You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
None
Hikayat Raja Babi ditulis pada 1775 oleh seorang pedagang yang sedang berlayar dari Semarang ke Palembang. Buku yang anda sedang pegang merupakan versi tulisan Rumi yang pertama di dunia. Hikayat berunsur aksi-fantasi-mistik ini menceritakan adventur seorang putera yang telah disumpah untuk lahir sebagai seekor babi. Sifat fizikalnya itu membuat bapanya sendiri jijik dan malu, tapi kepandaiannya berpantun sebaik saja keluar dari perut ibunya membuat semua orang kagum. Biarpun dicampak ke dalam hutan atas nasihat para nujum, putera babi ini diselamatkan dan dibesarkan di istana yang lain. Raja Babi melalui pelbagai cabaran dan berperang dengan pelbagai pihak. Adegan-adegan perang yang melibatkan aksi terbang dan letupan ini sangat ganas dan mirip Dragon Ball. Raja Babi mula dikenali dan disegani di kalangan kawan dan lawan. Tapi adakah sebab dia merupakan seekor babi, dia turut disumpah untuk tidak dapat bercinta? (Buku Fixi)
Be careful what you wish for . . . Andi is short. And she has lots of wishes. She wishes she could play on the school basketball team, she wishes for her own bedroom, but most of all she wishes that her long lost half brother, Bernardo, could come and live in London, where he belongs. Then Andi's biggest wish comes true and she's minutes away from becoming someone's little sister. As she waits anxiously for Bernardo to arrive from the Philippines, she hopes he'll turn out to be tall and just as mad as she is about basketball. When he finally arrives, he's tall all right. But he's not just tall ... he's a GIANT. In a novel packed with humour and quirkiness, Gourlay explores a touching sibling relationship and the clash of two very different cultures.
Wahab, pada usia 19 tahun, bekerja dengan akhbar Warta Malai semasa Pendudukan Jepun di Singapura. Biarpun berdepan dengan kekangan dan rintangan perang, hidupnya meriah dengan semangat setiakawan teman-teman dalam bilik penyunting. Perbalahan dan ego kekadang muncul, tapi itu hal biasa. Dan hidup lelaki mana akan sepenuhnya kelam bila adanya lampu neon dan perempuan kabaret? Wahab mula gelisah apabila dia mempersoalkan peranannya dalam akhbar propaganda penjajah. Dia kagum dengan cerita-cerita perjuangan kemerdekaan di Indonesia dan negara lain. Satu perjalanan pendek ke Semenanjung Tanah Melayu juga mengubah hala hidupnya. Setelah bertahun-tahun tiada dalam pasaran, kini kami bawa kembali Patah Sayap Terbang Jua (1966) – sebuah novel dengan unsur slice-of-life dan idealisme yang juga memberi gambaran hidup tentang zaman yang penuh ketegangan. (Buku Fixi)
Temasya Tinta mula-mula diterbitkan pada 1967 dan mengandungi 11 cerpen mengenai dunia kewartawanan (sebelum perkataan ‘media’ digunakan). A. Samad Ismail (lebih mesra dikenali sebagai Pak Samad) sangat sinonim dengan akhbar, dan buku ini hanya dapat dihasilkan oleh seorang yang bergelut dengan berita. KIta sendiri dapat menghidu dakwat dan rokok, mendengar ketikan typewriter dan gegaran mesin cetak, dan merasakan peluh di tubuh pemberita yang berhempas pulas di lapangan dan di ruang ofis yang sempit. Tak termasuk berdepan dengan editor garang, politikus beragenda dan persaingan daripada syarikat lain. Sisi nakalnya: Ada wartawan yang bukan sahaja mengejar deadline tetapi mengejar perempuan, wiski dan bir. Sama ada sisi ini benar atau sekadar rekaan: Wallahu-alam! (Buku Fixi)
Tembok Tidak Tinggi (1967) boleh dianggap sebagai sekuel kepada Patah Sayap Terbang Jua (1966). Tentera British telah kembali ke Singapura setelah tamatnya Perang Dunia Kedua - dan Wahab kini berada dalam penjara. Tuduhannya? Ada kaitan dengan kerjanya pada zaman Jepun. Novel ini unik kerana bertempat sepenuhnya dalam satu penjara. Rutin harian di Penjara Outram, Singapura diceritakan dengan teliti oleh A. Samad Ismail yang bukan sahaja seorang wartawan tersohor tapi pernah menjadi tahanan di penjara sama. Hal seperti makanan berlendir, angkat najis, mandi bogel, pergaduhan fizikal malahan gangguan mental dan seksual menjadikan karya ini realistik tanpa unsur sentimental. Dalam bangunan yang kekadang riuh kerana menempatkan pelbagai jenis banduan dengan latar berbeza, Wahab menghitung hari sebelum dapat melihat dunia di sebalik tembok. (Buku Fixi)