Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

DEJAVU CINTA
  • Language: en
  • Pages: 600

DEJAVU CINTA

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2016
  • -
  • Publisher: Alaf 21

“Saya tak percaya! Kalau benar dia dah mati, mana buktinya! Kenapa saya tak dibenarkan tengok mayat dia? Kenapa pihak polis macam teragak-agak nak sahkan identitinya?” Tiga tahun Ridwan hidup dalam ilusi. Beranggapan isterinya masih hidup sedangkan isterinya telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan ngeri. Dia semakin panasaran saat bertemu dengan gadis bernama DD yang mirip wajah isterinya, Dian Daliya. Beria-ia dia menyatakan DD adalah isterinya. Lekuk lesung pipit di kedua-dua belah pipi dan tahi lalat di pipi kanan dijadikan bukti. Dia separuh gila mengejar DD. DD menganggap Ridwan gila. Dia jadi takut dengan perangai Ridwan. Puas dinafikan, namun Ridwan tetap tidak percaya. Dia jadi fobia dikejar oleh bayangan cinta Ridwan. Bila Ridwan tetap bertegas menyatakan yang DD isterinya, dia jadi keliru. Betulkah dia isteri Ridwan sedangkan dia sudah bertunang dengan Dazrin?

Spanar Rindu Skru
  • Language: en
  • Pages: 500

Spanar Rindu Skru

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2010
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Pertemuan tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat. Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa sebarang curiga. Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang. Setiap kali dilanda rindu, kepada Skru, dia meluahkan semuanya. Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah ada rasa sayang pada Amin, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya, Amin pergi akibat rasa terhina. Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin; “Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen. Ada jodoh kita akan bertemu kembali…”

Yang Mana Satu
  • Language: en
  • Pages: 527

Yang Mana Satu

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2011
  • -
  • Publisher: Alaf 21

YANG mana satu ni? Ah, sukarnya hendak membuat pilihan. Seronok kalau dapat tahu siapa jodoh hidupnya. Indah masih ingat kata-kata Halid, namun... seriuskah Halid? “Abang memang ada pasang angan-angan nak masukkan hidup Indah dalam hidup abang. Satukan jiwa Indah dalam jiwa abang.” Ryian pula sering hadir ketika Indah dalam kegelapan. Taburan budi Ryian menyemarakkan perasaan cintanya. Janji lelaki itu sentiasa mekar membelai jiwanya. “Abang nak jadi lelaki paling penting dalam hidup Indah. Abang nak jadi payung yang melindungi Indah daripada panas dan hujan.” Ada apa dengan cinta jika antara dia dan Ryian adalah hubungan terlarang? Indah kecewa dan terluka. Dalam mencari cinta, Zarith pula datang membawa badai asmara yang menyakitkan jiwa. Indah benci dengan sikap Zarith yang mempersendakan maruah dirinya. Semakin dibenci lelaki itu, semakin dekat pula dengan dirinya. Panahan cinta yang mana akan melekat tepat di hati Indah? Cinta Halid, rindu Ryian atau benci Zarith yang menjadi pilihan? Yang pasti, hanya ada satu cinta!

Cinta Hujan Panas
  • Language: en
  • Pages: 554

Cinta Hujan Panas

  • Type: Book
  • -
  • Published: 101-01-01
  • -
  • Publisher: Alaf 21

MIA ZARA, bukanlah model popular. Dia datang ke Kuala Lumpur untuk temu duga kerja setelah dipaksa keluarga angkatnya. Sebelum sempat ditemu duga, dia terpaksa menjadi isteri kepada lelaki yang dia benci demi maruah dirinya yang tercalar. “Awak ingat kita suka sangat dengan perkahwinan ini? Kita buat ni demi maruah diri kita. Kalau apa-apa terjadi selepas peristiwa malam itu, nasib kita terjamin. Masyarakat tak pandang serong pada kita!” Munif, cucu hartawan terkenal. Seorang yang kacak dan sukakan perempuan cantik dan seksi. Belum sempat menikmati zaman bujangnya, dia dipaksa berkahwin. Perkahwinan itu adalah satu kesilapan besar bagi dirinya. Bagaimana dia boleh terjebak dalam perangka...

Tiada Noktah Cinta
  • Language: en
  • Pages: 419

Tiada Noktah Cinta

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2006
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Kisah yang menyayat ini mampu membuai perasaan anda. Fitrah yang masih dibelenggu peristiwa hitam ketika dia berperwatakan 'tomboy' takut menerima cinta Daniel. Entah silap siapa, persahabatan yang indah terjalin dengan Ismadi bertukar menjadi igaun ngeri. Kerana percaya atas dasar sahabat, dirinya dianggap sebagai pencemar maruah. Ismadi membiarkan Fitrah sendiri mencari harga diri yang telah hilang dan hidup dalam sejarah hitam yang tidak tahu siapa penciptanya. Akhirnya, Fitrah dalam kepasrahan.

Kala Mimpi Bersatu
  • Language: en
  • Pages: 500

Kala Mimpi Bersatu

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2008
  • -
  • Publisher: Alaf 21

KELAHIRAN Asha tidak dinantikan kerana dianggap membawa sial. Perniagaan keluarga yang sebelum ini sukses, akhirnya merudum. Kecewa dengan kenyataan itu, Asha sering bertindak di luar batasan. Bukan niatnya untuk menconteng arang, dia cuma mengharapkan sedikit perhatian. Kehadiran Zaiffudin membawa seribu makna dalam hidupnya. Bukan saja terhutang nyawa dan budi, bahkan lelaki itu telah memberi nafas baru dalam denyutan nadinya. Kerana lelaki itu juga, dia bangkit membina kecemerlangan diri. Tanpa sedar, perasaan aneh itu kian bercambah dengan sendirinya. Kepulangannya dari London membawa sejuta impian. Impian yang tergantung selama ini harus disandarkan. Apatah lagi nur Islam telah menyinari jiwanya. Kini, nama Asha sudah tiada. Yang ada adalah sebuah nama yang cukup indah... Aisyah. Detik yang berlalu menjadikan Aisyah seorang pencinta yang setia. Namun, siapa sangka saat bahagia berlegar di depan mata, akhirnya musnah dalam sekelipan saja. Bakal ibu mertua yang diharap dapat menyirami hatinya yang ketandusan kasih sayang rupa-rupanya meracun diri. Mampukah Aisyah bertahan sedangkan dia tahu syurga suami terletak di bawah telapak ibunya?

Satu Janji
  • Language: en
  • Pages: 549

Satu Janji

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2003
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.

Tertulis Buat Kita
  • Language: en
  • Pages: 576

Tertulis Buat Kita

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012
  • -
  • Publisher: Alaf 21

AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta pada lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya. “Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?” JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina. “Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”

Buat Yang Tersayang
  • Language: en
  • Pages: 480

Buat Yang Tersayang

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2011
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu. Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai pasangan yang bahagia.

Terus Cintai Aku
  • Language: en
  • Pages: 577

Terus Cintai Aku

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji. Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada tempat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka. Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis. Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.