Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Penawar Duka Pengubat Sengsara
  • Language: ms
  • Pages: 248

Penawar Duka Pengubat Sengsara

"Duka, gundah dan sengsara itu tidak diminta bahkan kita disuruh berlindung dengan ALLAH daripada semuanya. Namun, betapa ajaibnya makhluk yang bernama derita. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, menerjah ke dalam dada dan jiwa. Perasaan itu sukar dikawal bahkan adakala kita sukar mengerti perasaan yang dialami..." "Ujian bagaikan bicara atau sapaan ALLAH agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa. Hiasilah hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada ALLAH dan mohon ampuwwn kepada-NYA dengan jujur, dengan luhur, de­ngan khusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagiaan. Itulah janji-NYA..."

Sirah 25 Rasul
  • Language: ms
  • Pages: 336

Sirah 25 Rasul

Buku Sirah 25 Rasul: Fakta vs Auta menyajikan kisah para rasul yang sahih dan menyebutkan beberapa kisah yang palsu berdasarkan kajian ulama-ulama hadith. Pengetahuan dan pendedahan ini amat penting agar kita tidak terpengaruh dengan kisah-kisah yang tidak ada asal usulnya dan boleh memberi fitnah kepada para utusan Allah yang mulia.

Solat 60 Tahun Tak Diterima
  • Language: ms
  • Pages: 184

Solat 60 Tahun Tak Diterima

Solat adalah amalan yang paling penting dalam Islam. Jika solat seseorang itu baik, maka baik pula seluruh amalannya. Sebaliknya, jika solat seseorang itu buruk, maka urusannya yang lain pun akan menjadi semakin buruk. Dengan maksud lain, solat yang dilaksanakan merupakan tanda ukur keislaman seseorang. Buku ini akan merungkaikan segala persoalan mengapa solat yang kita laksanakan selama ini tidak memberi kesan yang baik kepada kita. Begitu juga faktor-faktor yang boleh menyebabkan solat menjadi sia-sia dan tidak diterima.

Kita Ciptaan Terindah
  • Language: ms
  • Pages: 288

Kita Ciptaan Terindah

Wanita padanya punya keistimewaan. Diciptakan atas permintaan seorang lelaki di syurga nan abadi. Lahirnya sebagai peneman dan penenang hati.Meski berbeza, wanita diciptakan untuk saling melengkapi.Wanita mampu menjadi perhiasan dunia yang terindah, andai ditanam dalam dirinya dengan keindahan ke­takwaan serta dipagari akhlak yang mulia. Istimewanya wanita sehingga al-Quran sendiri memberi penekanan tentang urusannya.Surah an-Nisa tersaji sebagai wadah membincangkan pengurusan wanita seperti pernikahan, perceraian, nafkah, faraid serta fikah berkaitan.Mulianya wanita sehingga DIA menyediakan manual khas ini. Hukum berkaitan wanita agak kompleks berbanding lelaki.Justeru, lahirlah nashkahKITA CIPTAAN TERINDAH ini yang menghimpun 300 soal jawab berkaitan wanita, khususnya.Ia bagi memudahkan kefahaman me­ngenai hukum yang melingkari wanita secara ringkas, padat dan tepat.Karya ini amat sesuai dijadikan rujukan pantas untuk seisi keluarga.

Bimbingan Para Solihin
  • Language: ms
  • Pages: 276

Bimbingan Para Solihin

SENTIASALAH ‘ berselera’ untuk bersolat, kerana solat merupakan santapan yang lazat lagi enak pemberian ALLAH SWT. Nabi Muhammad SAW ketika menggambarkan keasyikan Baginda dalam mengerjakan solat berkata; ‘Penyejuk mataku,’ Zainab tenggelam dalam keasyikan bersolat sehingga dia mengikat dirinya dengan tali semasa mengantuk. Tindakannya ditegur oleh Nabi SAW kemudiannya. Mereka yang tidak mengambil berat soal ibadat, malah melengahlengahkan solat, maka ALLAH SWT juga akan melengah-lengahkan pemberian nikmat kepada mereka. Imam al-Nawawi mengupas hadis Nabi SAW berkenaan orang yang melewatkan solat dalam Syarah Sahih Muslim; “Yang berada akhir dalam saf solat (melewatkan solat), akan terlewat mendapat rahmat NYA, fadilat-NYA, tidak dinaikkan martabat dan seumpama dengannya.” Solatlah dengan khusyuk, dan berusaha untuk menumpukan perhatian terhadap setiap gerakan dan bacaan dalam solat. Meskipun gangguan tetap datang, namun usaha mesti diteruskan dengan gigih.

Cerita Dari Langit
  • Language: ms
  • Pages: 234

Cerita Dari Langit

CERITA DARI LANGIT merungkai hikmah setiap peristiwa yang dilihat dan dilalui oleh Rasulullah SAW sepanjang perjalanan pada malam Israk dan Mikraj. Penceritaan secara lengkap serta berturutan berdasarkan sumber yang muktabar lagi sahih. Lalu, dianalisa antara logik iman dan akal bagi dijadikan sebagai pengajaran untuk kita meneruskan kehidupan. Ingat… Israk dan Mikraj bukan kisah pengajaran sebelum tidur, tetapi ia kisah iktibar sebelum mati! Malah bukan sekadar naratif kepada umum kerana ia adalah sirah baginda yang dibuktikan kesahihannya di dalam al-Quran.

KENAPA REZEKI TAK MURAH?
  • Language: ms
  • Pages: 216

KENAPA REZEKI TAK MURAH?

Buku ini menggariskan sebab-sebab dan peringatan-peringatan kenapa seseorang itu ditimpa ujian dari Allah SWT. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" Dan Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta." ~Al-Ankabuut: 2-3~ Buku ini juga menggariskan apa yang harus dilakukan oleh seseorang yang hidupnya sering ditimpa ujian. Segalanya ditulis berdasarkan pengalaman sendiri, kesilapan sendiri dan apa yang saya pelajari darinya. Selari dengan firman Allah SWt yang bermaksud: "Hai! Orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung." ~Al-Imran: 200~

BERCINTA SELEPAS NIKAH
  • Language: ms
  • Pages: 184

BERCINTA SELEPAS NIKAH

BERBICARA tentang cinta, topik ini seperti sudah menjemukan. Apatah lagi ia sering diulang-ulang dan tidak diulas dengan pemahaman yang mendalam. Jodoh pula adalah rahsia ALLAH kepada hamba-NYA. Namun, cinta dan jodoh adalah topik yang sentral dalam Islam kerana ia mampu mempengaruhi tingkah laku dan tindakan kita. Jadi, berusahalah mempersiapkan diri secara rohani dan jasmani kerana alam rumah tangga yang bakal dilalui itu nanti tidak kurang hebat cabarannya buat pasangan yang bercinta.

Israfil A.S Dan Peristiwa Kiamat
  • Language: ms
  • Pages: 352

Israfil A.S Dan Peristiwa Kiamat

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Buku ini akan merungkaikan asal-usul Malaikat Israfil dan persoalan penting berkenaan dengan Hari Kiamat. Antaranya ialah siapa yang ditugaskan untuk menghancurkan bumi ini? Konsep kematian, kehancuran bumi, syafaat Nabi SAW, syurga dan neraka dan lain-lain.

MALAIKAT MALIK A.S : PENJAGA NERAKA
  • Language: ms
  • Pages: 408

MALAIKAT MALIK A.S : PENJAGA NERAKA

MEMBICARAKAN TENTANG MALAIKAT YANG DITUGASKAN UNTUK MENJAGA NERAKA DENGAN DALIL DAN BUKTI YANG JELAS. JUGA DIBAHASKAN TENTANG GOLONGAN YANG MENGHUNI NERAKA AKIBAT PERBUATAN YANG DILAKUKAN SEWAKTU DI DUNIA.