You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Izma Huda – Seorang pensyarah kolej yang sukar untuk jatuh cinta. Kehadiran Firdaus telah berjaya membuka pintu hatinya untuk mengenali lelaki itu. Tatkala mereka bersulam kasih dan tiga minggu lagi akan diijabkabulkan, hati gadis itu luluh. Sanggup mamanya, Hasmina menjadi perosak hubungan mereka. Lebih sakit apabila Firdaus menikahi mamanya! Nazhan Nizar – Nekadnya untuk menawan hati Izma Huda yang sedingin ais di kutub tidak pernah pudar. Akhirnya, dia berjaya menghangatkan kembali perasaan Izma Huda yang sudah lama dingin. Namun, halangan demi halangan muncul dalam hubungan mereka. Siapa yang menjadi angkara? Hasmina lagikah? Atau gara-gara Kaz, teman serumah Nazhan? Jika benar, mengapa? Kemuncaknya, Nazhan Nizar ditahan polis pada hari pernikahan mereka. Izma Huda merasakan nafasnya seakan terhenti. Apabila terlerai teka-teki, muncul pula Alya cuba merampas kebahagiaan mereka. Siapa pula Alya? Mengapa begitu dalam dendamnya pada Nazhan?
RAMAI kawannya sudah berkahwin. Dia juga teringin ada suami! Farhana, anak bongsu yang celupar dan keras kepala ini kemudian terdesak memilih lelaki yang baru putus tunang sebagai suami. Apa cerita? Alif lebih penyabar berbanding Farhana. Mereka tinggal serumah, tetapi tidak sebilik. Perangai Farhana yang 'angin kus-kus' sering timbulkan sengketa. Empat bulan si suami gigit jari, baru dapat tidur sekatil. Itupun dengan janji pinjaman peribadi RM50 ribu. Amboi!! Rumah tangga yang baru bahagia, mula bergoncang bila Salwani muncul. Bekas tunang Alif ini, rupa-rupanya isteri Jay Hezmi, lelaki kasanova di Facebook yang suka pukul bini. Lebih mengejutkan Alif, Farhana juga sedang dijerat oleh lelaki yang sama. Nasib baik isterinya tak lut dengan godaan palsu. Mereka berkomplot membantu Salwani bercerai dengan Jay Hezmi. Kerja gila ini akhirnya berjaya. Namun hati Farhana terluka bila Salwani belot dan mahu jadi isteri kedua. Farhana angkat kaki mengundur diri. Namun kerinduan membunuh egonya. Dia tidak bersedia melepaskan Alif pergi. Dia mahu jadi intan payung di hati suaminya seorang.
SAFA menyesal menerima tawaran kerja barunya. Nak ditolak, sudah terlambat. Dia enggan merempat dan mengaggur lebih lama lagi. Lebih parah apabila dia berdepan dengan Maliki yang dibencinya ketika melaporkan diri. "Safa boleh tak awak jangan panggil saya encik?" "Tapi encik kan anak majikan saya? Jadi, saya rasa lebih sesuai kalau saya panggil Encik Maliki." Hati Maliki tercabar kerana dilayan dingin. Dia mahu mencuba nasib untuk memenangi semula hati wanita itu yang dirasakan sudah keras seperti tunggul kayu. Rasa cemburu mula membara di hatinya apabila melihat Daniel seperti mahu mendekati Safa. Mana boleh dibiarkan rakan karibnya itu memenangi hati wanita itu! Hubungan antara Safa dan Maliki agak kompleks dan rumit. Ada rahsia yang disimpan dan sukar untuk dibongkarkan. Lima tahun yang lalu, mereka berkasih sehingga sanggup menentang adat dan budaya. Namun kini, rasa cinta dan benci bercampur aduk pada masa yang sama. Mengapa Maliki tidak kenal penat mengejar sedangkan Safa ligat melarikan diri?
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan. Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untu...
Yazid bin Atan, pemuda biasa-biasa yang bekerja sebagai pemandu peribadi. Di laman Facebook, dia jatuh hati dengan Liza Wati. Seorang gadis yang cantik, berpelajaran dan dari keluarga berada. Demi untuk memikat hati si gadis, Yazid berbohong, kononnya dia juga anak orang kaya. Namun tanpa disedari, pesaing cintanya adalah Azman Hussin. "Konon-konon kau anak orang kayalah tu! Alahai poyo bin sengal betullah si mamat ni. Hei brader, cakap ajelah itu rumah bos kau! Tak ada orang ambik tahulah!" - Yazid mengecam profil Facebook Azman Hussin. Tembelang Yazid terbongkar di majlis meraikan kepulangan anak majikannya dari Australia, yang turut dihadiri oleh Liza Wati. Rupa-rupanya Azman Hussin adalah bakal bosnya.
Bagai tidak terhitung penderitaan yang membelenggu hidup Najma Naqiah. Namun, dia terpaksa mengharunginya sendiri sejak ibu dan ayahnya pergi menghadap ILLAHI. Kekosongan dan kesepian menjadi bayang-bayang hitam yang mengekori bila abangnya pula hilang bersama misteri. Selama ini, soal cinta bukan perkara utama dalam kamus hidupnya. Namun, kehadiran Arsyad mencoret sejarah baru. Insiden tertumpah air kopi menjadi detik pertemuan mereka. Malah, turut menjadi punca mereka bertingkah. Pantang bersua muka, ada saja yang tidak kena. Ditambah dengan sikap loyar buruk Arsyad, selalu menimbulkan perasaan jengkel di hatinya. Naqiah menganggap pertemuan mereka sebagai malang! Tetapi bagi Arsyad, perte...
DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA. DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA... Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya. Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu...
ZAIZA hanya gadis kampung yang ingin memulakan hidup baru di kota metropolitan. Sudah puas bergelumang dengan penderitaan dan penghinaan saudara-mara serta orang kampung. Dia tidak akan membiarkan orang lain melukainya lagi. Dahulu, dia dicintai rakan karib yang sering mengambil berat tentang dirinya. Namun, tragedi menimpa menyebabkan mereka berdua terpisah untuk tempoh yang panjang. Kehilangan Nasrul membuatkan hatinya meronta-ronta merindukan lelaki itu. Setelah sekian lama, mereka dipertemukan kembali. Tetapi, Nasrul kini dimiliki orang lain. Zaiza pula membuka pintu hatinya untuk Zakwan yang cuba memikatnya dengan bersungguh-sungguh. Namun, mengapa hatinya merintih. Cukupkah hanya teguh pada yang sudah ada dalam genggaman, sedangkan hakikatnya yang lain bertakhta di hati?
Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu. Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai pasangan yang bahagia.
AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta pada lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya. “Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?” JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina. “Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”