You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Coronavirus 2019 juga dikenali sebagai pandemik Covid-19 ialah pandemik penyakit yang berterusan secara global berpunca daripada Coronavirus Sindrom Pernafasan Akut Teruk 2 (SARS-CoV-2). Covid-19 adalah spesies baru daripada keluarga Coronavirus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Antara keluarga Coronavirus lain yang pernah jangkitan salur pernafasan yang teruk adalah Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus (SARS) pada tahun 2002 dan Middle East Respiratory Syndrome-Related Coronavirus (MER-CoV) pada tahun 2012. Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di Wuhan, Hubei, China. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai Dar...
Buku ini membentangkan susur galur sejarah penubuhan Persatuan Ulama Kedah (PUK) sejak kemerdekaan tanah Melayu sehingga kini. Penubuhan PUK bermula daripada kebangkitan semangat perjuangan menentang Malayan Union dan menuntut kemerdekaan negara. Buku ini juga merupakan catatan diari perjuangan para ulama, khususnya pendukung PUK, yang jarang ditemui dalam catatan buku-buku sejarah moden pada hari ini dalam mendepani cabaran dakwah dan gerakan Islam. Ia dapat memberi inspirasi perjuangan kepada para amilin dan pendakwah serta masyarakat Islam seluruhnya. Buku ini mengimbas kembali bagaimana peranan ulama sebagai benteng terakhir menjaga akidah masyarakat Islam di tanah air ketika era penjaja...
Kemelut dan Kepimpinan Melayu di Pulau Pinang menceritakan permasalahan yang dihadapi oleh orang Melayu Pulau Pinang yang bermula dengan satu persoalan pokok iaitu perlukah seorang pemimpin baharu untuk orang Melayu Pulau Pinang. Bagi menjawab persoalan ini, buku ini membincangkan sepintas lalu sejarah dan latar belakang orang Melayu di Malaysia diikuti secara khususnya tentang Melayu Pulau Pinang. Pasca 2008 apabila kerajaan negeri bertukar pemerintahan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, telah timbul pelbagai isu yang menyentuh kehidupan orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Namun, isu-isu yang dibangkitkan bukanlah satu isu baharu, tetapi merupakan isu lama yang tidak ditangani...
Buku ini membincangkan penjanaan dana wakaf melalui kaedah istibdal. Istibdal salah satu kaedah bagi menjana dana dan membangunkan harta-harta wakaf. Kaedah istibdal dalam wakaf dibenarkan oleh para ulama muktabar berdasarkan dalil-dalil syarak. Antara fungsi istibdal menyelamatkan harta-harta wakaf daripada tidak berkembang, static dan tidak terurus. Oleh itu, buku ini membincangkan sumber-sumber dan kaedah-kaedah penting dalam penjanaan dana terutama melalui kaedah istibdal. Seterusnya, buku ini menganalisis sejauh mana penjanaan dana wakaf berlaku melalui pelaksanaan istibdal yang dilakukan oleh beberapa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merangkumi Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Kelantan. Buku ini turut memaparkan isu, masalah dan cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan istibdal. Buku ini sesuai dijadikan rujukan kepada pengurus dan pentadbir wakaf, para pensyarah, penyelidik, agamawan dan orang awam.
Buku ini membincangkan pemikiran Melayu dalam penciptaan simpulan bahasa menerusi gagasan teori, iaitu blending dalam Teori Blending secara kompleks dalam empat domain mental manusia. Menerusi analisis yang empirikal, buku ini mendedahkan kognitif pemikiran orang Melayu yang kompleks dalam penciptaan simpulan bahasa. Pengetahuan ini perlu dikongsi dengan masyarakat umum supaya pengetahuan fundamental yang ditemui mengunggulkan identity Melayu khususnya dalam pembentukan makna simpulan bahasa. Ketajaman daya renung Melayu dalam penciptaan simpulan Bahasa menunjukkan metafora dalam penciptaan orang Melayu mempunyai fungsi kognitif untuk membentuk fikiran dan makna yang implisit. Organisasi kon...
The victory of the Pakatan Harapan (PH), or the Alliance of Hope on May 9, 2018 in the Malaysian 14th General Election (GE14) was not just stunning, but historic. Moreover, the second comeback of Tun Dr. Mahathir Mohamad as the seventh Prime Minister of Malaysia was indeed impressive. The results of the GE14 were clearly against the tide as many political pundits and analysts had predicted a win for the Barisan Nasional (BN) coalition with differences only in matters of margins. Similar to Malaysia’s 13th General Election (GE13), which was held on May 5, 2013, the main issue in the GE14 was also about the economy. The rise in cost of living was perhaps the mother of all issues which caused...
Buku ini membincangkan tiga perspektif teori jenayah iaitu klasik, biososial dan trait personaliti untuk memberikan kefahaman mendalam kepada pembaca. Trait personaliti merupakan salah satu komponen dalam disiplin psikologi yang berkait dengan aspek biososial manusia. Karya ini diharap mampu menjadi rujukan kepada pembaca terutamanya pelajar universiti dan ahli akademik daripada disiplin kriminologi, sosiologi, kerja sosial, psikologi, kaunseling, pendidikan dan pembangunan manusia serta penjawat awam yang berhubung secara langsung dengan klien pesalah jenayah. Memahami faktor penglibatan klien dalam jenayah dapat membantu perancangan intervensi yang efektif dan efisien.
Buku ini memberi penekanan isu dan pengaplikasian dalam hal untuk menguruskan harta pusaka ini khususnya di Malaysia. Perkara-perkara yang diketengahkan dalam buku ini ialah isu mengenai sistem pentadbiran pengurusan harta pusaka di Malaysia, kemakmuran dalam kelestarian harta pusaka Islam, wasiat dalam Islam sebagai instrumen pelengkap kepada pusaka, hibah dalam Islam sebagai instrumen alternatif kepada pusaka dan pengurusan pusaka dalam era komputer dan teknologi maklumat. Isu-isu yang dikupas dalam buku ini ditumpukan kepada dua perspektif utama. Pertama ialah isu yang bersangkutan dengan hukum Islam secara khusus atau syariat Islam manakala yang kedua ialah isu yang dilihat dalam pengamalan dari segi pengurusan yang terbaik pada era kontemporari kini. Dalam usaha untuk memudahkan pemahaman pembaca, sebagaimana buku yang sebelum ini, maka dimuatkan juga jadual-jadual dan rajah-rajah dengan matlamat untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca mengenainya.
Pandemik COVID-19 memberikan impak dari pelbagai segi kepada Malaysia dan juga rakyatnya secara keseluruhan. Impak ini juga dirasai oleh penduduk dunia dan juga seluruh negara di dunia. Kesan wabak ini terutamanya dari aspek kesihatan dan ekonomi yang berlaku secara serentak dan bersama di seluruh dunia, mengakibatkan impak pandemik COVID-19 ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak dijangka. Dalam konteks Malaysia, ketidakstabilan politik yang berlaku sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sedikit sebanyak menjejaskan persediaan Malaysia dalam mendepani cabaran yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia dan juga dunia ini. Buku ini ditulis untuk menganalisis cara kerajaan Malaysia mengur...
Buku ini membincangkan wasatiyyah dari aspek definisi, konsep, gagasan, keperluan dan aplikasinya dalam kehidupan seharian khususnya dalam konteks masyarakat di Malaysia. Buku ini juga turut membincangkan konsep wasatiyyah dalam aspek teori dan perlaksanaannya dalam kehidupan manusia khususnya dalam konteks negara Malaysia pada masa kini. Penerbitan buku yang mengandungi himpunan 12 bab ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian satu mengandungi lima bab di bawah tema wasatiyyah sebagai satu gagasan. Pada bahagian dua di bawah tema perlaksanaan wasatiyyah dalam masyarakat mengandungi tujuh bab.