You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Aku adalah kau... / PERJANJIAN TANPA RELA Kematian Tarmizi memberi impak pada Nancy. Dia menyesal dan tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku. Akhirnya, Nancy menemui jawapannya apabila puaka di dalam cermin di sebuah kedai antik di mana dia bekerja telah membongkar segala rahsia. Puaka itu mengatakan bahawa kini dia adalah penjaga Nancy kerana perjanjian telah berlaku tanpa disedari Nancy. Tiga permintaan, ada syarat termeterai, ada korban perlu dipersembahkan... / 3 PERMINTAAN Sofea Jane, seorang model jelitawan kegilaan ramai lelaki tetapi mempunyai hobi pelik, iaitu taksub pada cermin dan kecantikan. Cermin antik pemberian Damian yang dipecahkan telah bercantum kembali. Tanpa disedari, ada jin menghuni cermin itu. Jin itu menawarkan tiga permintaan kepada Sofea Jane, tetapi dengan syarat-syarat yang cukup berat untuk ditunaikan. Bila hati termakan bisikan syaitan, maka dia terjerumus dengan tipu daya jin.
SUMPAHAN FAZRIN FAUZI Satu sumpahan telah termeterai berpunca daripada keegoan manusia yang mengakibatkan pembinaan Kolej Teknologi Naka tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Zamani merupakan penyelia tapak yang terpaksa mengambil alih tugas di kawasan pembinaan kolej itu yang hampir enam bulan terbengkalai. Namun, segalanya bertukar ngeri sebaik sahaja Zamani bertemu dengan roh yang ingin membalas dendam. Satu per satu rahsia dibongkar Zamani hingga membuatkan satu nyawa terancam. Mampukah anak muda itu mematikan sumpahan itu? Adakah pembinaan kolej itu siap dibina? Kerana ego seorang manusia, nyawa seseorang menjadi mangsa! TIGA ZYRA SAFIYA Apabila Tis mengikut kekasihnya yang mahu berseronok ...
• Is meant for the lower primary pupils. (Phase I) • Covers a wide usage of basic vocabulary. • Is highly recommended for pupils who have done the basic exercises in English For Kids. • Offers a wide range of correlated and challenging grammatical exercises to reinforce the pupils’ acquisition of their basic grammar.
Kehidupan Norliesa mula tidak tentu arah setelah kematian ketiga-tiga anaknya. Bagi Norliesa, kehilangan ketiga-tiga zuriatnya itu berpunca daripada anak bongsunya, Nurul Shafiqah. Shafiqah disisihkan oleh ibunya sendiri. Keadaan itu membuatkan Lutfi selaku suami Norliesa dan ayah kepada Shafiqah hidup dalam dilema. Pada waktu yang sama, Shafiqah yang sedang menuntut di sebuah kolej mula berhadapan kejadian misteri. Seorang demi seorang rakan serumahnya hilang tanpa jejak. Hidup Shafiqah mula tidak tenteram dan sering diganggu kejadian aneh sepanjang menyewa di rumah batu berhampiran kawasan kolejnya itu. Jiwa Lutfi terus diasak rasa serba salah apabila Romeor, rakan lamanya meminta pertolon...