Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Kasihnya DIA
  • Language: en
  • Pages: 521

Kasihnya DIA

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012
  • -
  • Publisher: Alaf 21

SEJAK kecil Rina Melati membesar di Rumah Anak-anak Yatim. Nilai-nilai agama diterap dan diamalkan agar dia menjadi muslimah solehah yang berdikari berlandaskan syariat. Namun, dugaan didatangkan ALLAH untuk menguji ketabahannya sebagai hamba. Dalam pencarian mencapai cita-citanya, Rina Melati hampir menjadi mangsa lelaki hidup belang. Muncul Khalid Afandi menjadi penyelamat. Lafaz syukur tidak henti-henti diucapkan. Malang sekali bagi Rina Melati bila Khalid Afandi minta budinya dibalas dengan harga yang cukup murah. Lelaki itu mahu mengeksploitasi kecantikan si gadis dengan memaksanya menjadi model foto tercemar. Kesuciannya diperdagangkan dan Rina Melati terus terperangkap dalam cengkaman lelaki itu. Takdir menemukan gadis itu dengan Umar di dalam kereta api sewaktu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Butterworth. Sejak itu, nama Umar bersemadi di dalam ingatannya. Kebetulan mereka belajar dalam satu kampus. Dia mengharapkan Umar menjadi teman istimewa untuk membimbingnya kembali ke jalan ILAHI. Malangnya, peristiwa ngeri mendatangi mereka di malam pertemuan. Umar hilang tanpa khabar berita. Begitu juga Khalid Afandi.

SAPU TANGAN BIRU
  • Language: en
  • Pages: 710

SAPU TANGAN BIRU

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2014
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Alamak! Tertumpah pula air kopi yang dibawa ke atas gaun seorang gadis. Maki hamun gadis itu menyebabkan Ray geram! "Jasmin Alia." Nama yang tersulam pada sapu tangan sutera berwarna biru langit. Sapu tangan itu menjadi saksi dirinya diperlekehkan. Disebabkan sapu tangan itu, Ray nekad untuk berhijrah. Di kota, Ray berkenalan dengan Datuk Wahab yang telah menawarkannya pekerjaan. Pertembungan dengan Jasmin Alia menyebabkan Ray terkejut. Walaupun gadis itu tidak mengenalinya lagi, Ray tidak pernah lupa! Dianggap pemuda miskin yang datang dari kampung terceruk, Ray terus dihina. Rupa-rupanya Ray ada aura istimewa. Tiba-tiba emosi Jasmin Alia jadi tak tentu arah. Rasa bencinya tenggelam, rasa rindunya pula menjulang. Walaupun sudah mempunyai kekasih, Ray mesti digoda dengan apa saja cara.

SANA MENANTI SINI MERINDU
  • Language: en
  • Pages: 694

SANA MENANTI SINI MERINDU

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2013
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Tiba-tiba saja Kamal Hanafi hendak kahwin! Dia nekad mahu menjadi suami terbaik. Sejak pertemuan secara tidak sengaja, puas dia mencari rumah si gadis. Tidak sangka, Sharina si gadis manis itu adik kepada kawan baiknya sendiri. Tanpa rasa malu, dia meluahkan rasa suka kepada Sharina melalui Hisham. Hisham yang sudah tahu hati budi Kamal, memberi jaminan bahawa adiknya pasti akan hidup bahagia di samping lelaki itu. Sebagai adik yang taat, Sharina setuju mengikut kehendak abangnya. Namun, terselit juga rasa ingin membalas dendam. Kenal pun tidak, macam mana hendak bertentang mata? Kamal Hanafi harus diuji. Selepas hidup bersama, ternyata Kamal suami yang baik, tetapi keluarga mertuanya cukup merimaskan. Kerana rasa sayangnya yang tidak ternilai, Sharina sanggup menjadi mangsa keadaan. “Dalam genggaman rindu, Kamal terus menunggu. Ke bahagiaan yang pernah dikecapi, mungkinkah hadir kembali

Buatmu Kekasih
  • Language: ms
  • Pages: 592

Buatmu Kekasih

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2006
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Novel yang memuatkan lima novel terdahulu beliau ini merupakan titik sambungan dengan melakarkan sebahagian watak-watak yang pernah dicipta oleh Aisya Sofea. Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun yang terluka ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya. Buatmu Kekasih menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga berlampukan sinaran bulan yang satu.

Bila Cinta Menggila
  • Language: ms
  • Pages: 512

Bila Cinta Menggila

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Yazid bin Atan, pemuda biasa-biasa yang bekerja sebagai pemandu peribadi. Di laman Facebook, dia jatuh hati dengan Liza Wati. Seorang gadis yang cantik, berpelajaran dan dari keluarga berada. Demi untuk memikat hati si gadis, Yazid berbohong, kononnya dia juga anak orang kaya. Namun tanpa disedari, pesaing cintanya adalah Azman Hussin. "Konon-konon kau anak orang kayalah tu! Alahai poyo bin sengal betullah si mamat ni. Hei brader, cakap ajelah itu rumah bos kau! Tak ada orang ambik tahulah!" - Yazid mengecam profil Facebook Azman Hussin. Tembelang Yazid terbongkar di majlis meraikan kepulangan anak majikannya dari Australia, yang turut dihadiri oleh Liza Wati. Rupa-rupanya Azman Hussin adalah bakal bosnya.

Gila Tak Rindu
  • Language: ms
  • Pages: 752

Gila Tak Rindu

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Alangkah terkejutnya Nomi apabila Mr. Krab yang pertama kali dia nak jumpa tu, lelaki yang bergaduh dengannya di lampu isyarat! Apa lagi, bertekaklah budak dua orang tu. Adib mula menyesal menyamar jadi Mr. Krab. Mr. Krab yang sebenarnya ialah Risham. Risham suruh Adib ganti jadi dirinya sebab dia dah bercinta dengan Kisya. Adib terima tawaran Risham itu bersebab walau dia sukakan Hazza dalam diam. Adib ingatkan... cerita sini, habis sini. Sekali Nomi langgar motornya! Berdebus jatuh berendam dalam parit. Mengamuklah dia. Dia nak Nomi jadi kulinya. Selagi motornya ada di worksyop, Nomi kena hantar dia pergi dan balik kerja.

Musafir Perindu
  • Language: en
  • Pages: 574

Musafir Perindu

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2011
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Danau Tarbiyah Nilam Puri menemukan Annur dengan Iman dan Amar. Iman, pesona hatinya bagaikan laut yang tenang di tengah malam. Amar pula sering mencipta amarah dan perbalahan dengan Annur. Padahal tanpa sedar nama Annur telah pun terukir di relung hatinya. Annur terkesan dengan keperibadian Iman. Keluhuran jiwa itu membuatkan dia merasa tidak layak lalu dia memendam perasaan sendiri. Namun, doa dan harapannya akhirnya menjadi nyata. Sebuah hubungan yang diikatkan dengan baitul muslim kerana cinta ALLAH dan perjuangan Islam. Malangnya, kebahagiaan Annur hanya sementara. Takdir ALLAH tak siapa dapat menghalang. Iman koma dan mewasiatkan agar Annur mengahwini Amar. Annur bertegas tetap mahu setia dengan Iman.

Satu Janji
  • Language: en
  • Pages: 568

Satu Janji

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2003
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.

Cerpen Dan Perpaduan Nasional (Penerbit UM)
  • Language: ms
  • Pages: 227

Cerpen Dan Perpaduan Nasional (Penerbit UM)

Buku ini meninjau tema perpaduan nasional dan peranan sastera kebangsaan menerusi genre cerpen. Sebanyak 83 buah cerpen dipilih daripada hasil karya Sasterawan Negara, pemenang sayembara cerpen Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat, cerpen peraduan ESSO-GAPENA, Dewan Bahasa dan Pustaka, Public Bank-Utusan Melayu, Hadiah Pemenang Sastera 1970-an, dan Hadiah Sastera Malaysia 1980-an. Teori Weiner digunakan untuk meninjau 19 tema umum dan khusus perpaduan nasional, berpandukan Teori Pencerminan Lukacs. Sastera kebangsaan melalui cerpen memainkan peranan dan sumbangan yang merentasi etnik, jantina dan SES responden. Justeru, buku ini menunjukkan bahawa cerpen mempunyai peranan tertentu dalam membentuk perpaduan nasional.

Pancadimensi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa: Trend dan Amalan (Penerbit USM)
  • Language: ms
  • Pages: 362

Pancadimensi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa: Trend dan Amalan (Penerbit USM)

Buku ini menyinkap lima dimensi pengajaran dan pembelajaran Bahasa. Cakupannya meliputi aspek pedagogi, strategi, pendekatan serta teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa. Antara aspek yang dibicarakan, termasuklah soal pembinaan, pengembangan serta pemerkasaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pembelajaran Bahasa asing sebagai nilai tambah terhadap diri para pelajar, penerapan teori dan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa, aplikasi teknologi dan media dalam pendidikan Bahasa, literasi sebagai upaya untuk meningkatkan pencapaian para pelajar dari segi sosial dan intelektual, dan aspek penterjemahan dalam konteks pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing serta penilaian hasil terjemahan. Ternyata bahawa dimensi perbincangan buku ini adalah selaras dengan perkembangan semasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa pada semua peringkat pendidikan. Buku ini sesuai digunakan oleh para pelajar university, penyelidik dan perancang kurikulum, guru, pentadbir sekolah dan para pelatih institusi latihan guru.