You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Nama aku Mohd Hakim, tapi orang panggil aku Afro. Sebab apa Afro? Entah… sebab rambut aku kut. Kembang macam sarang tebuan! Hidup aku luar biasa sikit. Ada keluarga tapi macam tak ada aje. Maklumlah… anak angkat. Tapi aku tak kisah asal ada tempat menumpang, cukuplah… Cinta? Siapa yang tak mahu bercinta? Aku pun ada perasaan juga. Orang yang aku minat ni lain daripada yang lain. Dia punya karakter yang sangat istimewa bagi aku. Puas aku ngorat dia, boleh dia buat tak layan. “Lepas tengok awak sanggup berkubang macam tu semalam, hati saya yakin, awaklah lelaki terbaik untuk saya.” - Samira. “Bila saya dah macam kerbau berkubang, baru awak nak. Awak ni sebenarnya suka dekat saya ke, kat kerbau?” - Afro. Itulah permulaan kisah cinta kami. Permulaan yang lucu belum tentu berakhir dengan bahagia. Aku suka Samira. Tapi…
SUATU tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mestilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu kenakan dia, dia mesti kenakan Nazif balik. Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya. “Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...” Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membenci nya.
“Bila aku kahwin nanti, aku nak pakai gaun kembang yang meleret sampai ke lantai. Aku nak pegang bunga tangan yang sangat cantik. Kemudian, aku lambung bunga tu ke udara. Siapa yang dapat sambut, orang tu akan bertemu jodoh.” Itulah angan-angan gadis bernama Chitra. Ketika itu, wajah Reza Irfan terbayang di ruang matanya. Ketika angan-angan hampir menjadi kenyataan, Chitra dipaksa berkahwin dengan orang lain. Jika lelaki itu masih muda, tidak mengapa. Tuan Firdaus itu sudah hendak habis tarikh luputnya.
HAIFA hanya gadis biasa. Tidak sesempurna mana. Harta tiada. Pelajaran apatah lagi. Justeru, beza dia dengan Iman bagai langit dan bumi. Haifa yang tidak pernah sedar diri, tetap bersikap ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’. Sangkanya, kasih yang bertunas bakal mekar hingga ke penghujung. Mana sangka ia layu sebelum berkembang. Haifa merana sehingga pinggang rampingnya bertukar menjadi ‘papan sekeping’. Sejak itu diharamkan mulutnya daripada menyebut nama Iman. Ketika akalnya merangkak-rangkak melupakan Iman, Nazim muncul merayu kasih. Puas ditolak, Nazim tetap buat tak faham. Mana mungkin dia menerima lelaki itu? Nazim lebih pelahap daripada buaya Bujang Senang. Jika diterim...
Nur Farhana, minah kilang yang sentiasa menjadi perhatian pemuda di tempat kerjanya. Senyuman yang menggoda dan peramah membuatkan dia dicemburui minah yang lain. Amat gemar warna merah jambu sehingga digelar si Merah Jambu. Dalam diam, Ako Syukur suka sangat pada Nur Farhana. Tapi takut bertepuk sebelah tangan, Ako pendamkan perasaannya. Hei, ada seorang jejaka yang meminati si Merah Jambu ini rupa-rupanya! Amirul Fahmi, pengurus di kilang itu. Nur Farhana tidak keruan apabila Amirul mahu melamarnya. Secocokkah minah kilang sepertinya bersuamikan seorang pengurus yang educated? Gerun. Seram. Cemas. Namun, bagaimana pula dengan Qistina, gadis pilihan keluarga Amirul? Qistina cemburu. Hati Amirul hanya untuknya. Dia perlu melakukan sesuatu agar mereka berdua dapat disatukan. Ah, tindakannya telah menjerat dirinya sendiri! Haruskah dia akur Nur Farhana menjadi milik Amirul? Nur Farhana pula keliru. Antara Ako Syukur dan Amirul Fahmi, siapa yang berhak bertakhta di hatinya?
Kahwin terpaksa! Tengku Faiq memperisterikan Hadif Aufiah hanya kerana si comel Tengku Auni Ufairah. Sebenarnya dia buntu kerana tiba-tiba menjadi suami kepada wanita yang baru dikenali. Dia cuba menyayangi, tapi tak boleh. Di sisinya jasad Hadif, tapi rohnya terbang ke langit mencari bayangan Sara. Dia tahu hati Adif terluka. Dia sedar wanita itu menderita kerana penolakannya. Tapi... dia tidak dapat berpura-pura. Antara mereka mungkin tidak serasi. Baginya, Adif dan Sara terlalu banyak beza. Bagi Hadif Aufiah, hidupnya ibarat peperangan. Berjuang dan berjuang untuk menang. Dia tahu cinta Tengku Faiq pada Sara tidak pernah kurang. Tapi dia tidak akan sesekali mengalah demi Tengku Auni Ufairah, anak saudaranya sendiri. Kesabaran Adif akhirnya membuka pintu kasih Tengku Faiq. Tapi kehadiran Nadhirah menyingkap cerita lama yang kelam. Tengku Faiq membuangnya tanpa belas. Saat hatinya dicarik-carik sesuka hati, ALLAH kurniakannya zuriat sebagai kekuatan. Fikirannya berbolak-balik. Haruskah suaminya tahu tentang ini? Atau... dia akan dibuang lagi? Sememangnya kenyataan itu pahit untuk ditelan.
Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.