You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Ada sesuatu menarik pandangan Azizi ke dewan makan. Dari tingkat dua asrama itu, dia dapat melihat kaki seseorang sedang melangkah perlahan keluar dari satu sudut berjalan mendekati Yazid. ‘Siapa pula yang ada di dalam dewan tu?’ tanya Azizi dalam hati sambil terus memerhati, menunggu pemilik sepasang kaki yang kelihatan itu menampakkan dirinya. Sesaat kemudian jantung Azizi bagai terloncat hingga ke kerongkong apabila mendapati kaki yang kelihatan itu adalah milik seorang budak yang seluruh tubuhnya hitam dan dalam keadaan yang mengerikan. Yazid nampaknya sedikit pun tidak menyedari lembaga itu sedang menghampirinya perlahan-lahan dari belakang! ‘Siapa pula yang ada di dalam dewan tu?...
Misteri kehilangan Nasha di sebuah terowong lama yang dikatakan ‘keras’ telah menggemparkan penghuni Taman Sri Selasih. Kisah-kisah menyeramkan mengenai terowong lama itu mula diperkatakan kembali. Malahan sejak Nasha hilang, Lina yang merupakan rakan baiknya mula berkelakuan pelik lantas mengundang persoalan terutamanya kepada Azli dan ahli korumnya. Kehilangan Nasha di terowong lama tersebut juga secara tidak langsung telah membangkitkan kes penemuan mayat seorang pelajar perempuan di situ setahun lalu. Tambah menggerunkan apabila seorang rakan Azli bernama Rafi telah melihat sendiri susuk seseorang yang kelihatan seperti mayat muncul di muka terowong dan selepas itu seorang demi seorang rakan baik Lina mati dalam kemalangan aneh.
“Dekat pondok bas ni pun ada orang mati kena langgar! Dua malam lepas ada orang racing kereta kat jalan ni. Ramai budak datang tengok. Lepas tu ada satu kereta terbabas dan langgar seorang budak. Seorang pun tak tahu!” Tiba-tiba Farul menyampuk. Serius sahaja mukanya. “Mana kau tahu ni?” tanya Saadon berkerut. “Dia ni yang cerita... masa mula-mula duduk sini tadi,” ucap Farul menunjuk pada seorang budak sebayanya yang berwajah murung duduk di sebelahnya. Spontan bulu roma mereka meremang tegak dan hampir serentak kesemua mereka bangkit menjauh. Saadon cepat-cepat menarik Farul dari sisi budak itu kerana tidak seorang pun daripada mereka mengenalinya, apatah lagi apabila mendapati wajah budak itu pucat kekuningan bagai mayat dan terdapat kesan lumpur di tubuhnya. Sepasang matanya kabur tidak bercahaya serta nampak hitam lebam di sekeliling mata. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Bayang Puaka mengumpulkan tiga buku daripada Siri Cerita Hantu iaitu Puaka Lebuh Raya, Puaka Media Sosial, dan Puaka Terowong. Nikmati kisah-kisah puaka yang meremangkan bulu roma daripada penulis-penulis seram hebat tanah air seperti Zehann Ur Rakhie, Sabrina Ismail, CikPuan Fifi, Drfendi Ameen, Siti Solehah, dan Aida Anggerik. Selain kisah-kisah ini, sebagai bonus dimuatkan juga kisah seram yang benar-benar terjadi, yang mungkin juga pernah anda alami! Atau mungkin ia terjadi kepada kawan kepada kawan anda, atau sepupu kepada kawan kepada kawan anda. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Bayang Puaka mengumpulkan tiga buku daripada Siri Cerita Hantu iaitu Puaka Lebuh Raya, Puaka Media Sosial, dan Puaka Terowong. Nikmati kisah-kisah puaka yang meremangkan bulu roma daripada penulis-penulis seram hebat tanah air seperti Zehann Ur Rakhie, Sabrina Ismail, CikPuan Fifi, Drfendi Ameen, Siti Solehah, dan Aida Anggerik. Selain kisah-kisah ini, sebagai bonus dimuatkan juga kisah seram yang benar-benar terjadi, yang mungkin juga pernah anda alami! Atau mungkin ia terjadi kepada kawan kepada kawan anda, atau sepupu kepada kawan kepada kawan anda. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
“Aku pernah tengok satu cerita seram macam ni. Aku rasa kita sebenarnya dah mati! Mungkin kita mati berlanggar masa Guan potong lori tu! Dan kini roh kita merayau-rayau di tempat yang kita nak pergi... Taman Tema Teratai!” ucap Bala dengan nada perlahan, hampir sedih dan sayu. Pang! Haikal menampar Bala dengan kuat. “Wei! Kenapa tampar aku!” pekik Bala memegang pipinya yang berdamar. “Sakit tak?” tanya Haikal. “Mestilah sakit!” tempelak Bala marah. “Kalau sakit maknanya kita tak mati lagi. Dan aku rasa masih belum selamat lagi!” kata Haikal serius. “Ayoyo!" Bala teringatkan pengunjung yang dijumpainya tadi. Hampir terkencing dia melihat 'orang' itu tersenyum dengan bibir merekah hingga ke telinga! Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Sedang asyik memilih baju di dalam guni, pak long dikejutkan dengan suara batuk kecil seorang lelaki. Berderau darah pak long apabila melihat seorang lelaki tua berpakaian Melayu serba hitam sedang berdiri di hadapannya. Pak long menelan liur, seram sejuk seluruh tubuhnya. Bila masanya lelaki itu ada di situ? Bunyi langkahnya langsung tidak kedengaran. Namun, bukan kemunculan tiba-tiba orang tua misteri itu sahaja yang mendebarkan dadanya, kerana apa yang sedang berlaku di dalam kedai bundlenya adalah lebih menggerunkan lagi. Pak long dapat melihat berpuluh-puluh rangka manusia berpakaian lusuh dan koyak rabak sedang memenuhi kedainya. Rangka-rangka manusia itu sedang merayau-rayau, seperti pelanggan yang sedang melihat-lihat dan memilih pakaian yang dijual. Pak long hampir terkencing di dalam seluar apabila tiba-tiba semua rangka-rangka manusia itu serentak menoleh memandang kepadanya! Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Ada sesuatu menarik pandangan Azizi ke dewan makan. Dari tingkat dua asrama itu, dia dapat melihat kaki seseorang sedang melangkah perlahan keluar dari satu sudut berjalan mendekati Yazid. ‘Siapa pula yang ada di dalam dewan tu?’ tanya Azizi dalam hati sambil terus memerhati, menunggu pemilik sepasang kaki yang kelihatan itu menampakkan dirinya. Sesaat kemudian jantung Azizi bagai terloncat hingga ke kerongkong apabila mendapati kaki yang kelihatan itu adalah milik seorang budak yang seluruh tubuhnya hitam dan dalam keadaan yang mengerikan. Yazid nampaknya sedikit pun tidak menyedari lembaga itu sedang menghampirinya perlahan-lahan dari belakang! Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Discover words to surprise, delight, and enamor. Learn terms for the sunlight that filters through the leaves of trees, for dancing awkwardly but with relish, and for the look shared by two people who each wish the other would speak first. Other-Wordly is an irresistible ebook for lovers of words and those lost for words alike.
• Is meant for the lower primary pupils. (Phase I) • Covers a wide usage of basic vocabulary. • Is highly recommended for pupils who have done the basic exercises in English For Kids. • Offers a wide range of correlated and challenging grammatical exercises to reinforce the pupils’ acquisition of their basic grammar.