Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Puaka Pejabat
  • Language: en
  • Pages: 130

Puaka Pejabat

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2018-03-19
  • -
  • Publisher: Penerbit-X

Hafiz bangun dari kubikelnya untuk bertanya sesuatu kepada Sarah. Tetapi dia terpaku apabila melihat ada susuk lembaga putih sedang berdiri betul-betul di sebelah kubikel Sarah. Lembaga itu membalas pandangannya. Seolah-olah sengaja memunculkan dirinya untuk dilihat. Berselendang merah dan hanya menutup sebahagian rambutnya yang panjang mengurai, lembaga itu pegun. Matanya lohong dan gelap sehingga jatuh ke pipi. Bibirnya hanya garisan hitam, berkedut-kedut di atas kulit mukanya yang putih seperti tepung. Tubuhnya terapung dan cahaya lampu yang suram di belakangnya membuatkan kakinya langsung tidak kelihatan. Hafiz perlahan-lahan duduk. “Alamak, Cik Ponti!” Dia berteriak tanpa suara sambil menggigit kesemua jari-jemarinya. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Puaka Perpustakaan
  • Language: ms
  • Pages: 122

Puaka Perpustakaan

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2019-07-17
  • -
  • Publisher: Penerbit-X

“Abang… tolong kutipkan tangan saya,” ujar budak perempuan itu. Dia menadah sebelah tangannya meminta Johan menghulurkan tangannya yang sebelah lagi itu. Terkocoh-kocoh Johan bangun melarikan diri. Terdengar suara budak perempuan itu ketawa melihat Johan terjatuh-jatuh lari dari situ. Dia masih tidak menjumpai pintu keluar dari perpustakaan itu. Hanya rak-rak buku yang tidak putus-putus sahaja yang ada di sekelilingnya. “Kau takkan dapat keluar dari sini, Johan.” Suara Syafiq kedengaran. “Tolong… tolong lepaskan aku!” rayu Johan dengan pandangan meliar ke sana sini. “Kau akan jadi seperti buku-buku di dalam perpustakaan ini, Johan. Kau akan mereput di sini seperti buku-buku...

Puaka Basikal
  • Language: ms
  • Pages: 130

Puaka Basikal

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2018-03-12
  • -
  • Publisher: Penerbit-X

Basikal lajak Afiq kembali meluncur laju sedangkan kakinya langsung tidak mengayuh pedal. Terasa seperti ada sesuatu yang bergerak amat pantas berada di belakang sedang menolak basikal itu. Dia tidak dapat mengawal lagi basikal itu. Basikal itu bergerak dan membelok sendiri. Basikal lajak Afiq seolah-olah menjadikan Firman sebagai sasarannya. Afiq mahu menjerit memberi amaran kepada Firman, namun tiba-tiba muncul makhluk seakan monyet dengan rupa seperti bangkai yang mereput duduk bertenggek di atas hendal basikalnya... Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Puaka Sekolah: Kedai Koperasi
  • Language: ms
  • Pages: 83

Puaka Sekolah: Kedai Koperasi

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2023-10-10
  • -
  • Publisher: Penerbit-X

Mesin fotokopi berfungsi lagi dan beberapa helai kertas bersaiz A4 keluar. Secara tidak sengaja Cikgu Bahari terpandang plag mesin fotokopi itu disangkutkan pada kerusi di sebelah mesin itu dan tidak terpasang pada soketnya. Serta-merta darah Cikgu Bahari terasa berderau. “Cikgu, tolonglah saya….” “Aaahh!” Cikgu Bahari memegang dadanya kerana terkejut. Jantungnya terasa seperti mahu luruh. Ada lembaga hodoh yang kudung tangan kanan sedang menyeringai di hadapannya. “Cikgu…,” panggil lembaga itu lagi. Cikgu Bahari menelan liur. Selama bertahun dia menguruskan hal ehwal kedai koperasi ini, tidak pernah pula dia diganggu sebegitu. Seumur hidupnya juga tidak pernah menghadapi peristiwa seperti ini. Lembaga itu terus mendekati, menampakkan taringnya yang runcing…. * * * Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Puaka Koperasi Sekolah
  • Language: ms
  • Pages: 114

Puaka Koperasi Sekolah

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2020-09-17
  • -
  • Publisher: Penerbit-X

Mesin fotokopi berfungsi lagi dan beberapa helai kertas bersaiz A4 keluar. Secara tidak sengaja Cikgu Bahari terpandang plag mesin fotokopi itu disangkutkan pada kerusi di sebelah mesin itu dan tidak terpasang pada soketnya. Serta-merta darah Cikgu Bahari terasa berderau. “Cikgu, tolonglah saya….” “Aaahh!” Cikgu Bahari memegang dadanya kerana terkejut. Jantungnya terasa seperti mahu luruh. Ada lembaga hodoh yang kudung tangan kanan sedang menyeringai di hadapannya. “Cikgu…,” panggil lembaga itu lagi. Cikgu Bahari menelan liur. Selama bertahun dia menguruskan hal ehwal kedai koperasi ini, tidak pernah pula dia diganggu sebegitu. Seumur hidupnya juga tidak pernah menghadapi peristiwa seperti ini. Lembaga itu terus mendekati, menampakkan taringnya yang runcing…. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Bayang Puaka
  • Language: ms
  • Pages: 378

Bayang Puaka

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2019-01-21
  • -
  • Publisher: Penerbit-X

Bayang Puaka mengumpulkan tiga buku daripada Siri Cerita Hantu iaitu Puaka Lebuh Raya, Puaka Media Sosial, dan Puaka Terowong. Nikmati kisah-kisah puaka yang meremangkan bulu roma daripada penulis-penulis seram hebat tanah air seperti Zehann Ur Rakhie, Sabrina Ismail, CikPuan Fifi, Drfendi Ameen, Siti Solehah, dan Aida Anggerik. Selain kisah-kisah ini, sebagai bonus dimuatkan juga kisah seram yang benar-benar terjadi, yang mungkin juga pernah anda alami! Atau mungkin ia terjadi kepada kawan kepada kawan anda, atau sepupu kepada kawan kepada kawan anda. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Puaka Pondok Bas
  • Language: ms
  • Pages: 122

Puaka Pondok Bas

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2018-06-21
  • -
  • Publisher: Penerbit-X

“Dekat pondok bas ni pun ada orang mati kena langgar! Dua malam lepas ada orang racing kereta kat jalan ni. Ramai budak datang tengok. Lepas tu ada satu kereta terbabas dan langgar seorang budak. Seorang pun tak tahu!” Tiba-tiba Farul menyampuk. Serius sahaja mukanya. “Mana kau tahu ni?” tanya Saadon berkerut. “Dia ni yang cerita... masa mula-mula duduk sini tadi,” ucap Farul menunjuk pada seorang budak sebayanya yang berwajah murung duduk di sebelahnya. Spontan bulu roma mereka meremang tegak dan hampir serentak kesemua mereka bangkit menjauh. Saadon cepat-cepat menarik Farul dari sisi budak itu kerana tidak seorang pun daripada mereka mengenalinya, apatah lagi apabila mendapati wajah budak itu pucat kekuningan bagai mayat dan terdapat kesan lumpur di tubuhnya. Sepasang matanya kabur tidak bercahaya serta nampak hitam lebam di sekeliling mata. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Puaka Bundle
  • Language: ms
  • Pages: 130

Puaka Bundle

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2018-11-27
  • -
  • Publisher: Penerbit-X

Sedang asyik memilih baju di dalam guni, pak long dikejutkan dengan suara batuk kecil seorang lelaki. Berderau darah pak long apabila melihat seorang lelaki tua berpakaian Melayu serba hitam sedang berdiri di hadapannya. Pak long menelan liur, seram sejuk seluruh tubuhnya. Bila masanya lelaki itu ada di situ? Bunyi langkahnya langsung tidak kedengaran. Namun, bukan kemunculan tiba-tiba orang tua misteri itu sahaja yang mendebarkan dadanya, kerana apa yang sedang berlaku di dalam kedai bundlenya adalah lebih menggerunkan lagi. Pak long dapat melihat berpuluh-puluh rangka manusia berpakaian lusuh dan koyak rabak sedang memenuhi kedainya. Rangka-rangka manusia itu sedang merayau-rayau, seperti pelanggan yang sedang melihat-lihat dan memilih pakaian yang dijual. Pak long hampir terkencing di dalam seluar apabila tiba-tiba semua rangka-rangka manusia itu serentak menoleh memandang kepadanya! Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Accessions List, Pakistan
  • Language: en
  • Pages: 388

Accessions List, Pakistan

  • Type: Book
  • -
  • Published: 1968
  • -
  • Publisher: Unknown

Part 2 of July issue 1967-70 is "Annual list of serials."

A Tale of Two Factions
  • Language: en
  • Pages: 312

A Tale of Two Factions

Winner of the 2003 Ohio Academy of History Outstanding Publication Award This revisionist study reevaluates the origins and foundation myths of the Faqaris and Qasimis, two rival factions that divided Egyptian society during the seventeenth and eighteenth centuries, when Egypt was the largest province in the Ottoman Empire. In answer to the enduring mystery surrounding the factions' origins, Jane Hathaway places their emergence within the generalized crisis that the Ottoman Empire—like much of the rest of the world—suffered during the early modern period, while uncovering a symbiosis between Ottoman Egypt and Yemen that was critical to their formation. In addition, she scrutinizes the factions' foundation myths, deconstructing their tropes and symbols to reveal their connections to much older popular narratives. Drawing on parallels from a wide array of cultures, she demonstrates with striking originality how rituals such as storytelling and public processions, as well as identifying colors and emblems, could serve to reinforce factional identity.