Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Kekasih Olok-Olok
  • Language: en
  • Pages: 381

Kekasih Olok-Olok

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015
  • -
  • Publisher: Alaf 21

JULIANA... gadis kacukan Melayu-Cina, melarikan diri dari rumah setelah mengetahui pengkhianatan yang telah dilakukan oleh ayah kandungnya sendiri. Di saat dirinya terumbang-ambing, dia bertemu dengan seorang lelaki yang sudi menghulurkan bantuan, tetapi bersyarat. Syarat yang mengikat Juliana dan Asyraf sebagai kekasih olok-olok. Di hadapan Melisa, lakonan harus menjadi nyata agar wanita bergelar model itu tidak lagi mengejar Asyraf. Di dalam lakonan, berputik cinta Asyraf dan Juliana. Di saat mereka sedang menikmati manisnya cinta, Juliana dikejutkan dengan satu kebenaran yang tak diduga. Dia nekad meninggalkan Asyraf. Asyraf yang ditinggalkan berasa kecewa.

Sunan Musafir
  • Language: en
  • Pages: 480

Sunan Musafir

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012
  • -
  • Publisher: Alaf 21

ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta. Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah. Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan? Pada tahun 1531 – Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka? Ramlee Awang Murshid dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitikberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. Yakinilah... pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.

Tombiruo Terakhir
  • Language: en
  • Pages: 592

Tombiruo Terakhir

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2004
  • -
  • Publisher: Alaf 21

KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat Amiruddin dalam diri lelaki Tombiruo itu. Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Curi-curi Suka
  • Language: en
  • Pages: 512

Curi-curi Suka

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012
  • -
  • Publisher: Alaf 21

WALAUPUN dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia Berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia dibuatnya! Malapetaka makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Ruparupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya. Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintai. Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi seakan-akan menjauh? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang berhak dikasihinya.

Cinta Sufi
  • Language: en
  • Pages: 520

Cinta Sufi

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2011
  • -
  • Publisher: Alaf 21

PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’. Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

Hatiku Di Harajuku
  • Language: en
  • Pages: 592

Hatiku Di Harajuku

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2006
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut. Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe. Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?

Tertulis Buat Kita
  • Language: en
  • Pages: 576

Tertulis Buat Kita

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012
  • -
  • Publisher: Alaf 21

AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta pada lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya. “Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?” JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina. “Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”

Miss Diva Semput
  • Language: ms
  • Pages: 512

Miss Diva Semput

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2019-02-20
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Diva Izara bagaikan terkena sumpahan. Dirinya tidak boleh menipu. Andai dia menipu, pasti semput akan menghukum dirinya. Namun, dalam jutaan orang yang Diva Izara temui, Irfan jejaka yang egonya tinggi melangit itu bagai dikecualikan daripada ‘sumpahan’ itu. “Sebelum nak suruh orang beradab. Cermin sikit diri tu! Awak ingat, awak tu beradab sangat ke main terjah aje tandas perempuan?” - Diva- Pertemuan pertama mendesak Diva Izara memfitnah Irfan. Irfan dikatakan hendak mencabul kehormatannya! Padahnya, Diva terpaksa bersetuju untuk menjadi kuli Irfan selama empat bulan. “Woi! Kau ingat aku ni tak ada agama ke? Cuba kau tengok diri kau tu. Kalau pakai baju semedang berlabuci. Kalau ...

Anehnya Cinta
  • Language: ms
  • Pages: 528

Anehnya Cinta

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2013
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Pertemuaan Afini dengan Yus telah menggegarkan satu ofis. Yus, sering kali mengamalkan sikap autokrasinya dan tidak disenangi oleh Afini. Apa lagi, berlakulah perbalahan kecil tetapi tidaklah sehingga membawa kepada perang dunia. Siapa sangka, dua insan yang sering bermasam muka ini akhirnya terpaksa mendirikan rumah tangga. Terpaksa? Oh! Ungkapan itu hanya berpihak kepada Afini dan bukannya lelaki yang sedang tertawa bahagia dapat menikahi wanita malang ini. Gembiranya hati tidak terkata kerana dapat menikahi wanita yang amat dicintainya. Namun gembiranya tidak lama. Keakraban Afini dan Zack telah membakar api cemburu di hatinya. Disakiti dan dilukai hati Afini hingga hancur. Kepercayaan terhadap kaum Hawa yang mulai menebal kini kian menipis sehingga membawa kepada dendam. Dendam yang menghampiri sebuah kehancuran. Pada saat Yus mengetahui suatu kebenaran, Afini telah pergi membawa diri.

Jodoh Yang Kucari
  • Language: ms
  • Pages: 608

Jodoh Yang Kucari

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Cinta di awal remaja telah mengikat hati Suhailah pada Rusydi. Sayangnya lelaki itu berlaku curang menduakannya dengan gadis lain. Sejak itu, fokus Suhailah hanya pada karier hingga menjangkau usia 30an. Dia pasrah bila sering dilabelkan sebagai andartu hingga takdir menemukannya semula dengan Rusydi. Lelaki itu memujuknya mahu kembali bermain cinta sedangkan statusnya adalah suami orang. Sebagai isteri, Azura bertegas menghalang hasrat Rusydi itu. Dengan bantuan Sally yang terkenal dengan lagak Queen Control, misi ini dijalankan. Dalam kesungguhan Sally membantu kakak iparnya itu, dia akhirnya terpalit malu bila Syam, kekasihnya telah jatuh hati dengan Suhailah! Masalah makin kronik.