You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
None
This book seeks to break new ground, both empirically and conceptually, in examining discourses of identity formation and the agency of critical social practices in Malaysia. Taking an inclusive cultural studies perspective, it questions the ideological narrative of ‘race’ and ‘ethnicity’ that dominates explanations of conflicts and cleavages in the Malaysian context. The contributions are organised in three broad themes. ‘Identities in Contestation: Borders, Complexities and Hybridities’ takes a range of empirical studies—literary translation, religion, gender, ethnicity, indigeneity and sexual orientation—to break down preconceived notions of fixed identities. This then ope...
Imran, remaja yang tercari-cari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi. Dia cuba menyelami hakikat khalifah yang makin kabur. Dalam diam, jiwanya sentiasa memugar cinta Laila yang prejudis terhadap agamawan. Kerana cinta dia berusaha mengubah persepsi Laila. Namun, Laila tetap dengan pendiriannya. Ketika itu, hadirlah Nanda Gracer iaitu seorang Gadis asing yang mengheretnya ke dalam perdebatan antara kebenaran Islam dan kejahatan orientalis. Imran tekad menghadapi argumentasi itu dan merubah pandangan Nanda. Dalam diam, Nanda terpesona terhadap karisma dan kemantapan ilmu Imran. Dalam menggapai cinta Laila dan hambatan cinta Nanda, adakah Imran akan memperkukuhkan dirinya sebagai Khalifah Tuhan di muka bumi?
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar daripada kemelut ini?
AKID berasa risau dan tidak tenang selagi isu buli dan peras ugut yang dihadapi oleh sahabatnya, Ilham belum selesai secara tuntas. Dia tidak mahu masalah sahabatnya itu berlarutan dan menjadi lebih besar kelak. ILHAM pula seakan acuh tak acuh dan berlengah-lengah melaporkan situasi yang dialaminya itu kepada ibu bapa dan juga guru disiplin. Akibatnya, insiden itu semakin melarat sehingga mereka berdua turut diganggu di luar sekolah. IZZ pula masih tetap mendiamkan diri dan bersikap dingin dengan sesiapa sahaja, termasuklah Akid dan Ilham. Namun tanpa disangka, ketika Akid dan Ilham berdepan bahaya, Izz muncul menyelamatkan mereka sehingga dirinya sendiri tercedera. Adakah ini akan menjadi langkah permulaan yang menjalinkan hubungan persahabatan mereka bertiga?
Akid Fitri membesar dalam keluarga miskin, tetapi kaya dengan kasih sayang serta nilai murni. Sejak kecil, dia berdepan ujian hidup yang membentuk jati diri dan personaliti kepimpinan (Qudwah) yang kuat menerusi bimbingan ibu bapanya. Ciri Qudwah dalam diri Akid dibentuk bersama sentuhan rakan-rakan di sekelilingnya, terutamanya Syed Ilham (mewakili nilai Qanaah atau kekuatan dari segi emosi) dan Izz Hadif yang mewakili nilai Quwwah. Komik hasil kerjasama sulung YADIM dengan Komik-M, PTS Media Group Sdn. Bhd. ini merupakan sebuah komik ‘nilai’ yang sesuai untuk semua. Bagaimana kembara 3 sahabat dengan 3 nilai kekuatan berbeza ini bermula? Inilah permulaannya….
Ikatan persahabatan antara Akid, Ilham, dan Izz yang baru terjalin kian bertambah erat selepas mereka melalui beberapa situasi yang mencabar. Berkat kesabaran dan kesepakatan, mereka berjaya mengharunginya walaupun sukar serta pahit pada awalnya. Semua itu menjadi pengajaran dan pengalaman yang lebih mendewasakan diri masing-masing. Mereka bertiga melangkah ke tahap seterusya apabila digabungkan dalam satu kumpulan bagi menyertai pertandingan mencipta robot di peringkat kelab sekolah. Apa pula cabaran dan ujian yang menanti mereka kali ini?
Mesir bukan noktah akhir pertemuan Amir Mukhlis dan Balqis. Amir Mukhlis pulang ke Malaysia bertarung antara hidup dan mati sedangkan Balqis menyangka lelaki itu sudah pergi menemui Ilahi. Jalan hidup Balqis diwarnai dengan kehadiran Izzudin yang kembali mengharapkan cinta. Amir Mukhlis bertemu Tasnim yang teguh membawa legasi cinta Wardah. Manakala Amelia terus mendambakan kasih Amir Mukhlis. Balqis, mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan terbuka? Amelia, bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu? Tasnim, mampukah dia memerdekakan cinta dan wahyu agar menjelma jawapan untuk segalanya.