impian

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2003
  • -
  • Publisher: Alaf 21

NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi...siapakah gadis itu? “Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?” NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu.

Surah Terakhir
  • Language: en
  • Pages: 338

Surah Terakhir

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2002
  • -
  • Publisher: Alaf 21

SELURUH penduduk kampung gempar. Tiba-tiba muncul seorang gadis jelita di rumah janda tua yang tinggal di hujung kampung. Gadis yang tinggi lampai berambut panjang, berwajah bujur sirih dengan lesung pipit di hujung pipi, sering kelihatan di muka jendela rumah Mak Peah. Matanya yang bundar merenung langit cerah dan dia akan melemparkan senyuman ke arah sesiapa sahaja yang melintasi rumah uzur itu. Ada yang terserempak dengannya ketika me­nyusur jalan kampung. Ada juga yang selalu melihatnya me­ngikut Mak Peah ke baruh mengutip pucuk paku. Malah, ada juga yang melihat dia mencuci pakaian di sungai atau menyapu sampah di halaman. Sesekali wajah jelita ini muncul di surau kampung, mengikut Mak Peah bersembahyang jemaah dan mendengar kuliah yang disampaikan para penceramah. Siapa dia?

Sayang Si Lanun
  • Language: en
  • Pages: 512

Sayang Si Lanun

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012
  • -
  • Publisher: Alaf 21

WAFIYA WAFA - Dia tidak mahu mewarisi harta peninggalan Haji Wahid. Dia tidak betah menghadap air laut walaupun di situlah tempatnya dibesarkan. Hatinya lebih gembira menatap lukisan kaku berbanding air masin. Tapi impiannya musnah apabila terpaksa menunaikan wasiat abahnya untuk menguruskan Sun Beach Resort. Paksaan yang menemukan dia dengan Lanun Pulau Sibu, Ghazi Faiq. Si lanun itu tidak akan dapat mengaburi matanya untuk menjual tanah Sun Beach Resort. Itu tekadnya. GHAZI FAIQ - Dia akan pastikan jiran sebelah itu menjual tanahnya. Dia akan lakukan apa cara sekalipun untuk mendapatkan tanah Sun Beach Resort. Dia tidak akan mengalah pada gadis kepala batu seperti Wafiya Wafa. Gadis itu pasti akan tunduk dengan pujuk rayu dan ayat manisnya. Tanah itu akan menjadi milik Hotel Diamond. Itu azamnya. Pulau Sibu menjadi huru-hara gara-gara Wafiya dan Ghazi. Tanpa diduga, perasaan kasih mula hadir dalam diri masing-masing. Namun, banyak halangan yang menyekat perasaan kasih itu daripada berkembang. Berjayakah si lanun memecahkan tembok halangan itu agar dia dapat bersatu dengan puteri hatinya?

Tombiruo Terakhir
  • Language: en
  • Pages: 592

Tombiruo Terakhir

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2004
  • -
  • Publisher: Alaf 21

KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat Amiruddin dalam diri lelaki Tombiruo itu. Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.