Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Pendiam?
  • Language: ms
  • Pages: 206

Pendiam?

“Awak ni lone ranger ke?” “Puan, anak puan di rumah memang senyap ya?” “Dia tu pemalu orangnya...” *** Biasanya, kita akan lihat ada dua jenis orang di sekeliling kita. Satu ialah Ekstrovert - yang tampil yakin bercakap, lebih terkehadapan, dan dikenali ramai orang. Satu lagi ialah Introvert - yang kelihatan pasif, pendiam, dan jarang-jarang mengikuti sebarang aktiviti sosial. Adakah menjadi Ekstrovert lebih baik daripada Introvert? Benarkah Introvert perlu ubah diri menjadi lebih Ekstrovert agar lebih berjaya pada masa hadapan? Hakikatnya, setiap seorang daripada kita mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu dikenal pasti dan digilap potensinya. 'Pendiam?’ menampilkan situasi biasa yang dilalui Introvert dalam masyarakat berserta kupasannya — agar personaliti ini lebih difahami dan dirai dengan kekuatan yang mereka ada.

Overthinking Tapi Buat-buat OK
  • Language: ms
  • Pages: 173

Overthinking Tapi Buat-buat OK

“Kau ni janganlah fikir banyak sangat.” Orang kata kita perlu live in the moment. Kalau risau sangat tentang masa depan, lagi susah nak tenang. Hidup saja dulu. Namun kenapa selalunya otak kita tak bagi kerjasama? Ada saja benda yang nak difikirkan dan dirisaukan. Tak kiralah kecil ke besar, semuanya bermain-main dalam kepala. "Kalau aku buat ni, agaknya apa diorang fikir pasal aku eh? Entah-entah orang rasa aku ni pelik.” Akhirnya, diri sendiri pun sudah putus asa dengan mainan fikiran dan perasaan yang ada. Mulalah kita rasa keseorangan di dunia ni — tiada orang yang faham atau nak faham kita! Sebenarnya, bukan kita seorang rasa begitu. Overthink bukanlah sesuatu yang misteri; yang datang entah dari mana-mana. Sesiapa saja boleh tenggelam dalam lautan fikirannya. Buku ini ialah catatan jujur daripada seseorang yang telah, sedang, dan masih merasai pahit manis overthinking. Daripada kisahnya sendiri, Aqila Masri mengajar kita untuk lebih mendengar suara hati dan mengambil satu-satu langkah ke depan, dengan menarik nafas dalam dan menjalani hidup, seadanya.

CUAK: Memahami Rasa Gelisah, Kebimbangan Melampau & Fikiran Negatif Berpanjangan
  • Language: ms
  • Pages: 212

CUAK: Memahami Rasa Gelisah, Kebimbangan Melampau & Fikiran Negatif Berpanjangan

“Aku cuaklah nak mula kerja baru esok.” “Risaunya, nak kena bagi ucapan minggu depan.” “Kau tak takut ke nak jumpa keluarga tunang kau hujung minggu ni?” Jantung berdebar-debar, resah, gelisah dan ada kalanya sukar tidur malam ialah reaksi normal minda dan tubuh kita apabila berhadapan dengan ‘ancaman’. Respons ini menjadikan tubuh badan kita lebih bersedia untuk berhadapan dengan situasi yang sukar. Ia tindak balas survival. Walau bagaimanapun, apabila tidak diuruskan dengan baik, respons normal itu akan berlanjutan; seterusnya mengganggu kesihatan emosi dan mental kita. Kita cenderung untuk overthink, hilang motivasi dan sentiasa merasakan diri tidak cukup bagus. Melalui CUAK, Dr Hazreen merungkaikan masalah kegelisahan ini secara mendalam; menjelaskan tindak balas otak dan tubuh kita terhadapnya; serta membincangkan cara untuk menguruskannya agar kita bebas daripada situasi yang menyesakkan ini.

Kekok
  • Language: ms
  • Pages: 287

Kekok

"Aku nak tolong kawan aku, tapi aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku patut dengar saja ke, atau aku patut cakap sesuatu...?” Kadangkala, apabila kawan datang kepada kita untuk meluahkan, timbul perasaan serba salah dalam diri; “Aku patut buat apa ni?” Diam salah, cakap pun salah. Risau nanti tersalah respons. Kekok betul. Sebenarnya, bilakah waktu yang sesuai untuk kita memberi respons? Adakah cukup dengan hanya mendengar? Menjadi pendengar yang baik bukan sekadar memilih antara duduk diam atau memberi kata semangat. Yang lebih penting adalah, si peluah merasakan dia benar-benar didengari dan difahami. Menerusi buku ini, penulis menampilkan tip-tip praktikal untuk kita menangani rasa kekok apabila berinteraksi secara berhadapan dan di alam maya – agar kita menjadi pendengar yang mampu menyediakan ruang selamat kepada orang terdekat untuk meluahkan apa saja yang terbuku dalam hati.

Tentang Pilihan
  • Language: ms
  • Pages: 200

Tentang Pilihan

Semakin dewasa, semakin kompleks persoalan kehidupan kita; semakin sukar pula hendak menetapkan sebuah keputusan. Satu per satu keputusan besar terbentang di hadapan kita; memilih bidang pengajian, mencari pekerjaan dan menentukan pasangan hidup. Pilihan-pilihan ini bakal menentukan arah perjalanan kehidupan kita. "Bagaimana kalau keputusan yang aku buat ini silap?" "Bagaimana kalau aku gagal sekali lagi?" Rasa ragu boleh menyekat kita daripada mengambil sebarang keputusan kerana takut hasilnya tidak seindah impian. Kita bimbang dengan ketidaktentuan masa hadapan. Membuat keputusan memerlukan dua perkara; kemahiran berfikir yang berkesan dan keberanian menetapkan sebuah keputusan. Kedua-duanya perlu seimbang dan saling melengkapi. Buku ini merupakan susunan buah fikir Dr Nur Aisyah (Muharikah) bersandarkan kepada perjalanan kerjaya beliau sebagai seorang doktor pakar perubatan, dan pada masa yang sama, membangunkan IMAN sejak 2012. Penulis membentangkan konsep dan proses berfikir yang tepat untuk membantu kita membuat keputusan dengan lebih yakin dan berkesan dalam hidup.

The Art of Letting God
  • Language: en
  • Pages: 132

The Art of Letting God

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2017
  • -
  • Publisher: Unknown

None

The Middle East
  • Language: en
  • Pages: 640

The Middle East

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2006
  • -
  • Publisher: Unknown

None

Jungle of Hope
  • Language: en
  • Pages: 327

Jungle of Hope

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2009
  • -
  • Publisher: ITBM

None

Revive Your Heart
  • Language: en

Revive Your Heart

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2017-05-02
  • -
  • Publisher: Unknown

Nouman Ali Khan offers insights on how to reorient our lives for success in both this world and the next.

Being a Quran Tag Girl
  • Language: ms
  • Pages: 177

Being a Quran Tag Girl

Do you know that exhausting feeling of searching high and low for a true meaningful love and life purpose of this life? “That was exactly how I feel about the Quran. I was so busy finding happiness and love to fill the emptiness in my heart. None worked. Until I found the Quran.” Building a relationship with Quran cannot happen in one day. It will take years. It will be a long journey of trying to fall in love with the Quran, but it will be worthwhile.