You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
“Aku abah dia!” “Sekarang ni baru terhegeh-hegeh nak mengaku abah. Selama ini, ada abah kisah pasal kami? Tak ada, kan?” Poji membentak, sinis. *** Sejak pemergian ummi sejurus melahirkan Naura, hidup mereka sekeluarga berubah. Poji terpaksa mengurus rumah dan menjaga adiknya. Abah pula makin menjauh, seolah-olah tidak wujud. Hanya pulang ke rumah untuk makan dan tidur sahaja. Terbeban, Poji memberontak mahu keluar dari rumah itu hingga membuatkan abahnya berang. Dek selalu tersepit dalam pergaduhan mereka, Naura semakin hari merasakan dirinya dibenci dan dilihat beban pada keluarga. Hubungan antara Poji dan abah semakin tegang apabila Naura tiba-tiba menghilangkan diri. Abah langsung tidak boleh diharap! — Itu yang Poji rasakan. Sedangkan abahnya pula menyalahkan Poji kerana gagal menjaga Naura. Luka yang selama ini dipendam, membuatkan masing-masing menyakiti tanpa sedar. Seandainya nyawa menjadi taruhan, masih adakah ruang untuk Poji, abah dan Naura saling memaafkan kesakitan lalu?
“Kenapa kau baik dengan aku? Let me draw the line here. Kau ni macam stranger je, faham?” Bagi Adelia, cukuplah hatinya terluka dengan keluarga yang tak pernah peduli. Dia tak perlukan sesiapa, termasuklah mamat bernama K.E ini. Tetapi ada sesuatu yang terus menarik K.E untuk mengenali Adelia, sehinggalah K.E dapat tahu Adelia dahulu pernah menjadi rocker terkenal. Kenapa kini Adelia jadi orang yang berbeza? Sedar tak sedar, Adelia dan K.E semakin rapat. Rupa-rupanya mereka mempunyai struggle yang sama ─ cuba melarikan diri dari masa silam yang menyakitkan. Namun, semakin mereka membenci apa yang sudah terjadi, semakin ia datang menghantui. Mungkin sebenarnya sudah sampai masa untuk mereka belajar melepaskan kisah lalu yang telah lama membelenggu.
“Apa yang berada di puncak rantai makanan?” tanya Cikgu Nida dengan lantang. “Ziana Zain!” sahut seorang pelajar di meja belakang. “Lawak kamu dah basi, Ian! Ziana Zain tu Puncak Kasih. Saya harap kamu dapat lakukan lebih baik pada minggu hadapan. Itu pun kalau kamu tidak tersingkir pada minggu ini, Ian,” jawab Cikgu Nida dengan gaya juri rancangan pertandingan hiburan di TV. Seluruh kelas berdekah. Ian pula sengih tersipu-sipu. Rancangannya untuk membuat punchline telah gagal. “Aku!” Dalam keriuhan gelak tawa di dalam makmal itu, Cikgu Nida terdengar suara dari belakangnya. Disangkanya ada pelajar mahu menjawab. “Ya, siapa nak jawab?” Cikgu Nida menoleh, dan ketika itula...
Abi Umi ni tak pernah faham Ain! Semua pilihan Abi dan Umi, tak pernah Ain bantah walau sekali. Setiap kali Ain suarakan keinginannya, semuanya ditentang. Sehingga ada rahsia yang Ain pendam daripada pengetahuan Abi dan Umi. Tak pernah diceritakan kepada sesiapa sebab merasakan dirinya jijik dan berdosa. Apatah lagi, Abi dan Umi orang terhormat. “Jangan menangis. Malu kat orang yang tengok Ain." Jika mereka tidak pernah mendengar, mampukah mereka faham? *** Semuanya berubah apabila Ain berada di Laman Harmoni sebagai penjaga orang-orang tua. Pertemuan dengan Pak Yazid, yang bersikap yang misteri, perongos, dan cerewet, membuatkan Ain ingin mengenalinya. Rupa-rupanya, mereka berkongsi duka yang hampir sama; Ain takut dibenci, Pak Yazid takut ditinggalkan. Andai rumah bukan lagi tempat pulang, mampukah mereka berjumpa ruang damai itu?
Dia Mawarti. Pendiam, tak suka bergaul. Baginya yang penting, dia tak kacau hidup orang. Dia Arif. Peramah tak kena masa, ceria semedang dan bermulut manis. Kalau boleh, semua orang hendak ditegurnya. *** Rimas dengan sikap abang-abang yang over-protective, Mawarti memutuskan untuk berpindah rumah supaya hidupnya lebih aman. Arif pula, curiga apabila melihat ramai jejaka keluar masuk rumah jiran barunya — Sah, jirannya ada sugar-daddies! Sangkaan Arif meleset apabila mengetahui jejaka-jejaka itu sebenarnya abang-abang Mawarti. Sejak itu, Arif menjadi runner tak rasmi Mawarti untuk beli barang-barang dapur sebagai tanda meminta maaf. Pertemuan mereka akhirnya membawa mereka saling memahami luka lalu yang dipendam. Tanpa sedar, ada sekelumit perasan sayang timbul dalam diri masing-masing, namun mereka berdua, masih ragu. “Having feelings and insecurities are two different things. I know my feelings, and this time it's for real.” Akan hilangkah semua beban yang tersimpan, jika mereka lebih jujur dan berani berperasaan?
“Kalau kau asyik fikir nak bahagiakan orang lain, siapa akan bahagiakan kau?” *** Sejak kecil, Adlina merasakan bahawa dia hanyalah pilihan kedua semua orang — termasuklah ibunya sendiri. Adlina sanggup berkorban apa saja agar suatu hari, ibu bangga dengan kewujudannya. Dunia Adlina runtuh apabila impian yang sudah lama disimpan, dibangkang ibunya. Lebih hancur tatkala dia cuba dijodohkan dengan seseorang yang dia benci. Adlina terus memendam rasa dan menjauhkan diri. Sehinggalah suatu hari, seorang jejaka bernama Raymond, muncul semula dalam hidup Adlina dan cuba mendekatinya. Namun, Adlina mengelak! Pada Adlina, andai ibu sendiri tak pernah menerima dirinya, apatah lagi orang baik seperti Raymond. “Are you even listening to yourself, Adlina?” “I finally found you again, but you told me to go away?” Adlina lelah memuaskan hati orang yang tidak pernah menghargainya; dalam masa yang sama, dia melukai diri sendiri dan orang sekeliling. Tersentak dalam dilema — mampukah Adlina memilih kebahagiaan diri?
“Iman, please stay. You don’t have to do this to me!” “I have to leave. Until you can explain everything to me.” *** Dr. Iman Syahirah seorang wanita berdikari dan berkerjaya; selalu tahu apa yang dimahukan dalam hidupnya. Namun, tiada siapa tahu, doktor yang kelihatan tegas ini menyimpan kisah silam yang dijaga rapi. Dia sendiri tidak ingin mengenang lagi. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan Aleph telah menimbulkan kembali gelojak perasaan lama yang disangka telah terhapus sepenuhnya. Lamaran Faris secara tidak semena-mena memberi Iman jalan keluar daripada kemelut tersebut. Tanpa diduga, bahagia yang diimpikan bertukar derita. Makin didekati, makin Faris menjauhi. Faris seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Adakah Faris tahu akan kisah silamnya? Kemunculan semula Aleph sekali lagi mengubat jiwa Iman yang lara. “Adakah ini balasan Allah terhadap dosa-dosa silam? Takkan ia karma?” Mampukah kepercayaan yang tersisa melenyapkan semua kecurigaan, lalu dia menemui kebahagiaan yang dicari?
Galat. Pertama kali mendengarnya, Teja rasa pelik. Kerana rasa ingin tahu, dia mengikuti datuknya Bahrom masuk ke dimensi Swargaloka, di mana langitnya berubah-ubah warna, dan penghuninya adalah makhluk-makhluk mitos dan lagenda. Antaranya lelaki berkepala pelanduk, seekor mawas yang hobinya melukis kaligrafi dan lembuswana, sejenis singa bergading, berkepak geroda dan bersisik ikan. Namun sebaik ikatan kain merah di tangannya terlepas, Teja tidak lagi dapat meninggalkan dimensi aneh itu. Dia terperangkap, dan nyawanya kini dalam bahaya. Napuh harus membawa Teja ke teras Swargaloka, tempat yang dikatakan pintu masuk dan keluar asal dimensi ini. Namun untuk sampai ke teras Swargaloka, mereka harus menempuhi pelbagai halangan. Demi janjinya pada Bahrom, Napuh harus lakukan apa sahaja untuk mengembalikan Teja ke dimensi manusia. (Buku Fixi)
High-schooler Masahiko Murai has exactly one thing going for him: a keen sense of smell. Not exactly the sort of defining trait that helps someone become one of the popular kids, especially given the malodorous scents he finds particularly appealing. But that's okay. He's set the bar pretty low in terms of his expectations. He doesn't have to be cool or popular -- or even liked. Just as long as he isn't the biggest loser, he can get by. As luck would have it, there's always been one rung lower on his class's social ladder, but when the "biggest loser" gets a girlfriend, a panicked Masahiko pulls a name out of his past -- Haruka Mizusawa -- playing the long-distance relationship card in a des...
None