You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
“Jika rancangan anda untuk setahun tanamlah padi. Jika rancangan anda untuk sepuluh tahun tanamlah pokok. Jika rancangan anda adalah untuk seratus tahun maka didiklah generasi penerus”. ― Confucius Ada dua dunia yang wujud. Pertama, dunia itu wujud tanpa kita. Walaupun kita wujud. Sebelum kita ada, dunia itu wujud. Selepas kita tiada, dunia itu tetap wujud. Kedua, dunia itu wujud sebab kita wujud. Kita yang membuat keputusan dalam babak-babak penting kehidupan kita untuk mencipta dunia itu. Kita memilih dengan cara kita, ada dengan tinta tulisan, lakaran imaginasi, dengan menghulur tangan kepada yang orang yang dibawah dan banyak lagi. Buku ini ditulis untuk mereka yang percaya kepada ...
“Apabila seseorang sudah menentukan kepercayaannya. Dan dia memperjuangkan kepercayaan itu, semua sumber akan tertarik kepada perjuangannya itu, walaupun selepas kematiannya”. -Mahatma Gandhi Karisma adalah satu keunikan yang misteri dalam diri manusia. Ramai antara kita yang mahu memiliki karisma diri, memiliki keyakinan, kekuatan visi, keteguhan azam dan keberanian melalui zamannya. Namun, mengapa ada sesetengah individu lebih berkarisma daripada yang lain. Mahatma Gandhi menyatakan tahap karisma individu ditentukan oleh apa yang diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh. Sebagai manusia, nilai kita adalah pada apa yang kita percaya dan perjuangkan. Perbincangan mengenai kuasa karisma in...
“Rekacipta terbesar di dunia ialah minda seorang kanak-kanak.” Thomas E. Edison Setiap manusia dewasa pasti bermula dengan zaman kanak-kanak. Itulah zaman yang paling menyeronokkan. Kita bebas bermain, kita bebas berkarya. Tanpa perlu memikirkan masalah atau kesan daripada segala tindakan kita. Ketika zaman kanak-kanaklah kita berkreativiti dan berinovasi. Ada sahaja perkara-perkara kreatif kita lakukan ketika bermain. Namun begitu, selepas kita makin meningkat dewasa, kreativiti kita semakin berkurang. Disebabkan faktor-faktor tertentu kita mula kurang untuk berkreativiti dan berinovasi. Jadi ada dua soalan yang perlu kita cetuskan: Kenapa semangat dan perasaan untuk berkreativiti dan b...
Bagaimana mencungkil bakat yang terpendam dalam diri?
Buku ini menerangkan konsep cantik dan tampan dari dalam diri. Individu itu dikatakan menarik apabila mereka cantik dan tampan dari dalam diri. Buku ini juga menjelaskan bagaimana fenomena jatuh cinta berlaku. Ia juga menyimpulkan konsep menarik pada pandangan Tuhan. Ia menawarkan tip dan teknik praktikal bagaimana membina personaliti menarik.
Rahsia mengenal pasti dan membangunkan bakat didedahkan secara terperinci dalam buku ini.
Ramai lelaki ingin menjadi gentleman. Golongan wanita pula inginkan lelaki yang gentleman.
Buku ini adalah panduan mudah kepada mereka yang hendak membina gaya kepimpinan karismatik dan efektif. Dilengkapi dengan pelbagai tip mudah berkarisma yang perlu ada pada individu. Cerita-cerita pendek yang ditulis di dalam buku ini menjadi lebih menarik untuk dibaca.
TAK SEMUA ORANG BOLEH TERBANG, TAPI SEMUA ORANG BOLEH BERJALAN. Afiq Sazlan berkongsi cara untuk para pemuda memasang cita-cita setinggi langit, tetapi tetap berpijak atas bumi realiti. Kecemerlangan milik pemuda yang memiliki pemikiran luar biasa, dan kemahiran untuk memanfaatkan ciptaan-ciptaan Allah di dunia ini. Ini adalah cara beliau pandang hidup beliau; berbeza, sungguh istimewa. Tidak ramai pemuda berani mengambil keputusan yang boleh mengubah seluruh jalan hidupnya, jadi, bagaimana beliau berani mengambil langkah pertama yang seakan begitu menggerunkan itu? Buku ini mecoretkan bagaimana Afiq Sazlan Terbang Tapi Berjalan dalam mengharungi cabaran demi cabaran, kejayaan mahupun kegagalan yang datang.