Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Wasatiyyah: Konsep dan Pelaksanaan (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 234

Wasatiyyah: Konsep dan Pelaksanaan (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2020-02-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku ini membincangkan wasatiyyah dari aspek definisi, konsep, gagasan, keperluan dan aplikasinya dalam kehidupan seharian khususnya dalam konteks masyarakat di Malaysia. Buku ini juga turut membincangkan konsep wasatiyyah dalam aspek teori dan perlaksanaannya dalam kehidupan manusia khususnya dalam konteks negara Malaysia pada masa kini. Penerbitan buku yang mengandungi himpunan 12 bab ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian satu mengandungi lima bab di bawah tema wasatiyyah sebagai satu gagasan. Pada bahagian dua di bawah tema perlaksanaan wasatiyyah dalam masyarakat mengandungi tujuh bab.

Hubungan Etnik (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 164

Hubungan Etnik (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2019-08-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku Hubungan Etnik ini adalah hasil garapan idea dan pengalaman oleh tenaga akademik yang mengajar kursus ini di Universiti Utara Malaysia berdasarkan silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam buku ini adalah merangkumi dan mengambil kira senarai bab yang terdapat dalam silibus kursus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan sedikit penambahan selari dengan landskap politik semasa di negara kita. Buku ini akan menjadi rujukan utama dalam pengajaran dan pembelajaran kursus ini di UUM di samping buku-buku rujukan lain. Walaupun buku ini khusus untuk para siswa UUM, namun ia juga sesuai digunakan oleh para siswa yang lain sama ada dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta, pelatih perguruan, pelajar pra-universiti, sekolah menengah dan orang perseorangan yang berminat untuk mengetahui berkenaan hubungan etnik terutamanya dalam konteks masyarakat pelbagai kaum di negara kita ini.

Usahawan Ihsani: Penggerak Keusahawanan Islam (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 431

Usahawan Ihsani: Penggerak Keusahawanan Islam (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2023-03-19
  • -
  • Publisher: UUM Press

Usahawan ihsani merupakan pengusaha yang memiliki daya juang yang tinggi. Mereka bersedia untuk mengubah segala bentuk ancaman dan rintangan kepada peluang demi menjana keuntungan. Malah, di sebalik setiap halangan yang dihadapi, mereka mampu mencipta kejayaan baharu. Bagi mereka, di sebalik setiap cabaran ada peluang yang patut direbut. Daya saing mereka akan terus subur dengan meningkatnya pengalaman apabila setiap kali berhadapan dengan cabaran dan halangan. Mereka sentiasa bermuhasabah dalam setiap gerak kerja bagi memastikan tindakan yang diambil berjaya memenuhi tuntutan ibadah atau adat. Sejajar dengan ini, usahawan ihsani sentiasa bersiap siaga untuk terus bersaing dan memimpin perusahaan yang diceburi. Kesediaan untuk membuktikan yang terbaik menyebabkan mereka bersikap lebih terbuka, bersedia untuk merebut peluang serta lebih kreatif, inovatif dan proaktif. Mereka akan lebih peka, berwaspada dan teliti dalam memperkemas strategi untuk berhadapan dengan cabaran semasa. Mereka akan berpedomankan ajaran Islam dengan menjadikan para anbia sebagai model terbaik untuk diteladani dalam menjalankan perusahaan mereka.

Pembangunan Sosial Mengikut Perspektif Islam (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 220

Pembangunan Sosial Mengikut Perspektif Islam (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2020-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku ini menjelaskan peranan agama Islam sebagai asas amalan dan mekanisme dalam pembangunan sosial di Malaysia. Terdapat pelbagai isu sosial dibincangkan seperti kelahiran anak tak sah taraf, perkahwinan bawah umur, isu nasab, kemiskinan dan sebagainya. Justeru, buku ini cuba menerangkan bahawa spiritualiti dan agama mampu menjadi mekanisma dalam merungkai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. 11 bab dalam buku ini dicerakinkan kepada dua bahagian utama. Bahagian A: Spritualiti dan Agama dalam Perkhidmatan Kemanusiaan mengandungi enam bab utama. Manakala Bahagian B: Keusahawan dan Zakat Pemangkin Kebajikan Ummah mempunyai lima bab. Kupasan dan penjelasan buku ini mengenai aspek spiritualiti dan agama dalam pembangunan sosial mampu menjadi pemangkin dalam kehidupan masyarakat pada hari ini.

Pemakanan Halalan Toyyiban dalam Pembangunan Keluarga Mithali (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 176

Pemakanan Halalan Toyyiban dalam Pembangunan Keluarga Mithali (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2023-06-12
  • -
  • Publisher: UUM Press

Pemakanan bertemakan halalan toyyiban dalam al-Quran merupakan indikator penting dalam proses membangunkan insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi. Walhasil, lahirlah generasi anak-anak dalam sesebuah keluarga dilingkungi keberkatan, sihat, berdaya intelek dan menjalani kehidupan yang sejahtera akal, emosi, jasmani serta rohani. Buku ini meneroka konsep pendapatan dan pemakanan halalan toyyiban melalui interpretasi al-Quran, hadis, kitab fiqh dan tidak meninggalkan rujukan yang bertunjangkan tasawuf. Buku ini ialah hasil daripada kajian peringkat sarjana yang dipilih sebagai pemenang Anugerah Keluarga Mithali peringkat kebangsaan tahun 2023. Naskhah ini amat sesuai buat pengkaji dalam bidang halal, kekeluargaan Islam, pemakanan, motivasi keagamaan, diet keluarga dan pengurusan pemakanan. Malah, naskhah ini turut berbaloi untuk dibaca oleh individu Muslim dan peminat ilmu Islam kerana isu makanan adalah bersifat malar segar. Pengolahan bahasa dan penyampaiannya tampak sederhana dan sesuai dengan kerencaman intelektual pembaca.

Travelog Kembara: Gunung Trus Madi Menelusuri Denai Rindu (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 78

Travelog Kembara: Gunung Trus Madi Menelusuri Denai Rindu (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2021-11-28
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku ini adalah sebuah kisah yang ditulis sebagai kenangan dan penyampaian maklumat kepada pembaca khususnya para pendaki. Pendakian ke Gunung Trus Madi melibatkan seramai enam orang pendaki dari Universiti Utara Malaysia. Alhamdulillah, setiap pendaki telah menyumbangkan catatan masing-masing untuk menjadikan travelog ini suatu kenyataan. Segala pengalaman yang dirasai dan dialami sendiri, ditulis dengan gaya tersendiri mengikut keselesaan dan pengalaman masing-masing. Gambar-gambar yang digunakan merupakan koleksi peribadi dan telah diberi keizinan penerbitannya.

Negara Bangsa Malaysia: Asas dan Cabaran (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 279

Negara Bangsa Malaysia: Asas dan Cabaran (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2016-04-24
  • -
  • Publisher: UUM Press

Negarawan Tun Mahathir Mohamad pernah berkata bahawa sesebuah bangsa yang berjaya adalah mereka yang mempunyai asas identiti yang kukuh dan berjaya mengharungi cabaran. Pembinaan negara bangsa Malaysia merupakan matlamat semua. Impian untuk mewujudkan bangsa Malaysia hanya akan menjadi realiti apabila rakyat bersedia untuk menerima wawasan dan gagasan satu negara satu bangsa. Dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang sedia ada di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa jalan menuju ke arah idealisme negara bangsa Malaysia masih jauh dan penuh berliku. Kejayaan untuk membina negara bangsa Malaysia sebenarnya bergantung kepada kita melalui kesediaan memberi dan menerima. Semangat sedemi...

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 219

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2018-09-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini merupakan buku ilmiah yang menerangkan tentang ilmu ketamadunan, terutamanya tentang tamadun-tamadun di Asia termasuk budaya dan falsafahnya. Buku ini menumpukan kepada perkembangan Tamadun Islam serta interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Ia juga menonjolkan Tamadun Islam sebagai contoh utamanya. Buku ini menepati sukatan pelajaran pengajian Tamadun Islam dan Asia yang diwajibkan kepada para penuntut di Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US). Buku ini bertujuan untuk mempercambahkan perbincangan berkaitan ilmu ketamadunan di institusi pengajian tinggi dan membuka minda penuntut tentang pengajian dunia dan memahami aspek...

Islamic Economics
  • Language: en
  • Pages: 255

Islamic Economics

Studies conducted in the field of Islamic economics lose their relevance over time. Works examining Islamic economics since the 1970s have been co-opted by the existing economic system and have become limited to a large extent, as they are now only concerned with financial transactions. In fact, ""Islamic economics"" as a concept should actually be conceptualized as an alternative economic system. However, because of the financial and commercial transactions implemented in daily economic life ...