You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Zarida dan Zaihan belajar di universiti yang sama. Emosi gadis itu tersentak tatkala sering dibuli dan dipandang rendah oleh lelaki itu. Dia berang kerana lelaki itu sanggup berkasar dengan perempuan. Memang lelaki itu menang peraduan fizikal, tetapi dia yakin lelaki itu tunduk dalam pertandingan hati dan perasaan. Zarida bertekad mahu membuatkan lelaki itu jatuh cinta Kepadanya. Selepas lelaki itu rebah di pangkuannnya, dia akan memutuskan hubungan mereka, dia akan leburkan kasih tu sebagaimana besi dicairkan. Biar semangat jiwa Zaihan punah, biarkan lelaki itu patah hati. Itu rancangan balas dendam Zarida kerana Zaihan yang berlagak dan dingin itu telah memalukannya dulu. Sebaliknya, setelah hubungan mereka semakin rapat, pendiriannya mula goyah. Personaliti Zaihan membuatkan hatinya terpaut. Namun, ada satu rahsia dalam sisi hidupnya yang belum diketahui oleh lelaki itu. Dia tidak keruan kerana hakikatnya dia tunangan orang.
Berani sungguh Arianna memutuskan hubungan cinta dengan Ashriq. Memang cari pasal! Ashriq pantang kalau dipersendakan. Dia mahu mengajar Arianna sehingga gadis itu melutut dan memohon maaf padanya. Untuk menjayakan rencana itu, dia harus mencari seorang gadis yang boleh berlakon menjadi kekasihnya. Dia tahu siapa yang boleh menggalas tugas itu. Ellisa! Terkejut Ellisa diterjah Ashriq, lelaki yang baginya perasan bagus disebabkan kepopularannya di kampus. Menyampah! Tetapi tawaran lelaki itu sungguh mengujakan. Jika dia terima watak sebagai ‘kekasih’ Ashriq, Ashriq memberi jaminan bahawa bandnya dapat menyertai pertandingan Battle of the Band hingga ke peringkat akhir. Wah, benar-benar hebat! Tetapi bolehkah dia bertahan dengan Ashriq? Lebih banyak keburukan yang akan dihadapinya berbanding kebaikan. Sudah pasti dia menjadi bahan gosip dan bakal berdepan dengan ‘mean girl’ terbesar kampus - Arianna. Teruk tekanannya.
“Alamak! Buku nota keramat aku tertinggal atas meja!” “Jangan jadi gila, Durrah. Dah lewat ni. Tak hilangnya buku nota tu.” “Tak boleh... penting. Itu nyawa aku!” Malangnya buku nota keramat Durrah terlepas ke tangan Zharif sekali gus membuka ruang kepada lelaki itu untuk mendekati Durrah. Walau pelbagai halangan dicipta oleh Durrah, Zharif tetap tidak mengalah hingga akhirnya berjaya memiliki gadis itu. Hati Durrah bagai dilambung dan dilapah apabila Zharif sering saja menghilangkan diri. Berhari-hari sampai berbulan-bulan. Sibuk sangatkah menguruskan bisnes sampai tiada masa untuk isteri? Emil pula tak segan silu menagih kasih Durrah walaupun wanita itu isteri sepupunya sendiri. Namun dialah tempat Durrah bergantung harap ketika Zharif hilang tanpa khabar berita. Antara Zharif dengan Emil, ada apa sebenarnya? Zharif tak marah Emil sukakan Durrah. Emil pula terang-terangan mengugut mahu merampas Durrah daripada Zharif. Durrah di tengah-tengah, tak tahu nak menangkan siapa. Antara Lanun dengan Gajah, `Dorayaki’ nak pilih siapa?
Si Rambut Kembang suka membuli Eryssa, tapi Zeek pula tersangatlah romantis. Bila Eryssa dipaksa kahwin dengan Zeek, Eryssa tak dapat terima. Baginya perkahwinan itu terlalu awal sedangkan dia belum bersedia menjadi seorang isteri. Jauh di sudut hati, sebenarnya Eryssa terlalu cintakan Zeek hingga sukar baginya berpisah dengan lelaki itu. Namun, kekuatan cinta Eryssa diuji hingga memaksa dia menjauhkan diri daripada Zeek. Lalu bagaimanakah hubungannya dengan Zeek? Dan dapatkah Si Rambut Kembang bergabung dengan Zeek merebut kembali cinta gila Eryssa?
ZARA dan Ryan, masing-masing ada sejarah hitam yang tak mahu mereka kenang. Ryan masih meratapi cinta yang hilang hingga sanggup mengecewakan orang lain. Zara pula hidup dalam kebimbangan kerana melarikan diri daripada ‘hantu’ silamnya. Mereka berjanji menjadi ‘teman tapi mesra’, tetapi tak siapa sangka, panahan cinta sudah mengena tepat di hati mereka. Namun, cinta yang didambakan Ryan ialah cinta terhalang. Zara tidak boleh menjadi miliknya kerana gadis itu hak orang lain. Lantas bagaimanakah Ryan merebut cinta kali kedua ini? “Usah bimbang, Ryan. Kalau aku nak cari teman istimewa, aku akan pilih kau dulu.” - Zara
HAIFA hanya gadis biasa. Tidak sesempurna mana. Harta tiada. Pelajaran apatah lagi. Justeru, beza dia dengan Iman bagai langit dan bumi. Haifa yang tidak pernah sedar diri, tetap bersikap ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’. Sangkanya, kasih yang bertunas bakal mekar hingga ke penghujung. Mana sangka ia layu sebelum berkembang. Haifa merana sehingga pinggang rampingnya bertukar menjadi ‘papan sekeping’. Sejak itu diharamkan mulutnya daripada menyebut nama Iman. Ketika akalnya merangkak-rangkak melupakan Iman, Nazim muncul merayu kasih. Puas ditolak, Nazim tetap buat tak faham. Mana mungkin dia menerima lelaki itu? Nazim lebih pelahap daripada buaya Bujang Senang. Jika diterim...
Kahwin terpaksa! Tengku Faiq memperisterikan Hadif Aufiah hanya kerana si comel Tengku Auni Ufairah. Sebenarnya dia buntu kerana tiba-tiba menjadi suami kepada wanita yang baru dikenali. Dia cuba menyayangi, tapi tak boleh. Di sisinya jasad Hadif, tapi rohnya terbang ke langit mencari bayangan Sara. Dia tahu hati Adif terluka. Dia sedar wanita itu menderita kerana penolakannya. Tapi... dia tidak dapat berpura-pura. Antara mereka mungkin tidak serasi. Baginya, Adif dan Sara terlalu banyak beza. Bagi Hadif Aufiah, hidupnya ibarat peperangan. Berjuang dan berjuang untuk menang. Dia tahu cinta Tengku Faiq pada Sara tidak pernah kurang. Tapi dia tidak akan sesekali mengalah demi Tengku Auni Ufairah, anak saudaranya sendiri. Kesabaran Adif akhirnya membuka pintu kasih Tengku Faiq. Tapi kehadiran Nadhirah menyingkap cerita lama yang kelam. Tengku Faiq membuangnya tanpa belas. Saat hatinya dicarik-carik sesuka hati, ALLAH kurniakannya zuriat sebagai kekuatan. Fikirannya berbolak-balik. Haruskah suaminya tahu tentang ini? Atau... dia akan dibuang lagi? Sememangnya kenyataan itu pahit untuk ditelan.
Sara - Dia menjadi seorang gadis yang berhati beku apabila berhadapan dengan lelaki. Baginya, kaum itu sukar untuk dipercayai. Dia nekad hendak belajar hidup tanpa bantuan insan bergelar lelaki. Luthfi - Dia lelaki yang tidak mahu tertipu dek kebekuan hati Sara. Gadis itulah pilihan hatinya sedari dahulu. Tidak kira seteruk mana pun layanan Sara, dia terima. Namun, dia hanya berani memuja dari jauh. Bukan kerana dia tidak yakin, tetapi dia berpegang pada prinsip... jika benar Sara jodohnya, pasti tidak akan ke mana. Kuz Kusyairi - Dia telah banyak menghadapi kehilangan dalam hidup. Selepas Misya pergi, dia nekad enggan tunduk pada perasaannya lagi. Sangkanya, dia memang tidak layak untuk sesiapa. Namun, siapa dia ingin melawan percaturan takdir. Tekadnya goyah tatkala terjumpa dengan Sara. Meski dia cuba menolak, perasaan itu hadir juga. “Bahagia tu bukannya bergantung pada lama mana kita kenal, tapi pada sejauh mana kita kenal satu sama lain.”
Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.
Wardah seolah-olah melarikan diri daripada Faisol sebaik sahaja dia pulang dari Melbourne, Australia setelah empat tahun melanjutkan pengajian di sana. Dia tidak mahu lelaki itu tahu di mana dia berada atau apa yang dilakukannya. Malah, rahsia dia bersama rakan baiknya, Hazimah di pusat perlindungan itu harus disimpan kemas. Faisol tidak berputus asa. Pencariannya tidak mengenal erti lelah. Akhirnya, mereka dipertemukan secara tidak sengaja. Konon Wardah mahu menyembunyikan identiti diri. Mudah sahaja Faisol mengecam gadis itu. Daripada suara dan gaya, dia sudah tahu itulah kekasih hati yang dicari-cari selama ini. Hubungan terputus bertaut semula sehingga mereka berjanji untuk sehidup semati. Namun ada pula halangannya. Kemunculan Nora dan kemarahan Datin Rahmah, ibu Faisol memberatkan lagi duka lara yang ditanggung oleh Wardah. Apatah lagi, kedua-duanya sudah mengetahui dia memerlihara seorang bayi itu!