Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Uda & Dara
  • Language: en
  • Pages: 560

Uda & Dara

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2011
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi. Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat. “Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Selagi ada dia
  • Language: en
  • Pages: 505

Selagi ada dia

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2008
  • -
  • Publisher: Alaf 21

PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka. Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya. Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

Ingat Janji Kita
  • Language: en
  • Pages: 528

Ingat Janji Kita

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2011
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri. Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi ‘makwe’nya. Apabila tiba masanya... “Eh... sesuai ke? Orang tak cam aku ke? Aku rasa kekok ni.” “Sesuai lagi secocok. Tak mungkin dia orang boleh cam kau ni jantan. Aku sendiri macam nak gugur jantung tengok rupa kau. Sebiji rupa perempuan. Mantap gitu.” Raimi menyentuh dada Adi dengan kedua-dua tangannya. Bagaikan terkena kejutan elektrik, spontan Adi menepis kasar hingga membuatkan Raimi terpinga-pinga. Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?

Bukan Taste Aku!
  • Language: en
  • Pages: 285

Bukan Taste Aku!

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015
  • -
  • Publisher: Buku Prima

IRDINA dan Zafri, ibarat anjing dan kucing. Pantang bersua muka. Ada sahaja perkara yang mahu ditelagahkan. Makin cuba menjauh, makin ia dekat. Namun, dekat itu tidak mendatangkan apa-apa. Perang tetap perang. Namun, kuasa ALLAH, siapa yang mampu menghalang. Saat perang terus dilancar, ada satu kejadian yang buat Irdina memberi perspektif baru tentang Zafri. Dan Zafri, mula nampak bahagian putih milik Irdina. Mulut cuba menafikan, tapi hati, sudah saling terpaut. Sehari tidak dilihat bayangan orang yang mula bertempat di hati, seharian menjadi sasau. Zafri terus memasang angan. Irdina akan menjadi suri hatinya. Irdina pula mula mengimpikan. Zafri mahu dijadikan imamnya. Namun, ia semua hanya disimpan dalam hati. Tidak ada siapa antara mereka yang berani menyuarakan. Sehingga satu saat, Irdina mahu ditunangkan. Hati Zafri mula menjadi rawan. Tekad mula dipasang. Irdina hanya miliknya. Mampukah Zafri mempertahankan Irdina untuk menjadi suri hatinya? Mahukah Irdina ditunangkan dengan orang yang tidak dicintainya? Mampukah hubungan yang pada awalnya bagai anjing dan kucing, menjadi hubungan yang disulami kasih dan sayang?

Kasihku Satu
  • Language: en
  • Pages: 480

Kasihku Satu

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2010
  • -
  • Publisher: Alaf 21

AMRIL NUQMAN menyimpan dendam terhadap lelaki yang di sangka telah menyebabkan kematian kembarnya.Namun, hasratnya untuk membalas dendam tidak kesam paian kerana lelaki itu telah meninggal dunia.

Adam & Hawa
  • Language: en
  • Pages: 530

Adam & Hawa

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2006
  • -
  • Publisher: Alaf 21

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Yang Indah Hanya Mimpi
  • Language: en
  • Pages: 912

Yang Indah Hanya Mimpi

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Razif dan Norjinah - waktu mencemburui kebahagiaan mereka. Konflik rumah tangga yang membadai tidak pernah surut. Razif kecewa, Norjinah ada lelaki lain. Adakah kerana dia sudah tua, maka Norjinah beralih kasih pada yang muda? Kalau begitu… dia pun mampu pasang dua! Retak seribu hati Norjinah dituduh curang oleh si suami. Kasihnya pada lelaki kedua hanya sekadar lakonan, sedangkan di hatinya cuma ada satu nama. Razif! Tapi mengapa Razif sanggup menduakannya? “Siapa yang cintakan Ji tak penting, bang. Siapa yang Ji cinta, itu yang penting.” Norseha dan Badrul – hidup mereka terus berantakan. Norseha benci dengan kelahiran Lukman. Jangankan mahu pegang, pandang pun tak sudi. Hiba hati Badrul melihat Lukman seperti yatim piatu disisih ibu sendiri. Pada Norseha, Lukman anak yang tidak dikehendaki. Berkali-kali dia minta diceraikan. Tapi, Badrul bukan dayus. Kesabarannya semata-mata kerana Lukman. “Aku sudah menghampakan dia hanya kerana mahu berkorban untuk Norseha. Sayangnya pengorbanan itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya. Apakah aku akan lebih dihargai apabila memilih Sharifah Yasmin?”

Sayang Awak, Tuan Inspektor
  • Language: en
  • Pages: 358

Sayang Awak, Tuan Inspektor

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2016
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Tall, Dark, Handsome. Gadis mana yang tak cair tatkala melihat kelibat Inspektor Idaman Malaya a.k.a Tuan Inspektor Arish Aqlan bin Afzan? Namun, sikap cerewet tak bertempatnya menguji kesabaran. Hanya seorang sahaja yang mampu bertahan dengan perangai cengcongnya iaitu Melina binti Kamil @ Mel, pembantu peribadinya yang paling setia. Sikap Arish membuatkan walid dan maminya pening kepala. Maka, kata putus terus diberi. Cari bakal isteri secepat mungkin atau mereka sendiri yang akan memilih bakal teman hidup Arish. Lantas, Arish terus melamar Mel menjadi isterinya. Namun belum sempat bingkisan kasih mereka bertaut, kisah silam yang selama ini kukuh tersemadi terbongkar. Tambah mengeruhkan keadaan, muncul pula Qisya yang mengaku dirinya pewaris keturunan Miriam Magellan yang mahu menagih semula janji-janji lampau Panglima Awang, moyang Arish.

Asam Pedas Untuk Dia
  • Language: en
  • Pages: 528

Asam Pedas Untuk Dia

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012
  • -
  • Publisher: Alaf 21

AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri. Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

Seindah Memori
  • Language: en
  • Pages: 522

Seindah Memori

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2005
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Kalau benarlah cinta itu lahir dari hati yang suci dan rela berkorban deminya, mengapa tidak ke jinjang pelamin pengakhirannya? Kalau benarlah cinta itu dari jiwa yang ikhlas, kenapa ada yang ternoda kerananya? Itulah lumrah cinta manusia. Dicintai dan mencintai tidak pernah padam walaupun sering dipersendakan oleh kerenah manusia. Begitulah kehidupan Dayang yang penuh dengan kemelut cinta. Kali pertama dalam hidup, dia menghadapi dugaan cinta yang sungguh mencabar. Nak ditelan seperti pahit, nak dibuang tak sampai hati. Ungkapan Aku cinta padamu mengajarnya erti reda dan pasrah. Dugaan dan ragam takdir sentiasa bergerak seiring dengan lafaz janjinya. Akhirnya, memporak-perandakan seluruh sendi kehidupannya. Cinta dua darjat antara Dayang dan Syed Iqbal menguji penantiannya. Namun kerana satu janji, biar datang ribut taufan sekalipun, cintanya tetap dipertahankan walau Iqbal terbang tinggi di langit dan dia hanya melata tumbuh di bumi. Sesungguhnya pertarungan merebut cinta Iqbal memerlukan ketakwaan dan ketabahan sebagai syarat!