Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Pillow Fight
  • Language: ms
  • Pages: 181

Pillow Fight

Suami adalah manusia biasa. Imannya turun dan naik. Kadangkala imannya tinggi setinggi Gunung Uhad. Kadangkala imannya rendah serendah batu di atas tanah. Isteri jua begitu. Emosinya tenggelam dan timbul. Ada ketika manjanya membelai jiwa semanis gula. Ada ketika rajuknya mengganas persis ribut tropika. Suami atau isteri masing-masing sering terlupa, rumah tangga adalah wadah untuk berkongsi segala rasa. Perkahwinan itu satu perkongsian, bukan satu persaingan. Andai kata kita menang pun, apalah gunanya. Kerana kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, dan berteduh di bawah bumbung yang sama. ~ Yusammir Yusof

AKIDAH KITA NYAWA KITA
  • Language: ms
  • Pages: 320

AKIDAH KITA NYAWA KITA

AL-MASIH ISA putera Maryam, seorang Rasul mulia utusan ALLAH untuk semua Bani Israel pada ketika itu. Ajaran baginda ditaati para hawariun, pembantu setia yang tidak pernah lelah berjuang mempertahankan tauhid pada Yang Esa. Paul hadir lalu mencorak citra baru ajaran baginda. Kristianiti muncul dan lakarannya pula tidak senada. Tapi ia mampu mencapai agenda, mencuri hati para pemujanya. Islam datang lantas diterima warga dunia. Katanya ALLAH itu Esa, Isa itu kekasih-NYA. Inilah yang diuar-uarkan saat Muhammad menjadi pesuruh-NYA. Dan ia akan terus berkumandang sehingga tibanya saat yang pastiā€¦ Namun, jalan tauhid itu penuh cabaran. Diuji para hamba-NYA sebagai bukti tanda keimanan.Sesungguhnya Islam sudah lama bertapak di sini. Kehadirannya tidaklah semudah yang disangka. Banyak cabaran yang dilalui hingga menggugat kedudukannya di tanah bertuah ini. Justeru, bagaimanakah cara terbaik untuk menghadapinya? Ingatlah... pertahankanlah akidah! Jangan ragu-ragu! Inilah satu-satunya harta yang kita ada! Bekalan saat bertemu dengan-NYA.

Art of Deception
  • Language: ms
  • Pages: 320

Art of Deception

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012-01-01
  • -
  • Publisher: PTS Islamika

Perbahasan mengenai apakah agenda Amerika dan Zionis mewujudkan satu kuasa pemerintahan dunia atau dikenali sebagai New World Order. Membongkar misteri yang menyeliputi peristiwa 9 September dan kenapa ia berlaku. Juga bagaimana menangkis fahaman Islamphobia yang menyatakan Islam adalah agama pengganas dan memberi jawapan kepada dunia yang termakan hujah-hujah yang tidak berasas. Bagaimana al-Quran memberikan jawapan dan paparan sebenar oleh Jerry D. Gray, mualaf yang berhijrah selepas melihat sendiri penipuan yang dilakukan oleh pemimpin negaranya sendiri, Amerika Syarikat.

Terapi Hati
  • Language: ms
  • Pages: 208

Terapi Hati

KITA diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Amarah sebagai khalifah ALLAH S.W.T bagi mentadbir bumi ini menunjukkan betapa istimewanya kita. Sungguhpun begitu, perlulah beringat selalu bahawa hidup kita tidak lari daripada ujian ILAHI dan juga godaan as-syaitonirrajim. Dianugerahkan hati serta akal yang waras demi memandu kita menuju Hati yang dilindungi tulang rusuk menunjukkan raja anggota tubuh ini dijaga dengan teliti oleh Sang Pencipta. Begitulah diumpamakan kita untuk memeliharanya daripada dicemari sebarang noda. Baik buruk akhlak dan turun naik tahap keimanan kita tertakluk pada corak pemerintahan hati yang berkuasa. ALLAH S.W.T tidak memandang harta dan rupa tetapi kebersihan hati serta amalan hamba-NYA.

Doa & Tip Keluarga Bahagia
  • Language: ms
  • Pages: 320

Doa & Tip Keluarga Bahagia

KEBAHAGIAAN sesebuah rumah tangga itu tidak datang bergolek. Ciptalah melalui cinta yang sejati untuk merasai bagaimana manisnya keharmonian itu. Amalkan sikap saling memberi dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan kerana tiada satu makhluk pun yang diciptakan serba sempurna. Mohonlah kepada-NYA agar kehidupan kita sentiasa dipayungi dengan nikmat sakinah, mawaddah dan rahmah. Ceriakanlah diri agar tidak mudah melatah dengan mainan hidup di dunia yang fana ini. Andai sesekali diuji, anggaplah bahawa cabaran itu adalah untuk memantapkan lagi iman kita. Jadikanlah hati kita hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang berzikir dan akal yang berfikir. DOA & TIP KELUARGA BAHAGIA ini am...

TAJ MAHAL CINTA : TINGGI MENGGAPAI SYURGA
  • Language: ms
  • Pages: 288

TAJ MAHAL CINTA : TINGGI MENGGAPAI SYURGA

Naskhah ini terbahagi kepada empat bahagian; untuk isteri, anak dan remaja, wanita serta umum.Ia selingkar pengalaman dalam mendepani kehidupan sebagai hamba di muka bumi. Motivasi buat bidadari agar terus berjuang di jalan Ilahi. Juga teguran buat permaisuri agar berjuang menjadi isteri mithali.

Santunan Fitrah
  • Language: ms
  • Pages: 240

Santunan Fitrah

Dalam buku ini, penulis mengadunkan pengalaman hidup lebih 40 tahun sebagai seorang insan bergelar wanita yang lahir dan menghabiskan sebahagian besar hidup di bumi bertuah ini, lebih 20 tahun sebagai pengamal perubatan dan aktivis NGO yang sentiasa responsif terhadap keadaan sosial masyarakat yang begitu dipengaruhi oleh perkembangan politik, ekonomi, teknologi dan persekitaran. Dengan memilih tajuk isu semasa, penulis cuba menggarap persoalan yang timbul dan mengemukakan beberapa premis yang berasaskan data serta bukti sebelum mencadangkan beberapa tindakan yang perlu diambil di peringkat individu dan masyarakat. Akhirnya, semoga timbullah kesedaran yang mendalam, betapa manusia ini sudah ...

Khazanah Cinta Ilahi
  • Language: ms
  • Pages: 292

Khazanah Cinta Ilahi

Imam Shaykh al-Islam Taqiyuddin Ahmad Ibn Taymiyyah (1263-1328M), seorang mujtahid yang lahir sebagai penyelesai masalah umat. Hadir berbekalkan keimanan yang jitu dan ketajaman akal fikiran, kewibawaan beliau tidak mampu diganggu gugat. Bukti kebijaksanaan termaktub pada himpunan fatwa-fatwa di dalam karya besar beliau yang bertajuk Majmu Fatawa Shaykh al-Islam Ahmad Ibn Taymiyyah. Secara umum, Khazanah Cinta ILAHI merupakan terjemahan ringkas sebahagian daripada ijtihad-ijtihad beliau. Naskhah ini mendedahkan kepada kita cara terbaik untuk meraih cinta ALLAH melalui proses penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs) yang digarap daripada wahyu-NYA.

Menuju Sejahtera Meraih Bahagia
  • Language: ms
  • Pages: 336

Menuju Sejahtera Meraih Bahagia

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2014
  • -
  • Publisher: Alaf 21

"DR. MASZLEE MALIK merupakan tokoh cendekiawan muslim dalam negara ini. Pandangan-pandangan politik beliau mengambil kira gabungan antara tuntutan roh nas-nas syariah dalam teksdan penjelmaannya dalam realiti semasa. Saya berharap tulisannya ini akan menjadi satu lagi sumbangan ke arah memahami kerangka pemikiran politik dalamIslam. Didoakan ia dapat menjadi penawar kepada kejumudangolongan yang membicarakan nas-nas politik dalam agamaini secara literal. Juga menjadi ubat untuk mereka yang cuba membebaskan politik dari prinsip-prinsip agama. Moga ALLAH memberkati usaha akhi fi llah Dr. Maszlee Malik!"

Tuhan Terimalah Aku
  • Language: ms
  • Pages: 320

Tuhan Terimalah Aku

TUHAN...Terimalah Aku adalah himpunan kisah benar yang dialami oleh jemaah haji atau umrah sewaktu di Tanah Suci. Matlamat buku ini ialah berkongsi pengalaman agar boleh dijadikan panduan bakal tetamu ALLAH S.W.T. Kisah negatif yang dipaparkan tidak berniat untuk menakut-nakutkan hasrat murni ke Tanah Suci, tapi semata-mata buat iktibar bersama. Belajarlah daripada pengalaman ornag lain, moga kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Akurlah dengan hakikat... setiap kita tidak lepas daripada melakukan kekhilafan. Moga dengan iman dan ilmu yang tinggi serta sifat yang tawaduk atas dasar takwa dan redha, kita akan mendapat haji mabrur (yang diredhai) dengan rahmat ILAHI.