Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Bisikan An-Nur
  • Language: en
  • Pages: 432

Bisikan An-Nur

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Pertembungan emosi antara Zaid dan Luqman terjadi apabila mereka memuja bunga yang sama dan menyimpan hasrat yang serupa. Zaid seorang mahasiswa yang berkarisma juga merupakan seorang pengarang muda yang sedang meningkat naik namanya di persada sastera tanah air. Luqman pula mahasiawa biasa yang bersifat rendah diri, sopan santun dan baik hati. Masing-masing cuba mencari jalan terbaik untuk memiliki hati Sofiya. Bagi Sofiya, dia perlukan kayu ukur untuk menyukat kasih dua pemuda sekuliahnya itu. Dia sayang kedua-duanya hingga terperangkap di tengah-tengah persimpangan. Terluka, dilukai dan melukakan bukanlah pilihan yang diingini. Namun, dia terpaksa demi sekeping hati miliknya.

Berjuang Urus Emosi
  • Language: ms
  • Pages: 245

Berjuang Urus Emosi

Transisi kehidupan daripada seorang gadis menjadi seorang ibu, pasti akan meninggalkan kesan berbentuk emosi, mental dan fizikal buat seseorang. Buku ini menawarkan solusi perjuangan mengurus emosi yang dilalui para ibu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah, perubatan moden dan pengalaman peribadi.

Sebarkan Cinta-Mu
  • Language: ms
  • Pages: 558

Sebarkan Cinta-Mu

Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati. Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan. Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu. Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.

Ustaz Pink!
  • Language: ms
  • Pages: 608

Ustaz Pink!

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2014
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Satu pertemuan bersejarah telah berlaku. Disebabkannya, Zahra menggelar Arif, pensyarahnya yang memiliki wajah ala-ala Eun Shi Kyung, sebagai Ustaz Pink. Walhal pensyarahnya itu bukan penggemar warna girly pun. Lain pula bagi Arif apabila hatinya sentiasa tertarik dengan gelagat gadis itu. Comel, perkataan yang sentiasa bermain di benaknya apabila berbalah dengan gadis itu. “Apa kot-kot. Bangun lambat mana ada kot-kot. I don’t want to hear any excuses anymore. Saya bagi denda.” - ARIF si cool memanjang. Setiap pertembungan membuatkan kedua-duanya bagaikan ada chemistry. Seperti molekul O2. Akhirnya daripada musuh bertukar menjadi kawan, boleh ke bertukar menjadi cinta sejati? Boleh ke mereka hidup bersama sebagai suami isteri? Kalau dah tertulis di dalam Lohmahfuz bahawa Zahra akan dijodohkan dengan Ustaz Pink juga, makanya tiada siapa pun yang mampu menghalangnya. “Hoi! Shiela! Kau nak aku cili-cili mulut kau tu ke? Punya sedap kau cakap aku suka Ustaz Pink tu!” - ZAHRA si gelabah tak bertempat.

SAHAJA AKU MENJADI IMAM
  • Language: ms
  • Pages: 145

SAHAJA AKU MENJADI IMAM

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2019-03-14
  • -
  • Publisher: JT Books

Sahaja Aku Menjadi Imam merupakan travelog penulis yang bangkit setelah kesedihan yang berpanjangan. Dalam proses kebangkitan itu, Allah memberikan hikmah sehingga diangkat menjadi seorang imam besar di masjid Putra Nilai, Negeri Sembilan. Penulis percaya setiap orang pasti pernah dan akan merasai kekecewaan dan kesedihan dalam kehidupan. Sebab, kegembiraan dan kesedihan ialah dua perkara yang saling menyapa dalam hidup seorang insan. Kemudian bermulalah fasa seorang lelaki yang ingin mengejar cintanya terhadap seorang gadis. Penulis berkongsi pengalaman persiapan yang sepatutnya seorang lelaki lakukan saat cinta mengetuk pintu hati mereka. Penulis memerhatikan kewujudan budaya percintaan yang tidak baik muncul dalam kalangan masyarakat.

Psikologi Cinta (Edisi Kemas Kini)
  • Language: ms
  • Pages: 311

Psikologi Cinta (Edisi Kemas Kini)

Buku ini mengupas persoalan cinta menurut perspektif Islam dan psikologi. Ia turut membincangkan nilai-nilai yang berkait rapat dengan cinta seperti rasa tanggungjawab, kasih sayang, keprihatinan, kemesraan, kerinduan, persaudaraan dan juga kebencian yang dikupas mengikut perspektif Islam. Terdapat pelbagai definisi, jenis dan kefahaman yang berkaitan dengan cinta. Persoalan cinta membabitkan semua golongan bermula dari dalam kandungan sehinggalah menjelang hari kematian. Oleh itu, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan mengupas persoalan yang berkaitan dengan cinta, terutamanya definisi cinta dan implikasinya dalam kehidupan.

Seindah mawar berduri
  • Language: ms
  • Pages: 572

Seindah mawar berduri

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2009
  • -
  • Publisher: Unknown

Prize winning novel in the novel writing contest of Sempena Perayaan Jubli Emas DBP.

Dewan sastera
  • Language: ms
  • Pages: 630

Dewan sastera

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2016
  • -
  • Publisher: Unknown

None

Solusi siri 82
  • Language: ms
  • Pages: 105

Solusi siri 82

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: Telaga Biru

Majalah Solusi merupakan majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Majalah ini merupakan majalah bercorak dakwah dan diterbitkan secara bulanan. Majalah ini diterbitkan oleh syarikat penerbit Telaga Biru Sdn Bhd.