You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
“Aku tak nak rancangan kita gagal. Kau dah dapatkan patung dari dalam makmal dan pati sirap?” “Dah, beres.” Zahid menunjukkan segala barang yang Azali inginkan itu. Dia mengambil patung itu dari makmal sains secara curi-curi. Patung tersebut ditanggalkan kepalanya dan dipakaikan dengan baju putih. Siap disapu dengan warna merah pada bahu dan leher patung tersebut. “Bagus… bagus… macam inilah anak murid aku.” Azali menepuk-nepuk bahu Zahid. “Buatnya hantu tu muncul betul-betul macam mana?” Jalil mencelah. “Kau pernah nampak?” Azali menyoal. “Habis yang kecoh budak-budak aspuri buat study group nampak hantu dalam kelas kau orang tu?” tanya Jalil. Azali cuma ketawa…. * * * * * Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Sedang asyik memilih baju di dalam guni, pak long dikejutkan dengan suara batuk kecil seorang lelaki. Berderau darah pak long apabila melihat seorang lelaki tua berpakaian Melayu serba hitam sedang berdiri di hadapannya. Pak long menelan liur, seram sejuk seluruh tubuhnya. Bila masanya lelaki itu ada di situ? Bunyi langkahnya langsung tidak kedengaran. Namun, bukan kemunculan tiba-tiba orang tua misteri itu sahaja yang mendebarkan dadanya, kerana apa yang sedang berlaku di dalam kedai bundlenya adalah lebih menggerunkan lagi. Pak long dapat melihat berpuluh-puluh rangka manusia berpakaian lusuh dan koyak rabak sedang memenuhi kedainya. Rangka-rangka manusia itu sedang merayau-rayau, seperti pelanggan yang sedang melihat-lihat dan memilih pakaian yang dijual. Pak long hampir terkencing di dalam seluar apabila tiba-tiba semua rangka-rangka manusia itu serentak menoleh memandang kepadanya! Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Bayang Puaka Sekolah mengumpulkan tiga buku daripada Siri Cerita Hantu iaitu Puaka Asrama, Puaka Stor Sukan, dan Puaka Bilik Darjah. Nikmati kisah-kisah puaka yang meremangkan bulu roma daripada penulis-penulis seram hebat tanah air seperti Khairul Nizam Khairani, Siti Solehah, Pn Fakarina, Del Osmera, Lyla, Lavender Biru, dan Rhea. Sekolah adalah fasa yang menyeronokkan dan paling penting dalam hidup seseorang, sama ada bagi yang sudah menjalani ataupun kepada para remaja yang sedang melaluinya sekarang ini. Menariknya tentang fasa ini, boleh dikatakan setiap sekolah mempunyai kisah seramnya yang tersendiri, yang disampaikan dari generasi ke generasi. Kenapa sentiasa ada kelas yang ditinggalkan kosong dan berkunci di sekolah? Apakah benar ada banyak benda ghaib berkeliaran di sekolah?
“Apa yang berada di puncak rantai makanan?” tanya Cikgu Nida dengan lantang. “Ziana Zain!” sahut seorang pelajar di meja belakang. “Lawak kamu dah basi, Ian! Ziana Zain tu Puncak Kasih. Saya harap kamu dapat lakukan lebih baik pada minggu hadapan. Itu pun kalau kamu tidak tersingkir pada minggu ini, Ian,” jawab Cikgu Nida dengan gaya juri rancangan pertandingan hiburan di TV. Seluruh kelas berdekah. Ian pula sengih tersipu-sipu. Rancangannya untuk membuat punchline telah gagal. “Aku!” Dalam keriuhan gelak tawa di dalam makmal itu, Cikgu Nida terdengar suara dari belakangnya. Disangkanya ada pelajar mahu menjawab. “Ya, siapa nak jawab?” Cikgu Nida menoleh, dan ketika itula...
Buku ini membahas tentang bagaimana cara membuat ecoprint pada kain dengan teknik Steaming (Pengukusan) dan Pounding (Pukul). Penulisan buku Pembuatan Ecoprint Dengan Teknik Steaming & Pounding ini disusun sebagai hasil publikasi penelitian tentang pembuatan Ecoprint. Buku panduan ini ditulis berdasarkan hasil penelitian yang penulis lakukan selama di Aeleen Ecoprint.
Masa menjadi murid magang sudah usaiÑkini ujian sesungguhnya akan dimulai. Ketika kenyataan bahwa Yelena adalah seorang Pencari JiwaÑmampu menangkap dan melepaskan jiwaÑmenyebar seperti kobaran api, orang-orang mulai gelisah. Ketika Dewan memperdebatkan takdir Yelena, gaids itu mendapatkan pesan yang mengkhawatirkan: ssatu komplotan sedang bangkit melawan tanah kelahirannya, dipimpin oleh seorang penyihir pembunuh yang telah dia kalahkan sebelumnya.... Kemampuannya membuat Yelena harus melalui ragam ujian, tetapi harapan untuk kembali bersatu dengan semua yang dia cintai menguatkannya. Perjalanan Yelena kali ini dipenuhi sekutu, musuh, kekasih, yang-dicurigai pembunuh, dengan kesetiaan yang masih patut dipertanyakan. Yelena hanya memiliki satu kesempatan untuk membuktikan dirinya, dan menyelamatkan negeri yang dia cintai.
Bayang Puaka mengumpulkan tiga buku daripada Siri Cerita Hantu iaitu Puaka Lebuh Raya, Puaka Media Sosial, dan Puaka Terowong. Nikmati kisah-kisah puaka yang meremangkan bulu roma daripada penulis-penulis seram hebat tanah air seperti Zehann Ur Rakhie, Sabrina Ismail, CikPuan Fifi, Drfendi Ameen, Siti Solehah, dan Aida Anggerik. Selain kisah-kisah ini, sebagai bonus dimuatkan juga kisah seram yang benar-benar terjadi, yang mungkin juga pernah anda alami! Atau mungkin ia terjadi kepada kawan kepada kawan anda, atau sepupu kepada kawan kepada kawan anda. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Yuki Salendra Binara adalah asisten yang bekerja pada Stefan hampir selama tiga tahun. Dia wanita dua puluh empat tahun yang sudah diminta menikah oleh Ibunya. "Nanti kamu jadi perawan tua." begitulah kata-kata yang acap kali digunakan oleh Ibu, membuat Yuki pusing. Sedangkan Danaru Stefano adalah laki-laki dua puluh enam tahun yang dijodohkan oleh Ibunya. Dia yang penurut tidak menolak perintah Marisa untuk menikahi wanita yang telah dipilihkan. Tapi saat hari pernikahan itu datang, bukan wanita pilihan Ibunya yang menggunakan gaun pengantin. Melainkan Yuki asistennya!
Buku ini banyak membantu para perawat dalam berkomunikasi dengan klien secara baik. Komunikasi terapeutik ini bertujuan agar pasien yang ditangani oleh perawat dapat termotivasi untuk sembuh dan menjadi lebih rileks saat berada dalam proses peraratan. Buku ini cocok untuk mahasiswa keperawatan dan perawat pada umumnya, serta membantu mahasiswa dalam memahami bagaimana berkomunikasi yang baik dengan pasien.
“Aku dengar kakak senior cerita ada seorang pelajar mati kena prank dalam makmal komputer ni.” “Biar betul?” Dia menekup mulut. “Tak tahulah betul atau tak. Tapi kalau bernasib baik, kita akan jumpa hantu pelajar tu.” Dia pun hanya mendengar daripada mulut senior. Apabila kakak senior berkumpul buka cerita hantu di sekolah, dia akan tumpang pasang telinga. “Dia mati sebab apa?” “Sakit jantung. Kawan-kawan dia menyamar jadi hantu takutkan dia. Kasihan, kan?” “Shhh....” Rakannya di hadapan meletakkan jari telunjuk ke bibir. “Kau ada dengar tak?” Bunyi mesin pencetak mengejutkan mereka bertiga. Mereka menghalakan lampu suluh ke arah bunyi tersebut. Mesin itu hidup ta...