You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Tiada kisah cinta seindah cerita dongeng. Semua orang pernah rasa mencintai dan dicintai. Rasa itu adalah satu anugerah yang sangat hebat yang diberi Tuhan. Cinta dari pelbagai sudut membuatkan hidup kita lebih bermakna dan berbunga. Itu adalah hakikatnya manusia. Dari diciptakan Adam sehingga lapisan terakhir umat manusia. Kita tidak akan terpisah dari memiliki rasa bercinta dan dicintai. Cinta itu subjektif. Tiada siapa mampu tahan rasa itu jika telah diberi Tuhan. Kitab Terfaktab ini akan cuba merungkai satu persatu masalah, isu, cabang, dan skop bercinta dari pelbagai sudut. Dari kisah cinta sehingga saat kau perlukan kekuatan bila tiba perpisahan. (Terfaktab Media)
Sebuah kitab edisi ketiga yang diisi dengan pelbagai titik pandangan dari pelbagai latar penulis. Berkarya melalui pelbagai latar gaya dan pentas demi sebuah kitab. Bukan sebuah himpunan karya klise berbicara tentang kegelian cinta. Generasi muda bersama-sama mengorak rasa di bawah satu nama; Terfaktab. Bersama kami naik, bersama kami jatuh, bersama kami terus berjuang. (Terfaktab Media)
Suka. Cinta. Rindu. Kasih. Sayang. Setia. Rabak. Toleransi. Kahwin. Nikah. Tak cukup lagi kita terlanjur dengan semua ini? (Terfaktab Media)
This book is a collection of articles, poetry, and stories about the emancipation of women, men, and those in between; Their right, their vision, their empowerment, their dilemmas, and so much more for those born with The V, and those who were not, and those who wish they have, this book is for you. You don't have to be anti-men, to be pro-women; You just need a heart and the courage. You have The V? Own The V. (Terfaktab Media)
Dalam setiap percintaan dan perhubungan, kita sering sekali didengari dengan pelbagai isu. Daripada pandang mata pertama yang berubah menjadi crush. Daripada penulis blog menjadi secret admirer. Daripada musuh menjadi pasangan bahagia. Daripada sahabat menjadi kekasih dan akhirnya daripada couple menjadi stranger. Semua itu adalah fenomena yang amat normal dan merupakan peristiwa yang hampir semua antara kita pernah mengalaminya. Justeru, semuanya akan dikupas dengan lebih menarik dalam kitab ini. Merupakan sebuah kitab yang ditulis oleh 15 penulis yang bukan sahaja berpengalaman dalam percintaan, malah ianya terhasil daripada pelbagai alternatif fikiran yang tak akan pernah anda sangka. Ya, ianya adalah sebuah kitab yang mengandungi segala definsi yang infiniti. (Terfaktab Media)
Ini adalah zaman manusia bergantung pada sehelai kertas dan besi bulat. Duit namanya. Kerana duit, segala cerita terbongkar. Kerana duit, manusia menjadi orang lain yang tidak disangka. Kita akan jadi hamba duit jika kita tidak tahu mengawal duit. Malah duit akan mengawal diri kita hingga kita lupa ada perkara yang lebih penting dari duit. Iaitu, kemanusiaan. Sampai bilakah duit akan terus ada dan sampai bila kita perlu berbelanja dan menyimpan duit agak-agaknya? Just do it for duit? (Terfaktab Media)
Aku manusia. Kau manusia. Yang membezakan antara kita ialah sifat dan amalan kita. Aku tak pernah salahkan kekejaman yang kau lakukan. Aku tidak berniat hendak mengungkit, tetapi aku mengalami tekanan perasaan yang teruk atas perbuatan kau selama ini terhadap aku. Jadi, aku cuma harap suatu hari nanti Tuhan beri peringatan atas perbuatan kau selama ini berbuat buruk terhadap aku yang ikhlas mencintai kau sehingga buat aku terkorban. Kita semua pernah terkorban dalam dunia percintaan remaja. (Terfaktab Media)
Kadang-kadang kita terlalu meminta sehingga membuatkan manusia lain terseksa. Usah pentingkan diri sayang. Hidup ini bukan untuk membebankan orang. Jadi bersabar, bertenang, dan lontarkan senyuman yang tidak nampak itu di bulan Oktober. (Terfaktab Media)
November datang dan pergi. Tetapi semua kenangan tersimpan rapi dalam buku ini. Untuk mereka yang mengerti hati dan budi. (Terfaktab Media)
Berada di dalam bilik gelap. Termenung memerhatikan pusingan arah lawan jam kipas Panasonic yang tergantung kemas pada siling. Ditemani bunyi-bunyi unggas dan enjin kenderaan yang lalu lalang. Dan di dalam momen itu aku menyaksikan dosa-dosa silam. In HD (Terfaktab Media)