You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
“Di sebalik helaian dan perenggan buku ini, saya dapat merasakan seolah-olah penyusunan semula ide-ide yang sering saya kongsikan bersama beliau lewat bicara santai kami di kafe Human Sciences dan juga siri ceramah saya di Youtube. Istimewanya, Syed dapat mengolahkannya dalam bentuk yang lebih menarik dengan mengaitkannya dengan ilmu-ilmu yang beliau miliki.” ~Dr. Maszlee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). “Penulis buku ini berjaya menjadikan sejarah sebagai subjek yang menarik perhatian hasil daripada penulisannya yang santai kritis.” ~Ustaz Abdullah Bukhari, penulis buku Ceritera Haji Wartawan Al-Quran. “Membaca buku ini seperti membaca pemikiran-pemikiran yang mengubah umat manusia, termasuklah kita.” ~ Saudara Hafizul Faiz, penulis novel Surat-surat Dari Maninjau
Terusir bercerita tentang seorang perempuan bernama Mariah. Hidup Mariah hancur apabila fitnah melanda rumahtangganya hingga suami sendiri mengusir keluar dari rumah mereka dan memisahkan dia dengan anaknya Sofyan yang masih kecil. Langit tidak selalu cerah. Mariah dianiayai oleh suami keduanya dan akhirnya hidup melarat sehingga terpaksa menjadi pelacur.
“Dan sekarang, terkumpullah ingatanku ke tanah yang akan kusinggahi. Tanah Iraq dan ibu kotanya Baghdad. Maka terkenanglah akan riwayat-riwayat yang telah lama dibaca dalam buku. Baik buku-buku waktu masa kemegahan Islam, atau buku-buku hikayat 1001 malam yang terkenal dan masyhur itu. Teringatlah bahwasanya sejak zaman purbakala, tanah Iraq, iaitu hujung sebelah Utara dari Jazirah Arab, di tepi sungai-sungai Dajlah dan Furat, adalah negeri yang telah melalui riwayat beribu-ribu tahun. Disanalah dahulu kalanya berdiri Kerajaan Babylonia. Dan di negeri Babylonia itulah meninggal Iskandar Masedonia ketika dia hendak pulang kembali ke Yunani, sesudah menaklukkan tanah Parsi dan sebahagian dari tanah India. Iaitu 3 abad sebelum AlMasih dilahirkan.
Persoalan yang paling besar dalam kehidupan seorang manusia yang berfikir adalah tentang siapakah Tuhan mereka dan apakah hakikat Tuhan itu sendiri? Selain itu, soalan seperti, “Dari mana kita wujud?”, “Mengapa kita wujud?”, dan “Ke manakah kita selepas kewujudan ini?” merupakan soalan pemikiran dan falsafah yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah jauh sebelum Nabi Muhammad SAW menerimanya wahyunya yang pertama. Soalan-soalan tersebut tidak mampu sewenang-wenangnya dijawab hatta oleh ahli fikir yang agung sekalipun. Sehinggalah manusia mendapat petunjuk wahyu daripada Sang Pencipta mereka yang berkomunikasi dan menyampaikan watikah-watikah khas melalui pengantara untuk mengin...
Sejak pulang dari Kembara Menjejak Buya Hamka, Saudara Muhammad Shah konsisten menulis status ibrah pendidikan yang berinspirasi dari kisah Buya Hamka di media sosial. Beliau merupakan seorang Eksekutif di Petronas yang juga aktif terlibat dalam aktiviti pendidikan dengan membangun tadika & sekolah rendah Islam di Seremban. Beliau menulis dalam perjalanan ke tempat kerjanya ketika menaiki komuter dan bas dari Seremban ke KLCC. Penulisannya bersifat santai, namun tetap ilmiah dengan bersandarkan rujukan yang baik. Justeru perbahasan buku ini sesuai untuk bacaan umum sebagai inspirasi untuk membangun peribadi berbudi tidak sekadar kepada pendidik seperti guru, bahkan juga untuk ibu bapa, dan generasi anak muda.
Antara basirah (ketajaman hati) dan basar (penglihatan) – mana yang lebih dipercayai? “Basirahmu telah memandumu sejauh ini, ia selari dengan ketulusan hatimu dan kemurnian jiwamu.” Be Eshme Elohim merupakan medium penulis berbicara dengan jiwa-jiwa pembaca yang memerlukan sedikit simbahan rasa spiritual. Naskhah ini terlahir daripada inspirasi sebuah hadis, kisah tentang Ghulam yang lahir dalam kehidupan serba kekurangan. Dia berimpian untuk menjadi ahli sihir agar dia dan ibu mampu hidup dalam kemewahan. Namun, pertemuan dengan “seseorang” telah mengubah kepercayaan hidupnya. Kini, dia sebaliknya berhasrat untuk mencari erti hidup sebenar dalam kejahilan raja dan masyarakatnya. “Tanpa mengembalikan diri kita kepada asal, iaitu kepada Yang Maha Pencipta, kita hanyalah sebujur jasad yang dikagumi kerana sifat-sifatnya, tetapi tidak mempunyai erti lebih daripada itu.” Be Eshme Elohim Sang Penuntun Hati
Pencurian malam hari; 2 Pencurian siang hari; 3 Pencurian sendiri; 1 Pencurian bersama-sama; 1 Pencurian dengan pemberatan; 0 Pencurian kendaraan bermotor; 1 Sebatang kapur dan penghapus tergeletak di bawah papan tulis itu. Tampak benar telah sangat lama tak dipakai. Demikian minim angka-angka itu sehingga tak bisa dijadikan diagram batang, diagram kue cucur atau diagram naik-naik ke puncak bukit. Rupanya di kota ini, penduduknya telah lupa cara berbuat jahat. Mata Inspektur semakin sendu menatap papan tulis itu. Keadaan yang tenteram ini perlahan-lahan akan membuat polisi di dalam dirinya terlena, lalu terbaring, lalu pingsan, lalu mati. Inspektur sungguh khawatir. Wahai kaum maling, ke manakah gerangan kalian? Untuk pertama kalinya, Andrea Hirata menulis novel dalam genre kejahatan. Dalam novel istimewa ini, pembaca akan berjumpa tokoh-tokoh unik dengan pikiran menakjubkan. Dari mereka, kita akan belajar betapa mudahnya bahagia karena hal-hal sederhana.
Aku, Buku & Kota Kaherah adalah himpunan memoir penulis yang penuh dimaknai dengan buku, sebagai seorang mahasiswa pada era 90-an di Kaherah – sebuah kota yang menyimpan kisah para anbia. Di antara bau buku-buku lama dan debu-debu bertebaran, kota ini juga menyaksikan pahit getir kehidupan penulis dalam mengharungi zaman belajarnya di sana. Semangat cintakan ilmu dan buku membawa beliau menerokasi pesta-pesta buku sehingga ke pasar-pasar buku di jalanan. Begitu gigih memburu buku-buku langka – hinggakan terpaksa berebut dengan si penggila buku! Penulis menceritakan pengalaman beliau tentang dunia buku yang dilaluinya. Ada apa dengan buku? Objek yang tak bernyawa itu? Tapi ia punya aura yang memikat hingga beliau memburu buku-buku lama, terpakai dan nadir. Asyiknya mencium bau buku-buku lama begitu mengujakan. Kita? Pasti merasai pengalaman yang sama juga. Hanya pencinta buku tahu apa perasaannya. “Apa yang tertulis akan terus abadi. Apa yang terucap akan berlalu – bersama angin.” Satu rangkap kata-kata yang dipegang penulis supaya terus menulis dan berkarya, lalu meninggalkan sesuatu yang bermakna, iaitu “buku”.
Tidak akan wujud negara maju sekiranya tiada generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikiran matang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Ciri-ciri ini tidak lain tidak bukan, hanya lahir daripada tabiat membaca. Slogan dan tagar #MalaysiaMembaca pula dipilih dan mesti dipopularkan agar aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara membaca dan melahirkan masyarakat berilmu bertaraf dunia senantiasa menyelinap dalam sanubari dan denyut nadi masyarakat. Buku ini merupakan kompilasi penulisan pencinta buku yang mengungkapkan perjalanan peribadi sebagai pembaca buku sejak masa kecil sehingga mempengaruhi hidup sehingga kini. Mereka membuktikan besar atau kecil manusia bukan kerana pangkat dan harta, tapi pada nilai keilmuan yang terhasil daripada asas membaca dan keupayaan untuk membangun hidup dan masyarakat dengan nilai daripada pembacaan tersebut.
Sebuah karya HAMKA yang merangkumi tiga fasal utama yang menghuraikan pengertian dan makna negara Islam itu sendiri, sekali gus memberi penjelasan secara terperinci perihal dasar pemerintahan Islam.