You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
“Aku pernah tengok satu cerita seram macam ni. Aku rasa kita sebenarnya dah mati! Mungkin kita mati berlanggar masa Guan potong lori tu! Dan kini roh kita merayau-rayau di tempat yang kita nak pergi... Taman Tema Teratai!” ucap Bala dengan nada perlahan, hampir sedih dan sayu. Pang! Haikal menampar Bala dengan kuat. “Wei! Kenapa tampar aku!” pekik Bala memegang pipinya yang berdamar. “Sakit tak?” tanya Haikal. “Mestilah sakit!” tempelak Bala marah. “Kalau sakit maknanya kita tak mati lagi. Dan aku rasa masih belum selamat lagi!” kata Haikal serius. “Ayoyo!" Bala teringatkan pengunjung yang dijumpainya tadi. Hampir terkencing dia melihat 'orang' itu tersenyum dengan bibir merekah hingga ke telinga! Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Sedang asyik memilih baju di dalam guni, pak long dikejutkan dengan suara batuk kecil seorang lelaki. Berderau darah pak long apabila melihat seorang lelaki tua berpakaian Melayu serba hitam sedang berdiri di hadapannya. Pak long menelan liur, seram sejuk seluruh tubuhnya. Bila masanya lelaki itu ada di situ? Bunyi langkahnya langsung tidak kedengaran. Namun, bukan kemunculan tiba-tiba orang tua misteri itu sahaja yang mendebarkan dadanya, kerana apa yang sedang berlaku di dalam kedai bundlenya adalah lebih menggerunkan lagi. Pak long dapat melihat berpuluh-puluh rangka manusia berpakaian lusuh dan koyak rabak sedang memenuhi kedainya. Rangka-rangka manusia itu sedang merayau-rayau, seperti pelanggan yang sedang melihat-lihat dan memilih pakaian yang dijual. Pak long hampir terkencing di dalam seluar apabila tiba-tiba semua rangka-rangka manusia itu serentak menoleh memandang kepadanya! Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Bayang Puaka Sekolah mengumpulkan tiga buku daripada Siri Cerita Hantu iaitu Puaka Asrama, Puaka Stor Sukan, dan Puaka Bilik Darjah. Nikmati kisah-kisah puaka yang meremangkan bulu roma daripada penulis-penulis seram hebat tanah air seperti Khairul Nizam Khairani, Siti Solehah, Pn Fakarina, Del Osmera, Lyla, Lavender Biru, dan Rhea. Sekolah adalah fasa yang menyeronokkan dan paling penting dalam hidup seseorang, sama ada bagi yang sudah menjalani ataupun kepada para remaja yang sedang melaluinya sekarang ini. Menariknya tentang fasa ini, boleh dikatakan setiap sekolah mempunyai kisah seramnya yang tersendiri, yang disampaikan dari generasi ke generasi. Kenapa sentiasa ada kelas yang ditinggalkan kosong dan berkunci di sekolah? Apakah benar ada banyak benda ghaib berkeliaran di sekolah?
Megawati tergelak besar sehingga menggegarkan seluruh peralatan yang ada di situ. Jamilah sudah rasa lain macam. Ada sesuatu yang tidak kena di sini. “Kau nak tahu tak, mana tempat paling berpuaka dalam sekolah kita?” tanya Megawati. Jamilah menggeleng, tidak suka mendengarnya. “Sinilah, tempatnya. Bilik stor sukan kita!” Sekali lagi Megawati ketawa, tetapi kali ini tawanya sudah masuk kategori mengilai. Semakin lama semakin nyaring. Wajahnya memutih, pucat. Dan taringnya semakin jelas kelihatan, memanjang sehingga jelas ketara seperti taring ular. Jamilah menggeletar ketakutan. Dia memandang sekeliling. Bilik stor sukan itu tiada jalan keluar! Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
“Nazrul cakap dia ada dengar suara panggil nama dia.” “Suara?” Riak muka Fahrin berubah. Hisyam mengangguk. “Suara tu katanya asyik menyeru-nyeru nama Nazrul meminta tolong. Nazrul kata masa dia tidur pun dia dengar suara tu memanggil.” Hisyam menceritakan apa yang Nazrul beritahu kepadanya. Nazrul tidak berahsia dengannya. “Suara apa?” Hisyam menjongket bahu. Dia pun tidak tahu kerana hanya Nazrul sahaja yang mendengar suara itu. Hisyam percaya yang Nazrul tidak menipu. “Saya tak tahu. Tapi Nazrul cakap suara tu datangnya dari menara tangki air lama belakang sekolah. Saya sudah puas larang Nazrul supaya tidak ke tempat tu. Tapi dia berkeras juga. Dia cakap nak selamatkan o...
“Dekat pondok bas ni pun ada orang mati kena langgar! Dua malam lepas ada orang racing kereta kat jalan ni. Ramai budak datang tengok. Lepas tu ada satu kereta terbabas dan langgar seorang budak. Seorang pun tak tahu!” Tiba-tiba Farul menyampuk. Serius sahaja mukanya. “Mana kau tahu ni?” tanya Saadon berkerut. “Dia ni yang cerita... masa mula-mula duduk sini tadi,” ucap Farul menunjuk pada seorang budak sebayanya yang berwajah murung duduk di sebelahnya. Spontan bulu roma mereka meremang tegak dan hampir serentak kesemua mereka bangkit menjauh. Saadon cepat-cepat menarik Farul dari sisi budak itu kerana tidak seorang pun daripada mereka mengenalinya, apatah lagi apabila mendapati wajah budak itu pucat kekuningan bagai mayat dan terdapat kesan lumpur di tubuhnya. Sepasang matanya kabur tidak bercahaya serta nampak hitam lebam di sekeliling mata. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
None
Bayang Puaka mengumpulkan tiga buku daripada Siri Cerita Hantu iaitu Puaka Lebuh Raya, Puaka Media Sosial, dan Puaka Terowong. Nikmati kisah-kisah puaka yang meremangkan bulu roma daripada penulis-penulis seram hebat tanah air seperti Zehann Ur Rakhie, Sabrina Ismail, CikPuan Fifi, Drfendi Ameen, Siti Solehah, dan Aida Anggerik. Selain kisah-kisah ini, sebagai bonus dimuatkan juga kisah seram yang benar-benar terjadi, yang mungkin juga pernah anda alami! Atau mungkin ia terjadi kepada kawan kepada kawan anda, atau sepupu kepada kawan kepada kawan anda. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.