You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
"Berpuakanya jambatan itu sebab dahulunya, kepala-kepala manusia yang disembelih diletakkan di bawah jambatan itu semasa pembinaannya sebagai pasak, agar ia kukuh dan tidak akan roboh selama-lamanya,” Tuan Guru Haji Yahya memulakan ceritanya. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Bayang Puaka Sekolah mengumpulkan tiga buku daripada Siri Cerita Hantu iaitu Puaka Asrama, Puaka Stor Sukan, dan Puaka Bilik Darjah. Nikmati kisah-kisah puaka yang meremangkan bulu roma daripada penulis-penulis seram hebat tanah air seperti Khairul Nizam Khairani, Siti Solehah, Pn Fakarina, Del Osmera, Lyla, Lavender Biru, dan Rhea. Sekolah adalah fasa yang menyeronokkan dan paling penting dalam hidup seseorang, sama ada bagi yang sudah menjalani ataupun kepada para remaja yang sedang melaluinya sekarang ini. Menariknya tentang fasa ini, boleh dikatakan setiap sekolah mempunyai kisah seramnya yang tersendiri, yang disampaikan dari generasi ke generasi. Kenapa sentiasa ada kelas yang ditinggalkan kosong dan berkunci di sekolah? Apakah benar ada banyak benda ghaib berkeliaran di sekolah?
Sedang asyik memilih baju di dalam guni, pak long dikejutkan dengan suara batuk kecil seorang lelaki. Berderau darah pak long apabila melihat seorang lelaki tua berpakaian Melayu serba hitam sedang berdiri di hadapannya. Pak long menelan liur, seram sejuk seluruh tubuhnya. Bila masanya lelaki itu ada di situ? Bunyi langkahnya langsung tidak kedengaran. Namun, bukan kemunculan tiba-tiba orang tua misteri itu sahaja yang mendebarkan dadanya, kerana apa yang sedang berlaku di dalam kedai bundlenya adalah lebih menggerunkan lagi. Pak long dapat melihat berpuluh-puluh rangka manusia berpakaian lusuh dan koyak rabak sedang memenuhi kedainya. Rangka-rangka manusia itu sedang merayau-rayau, seperti pelanggan yang sedang melihat-lihat dan memilih pakaian yang dijual. Pak long hampir terkencing di dalam seluar apabila tiba-tiba semua rangka-rangka manusia itu serentak menoleh memandang kepadanya! Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Megawati tergelak besar sehingga menggegarkan seluruh peralatan yang ada di situ. Jamilah sudah rasa lain macam. Ada sesuatu yang tidak kena di sini. “Kau nak tahu tak, mana tempat paling berpuaka dalam sekolah kita?” tanya Megawati. Jamilah menggeleng, tidak suka mendengarnya. “Sinilah, tempatnya. Bilik stor sukan kita!” Sekali lagi Megawati ketawa, tetapi kali ini tawanya sudah masuk kategori mengilai. Semakin lama semakin nyaring. Wajahnya memutih, pucat. Dan taringnya semakin jelas kelihatan, memanjang sehingga jelas ketara seperti taring ular. Jamilah menggeletar ketakutan. Dia memandang sekeliling. Bilik stor sukan itu tiada jalan keluar! Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
“Dekat pondok bas ni pun ada orang mati kena langgar! Dua malam lepas ada orang racing kereta kat jalan ni. Ramai budak datang tengok. Lepas tu ada satu kereta terbabas dan langgar seorang budak. Seorang pun tak tahu!” Tiba-tiba Farul menyampuk. Serius sahaja mukanya. “Mana kau tahu ni?” tanya Saadon berkerut. “Dia ni yang cerita... masa mula-mula duduk sini tadi,” ucap Farul menunjuk pada seorang budak sebayanya yang berwajah murung duduk di sebelahnya. Spontan bulu roma mereka meremang tegak dan hampir serentak kesemua mereka bangkit menjauh. Saadon cepat-cepat menarik Farul dari sisi budak itu kerana tidak seorang pun daripada mereka mengenalinya, apatah lagi apabila mendapati wajah budak itu pucat kekuningan bagai mayat dan terdapat kesan lumpur di tubuhnya. Sepasang matanya kabur tidak bercahaya serta nampak hitam lebam di sekeliling mata. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Misteri kehilangan Nasha di sebuah terowong lama yang dikatakan ‘keras’ telah menggemparkan penghuni Taman Sri Selasih. Kisah-kisah menyeramkan mengenai terowong lama itu mula diperkatakan kembali. Malahan sejak Nasha hilang, Lina yang merupakan rakan baiknya mula berkelakuan pelik lantas mengundang persoalan terutamanya kepada Azli dan ahli korumnya. Kehilangan Nasha di terowong lama tersebut juga secara tidak langsung telah membangkitkan kes penemuan mayat seorang pelajar perempuan di situ setahun lalu. Tambah menggerunkan apabila seorang rakan Azli bernama Rafi telah melihat sendiri susuk seseorang yang kelihatan seperti mayat muncul di muka terowong dan selepas itu seorang demi seorang rakan baik Lina mati dalam kemalangan aneh.
KAIN IBU SYAITAN – A. DARWISY Hari pertama Azham bekerja di Muzium Tekstil Negara, dia sudah diganggu dengan perkara-perkara aneh. Bukan dia seorang saja, tetapi hampir semua pekerja di dalam muzium itu turut merasai pengalaman yang menakutkan. Kemuncaknya, adalah pada program Denai Malam yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia. Apa yang terjadi pada malam itu? Apa pula kaitannya dengan siri kejadian seram yang menimpa mereka sebelum ini? Benarkah muzium itu berhantu atau ada cerita di sebaliknya yang mereka tidak tahu? “Setiap yang lama itu, ada penjaganya...” CANANG ANISAH – SUZANI NADZIR Satu tugasan yang diterima membawa sekumpulan ahli arkeologi ke Gua Cha. Perjalanan merek...
• Is meant for the lower primary pupils. (Phase I) • Covers a wide usage of basic vocabulary. • Is highly recommended for pupils who have done the basic exercises in English For Kids. • Offers a wide range of correlated and challenging grammatical exercises to reinforce the pupils’ acquisition of their basic grammar.
'Vivid, pungent and perilous' CHRIS BROOKMYRE 'Evocative...brilliant plotting' REBECCA GRIFFITHS A dark and richly atmospheric thriller, perfect for fans of Laura Purcell's The Silent Companions, Sarah Perry's Melmoth and Elly Griffiths' The Stranger Diaries. London, 1846. Ramshackle and crumbling, St Saviour's Infirmary awaits demolition. Within its stinking wards and cramped corridors the doctors bicker and fight. Ambition, jealousy and hatred seethe beneath the veneer of professional courtesy. Always an outsider, and with a secret of her own to hide, apothecary Jem Flockhart observes everything, but says nothing. And then six tiny coffins are uncovered, inside each a handful of dried flow...