Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Dia Gadis Idaman
  • Language: en

Dia Gadis Idaman

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Pertama kali bertemu Naufal Hadif, hati Arissa panas. Insiden pelanggaran dan berebut roti kopi membuatkan Naufal mula terpaut pada Arrisa. Pertemuan mereka berlanjutan sekali lagi dibakeri milik umi Arissa. Rupa-rupanya umi Arissa sukakan sikap dan peribadi Naufal yang menghormati orang tua. Setiap kali Naufal ke bakeri, pasti pertengkaran bakal tercetus antara dia dan Arissa. Ada saja yang tidak kena. Namun, bila Naufal didekati gadis lain, hati Arissa dijentik rasa cemburu. Kenapa dengan hatinya? Terlebih garam atau terlebih gula. Tambah parah apabila melihat naufal melayan mesra seorang gadis yang cuba mendekatinya. Aduh, hatinya memang sudah tersasar jauh. Arissa sedar, siapalah dirinya untuk digandingkan dengan Naufal yang serba sempurna? Dia hanyalah anak tidak sah taraf yang sering dipandang hina. Apatah lagi, geng ‘buat ketupat’ yang sering membuat hidupnya huru-hara. Mampukah Arissa membina bahagianya bersama Naufal?

Cip
  • Language: en
  • Pages: 464

Cip

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2018-02-07
  • -
  • Publisher: Buku Prima

1. GODAM – Fitri Hussin SINOPSIS : Sekumpulan saintis melayu, Lokman, Saifullah dan Amran berjaya mencipta satu cip canggih yang dapat memulihkan memori pesakit-pesakit alzheimer, trauma otak, trauma perang dan sebagainya. Kejayaan mereka itu mendapat liputan luas media tempatan dan luar negara. Mereka menjadi kebangaan melayu, Islam dan Malaysia. Tetapi kejayaan itu dimusnahkan oleh satu artikel yang disiarkan di sebuah blog konspirasi tempatan yang mendedahkan bahawa dana penyelidikan untuk mencipta cip itu adalah dari Nathan Rotchield, pindar kepada 13 keluarga yang menguasai dunia. Pendedahan itu menyebabkan Saifullah dan Amran dibunuh secara langsung di Facebook Live. Kes itu disiasat...

Cinta Lolipop
  • Language: en
  • Pages: 550

Cinta Lolipop

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Pertelingkahan kecil yang bermula dari zaman persekolahan akhirnya menjadikan Aryana dan Haniff teman yang rapat sehingga ke zaman universiti. Namun keakraban hubungan persahabatan mereka bagai musnah apabila Haniff meninggalkan Aryana tanpa sebarang pesan. Pertemuan yang tidak diduga di pinggiran Mediterranean menyatukan kembali hubungan yang dahulunya akrab. Sekalipun kisah Aryana dan Haniff bagai satu hikayat yang panjang, namun hati Aryana telah pun dicuri insan yang bernama Danial. Indahnya musim percintaan Aryana, sayangnya entah sampai bila ia akan berkekalan. Sekali lagi hatinya diuji dengan satu perkataan yang sama. Kejujuran.

Kupujuk Hati
  • Language: en
  • Pages: 488

Kupujuk Hati

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2011
  • -
  • Publisher: Alaf 21

BERPERWATAKAN lelaki itulah keselesaan yang ada pada gadis bernama Ain Haryani. Itu dulu, tetapi sekarang tidak lagi. Dia rupa-rupanya sedang diintai. Dalam diam, neneknya mahu menjodohkannya dengan sepupu sendiri bernama Dr. Adam Amri. Ain suka, tetapi dia takut untuk bercinta dengan Amri. Namun, melihat keprihatinan dan tanggungjawab Amri terhadapnya, sedikit demi sedikit dia cuba memberikan cintanya kepada lelaki itu. Lalu, tali pertunangan diikat. Menjadi tunangan orang ada sahaja dugaannya. Kehadiran Dani menggugat kelelakian Amri. Perasaan cemburu melihat Dani bermesra dengan Ain merobek hatinya. Walau Ain menafikan dan menegaskan hubungan mereka atas urusan kerja, namun Amri sukar mempercayainya. Melayari alam perkahwinan pun ada ujiannya. Ada sahaja yang tidak kena. Haluan Ain ke kiri dan Amri pula memilih haluan ke kanan. Kehadiran Dr. Sufi merebut cinta Amri menyesakkan fikiran Ain. Ain harus pujuk hatinya sendiri. Perlukah dia meninggalkann Amri bagi memberi peluang kepada Dr. Sufi ? Namun, kasihan anak yang dikandung ini. Amri seolah-olah lupa tanggungjawabnya!

The Coming Prince
  • Language: en
  • Pages: 235

The Coming Prince

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012-05-02
  • -
  • Publisher: Lulu.com

At the time when Jack the Ripper terrorized London, Sir Robert Anderson worked as Chief of the Criminal Investigation Department of Scotland Yard. He was knighted upon retirement in 1901, but his greatest accomplishment was writing perhaps the most influential book on messianic prophecy in history. Anderson expounds upon the famous "70 weeks" prophecy of Daniel 9, conclusively demonstrating the supernatural source of the Bible by it's fulfilled prediction of the exact time in history when the Messiah was to appear.

GENG SYAITAN VS GENG MENGAJI
  • Language: ms
  • Pages: 138

GENG SYAITAN VS GENG MENGAJI

Diari Geng Syaitan merupakan kisah godaan syaitan iaitu Syaitan Kurus dan Syaitan Gemuk dalam kehidupan seharian manusia di dunia ini. Ada-ada saja taktik dan strategi mereka dalam menggoda manusia. Ya kita! Matlamat mereka tak lain dan tak bukan adalah untuk menyesatkan manusia. Sering kali sahaja hasutan, jerat dan bisikan mereka didengari oleh kita semua. Namun, kini tidak lagi jika segala strategi mereka telah kita ketahui dan dapat melawannya dengan menguatkan iman, dan letakkan di hati. Jom bersama Pak Cik Bad, kita ikuti kisah mereka.

WE’RE NOT NAUGHTY : GENG MENGAJI
  • Language: ms

WE’RE NOT NAUGHTY : GENG MENGAJI

Tiba-tiba Nonoi meletakkan jari telunjuknya di bibir. Mereka semua diam dan memandang Nonoi dengan kehairanan. “Suara itu …,” kata Nonoi dengan suara yang hampir-hampir tidak kedengaran. Mereka memasang telinga. Benar, ada suara halus bunyi orang ketawa. “Heh, macam suara si Amir saja itu!” teriak Qistina dengan agak lantang. “Ya, ya, bukankah tadi geng kaki bola ke rumah Ustaz Ahmad untuk belajar mengaji. Sudah habis mengaji, datang sini pula hendak kacau kita,” ujar belangkas kembar tiga serentak. “Entah-entah mereka bersembunyi di bawah rumah ini,” kata Nonoi sambil cuba-cuba mencari lubang di lantai rumah Ustazah Hasanah untuk mengintai ke bawah. Manalah tahu, budak-budak bertiga itu sengaja mahu menakut-nakutkan mereka. Ustazah Hasanah tidak mempedulikan gangguan itu. Meskipun murid berlima di hadapannya sedang sibuk mencari lubang hendak mengintai ke bawah, Ustazah Hasanah terus mengajukan soalan. “Apa kesimpulan yang kamu dapat daripada pelajaran hari ini?” Qistina, Aisyah, Nonoi, Jelita dan Atiqah terperanjat mendengar suara Ustazah Hasanah yang kuat dan tegas.

GENG MENGAJI
  • Language: ms
  • Pages: 160

GENG MENGAJI

“Eh, ada sungai?” ujar Ustazah Hasanah seperti kehairanan dan ketakutan apabila terpandang sebatang sungai kecil di belakang kawasan sekolah. “Ya, ada sungai. Hati-hati kerana kadang-kadang air sungai melimpah ketika air laut pasang besar. Kadang-kadang ada binatang berbisa yang merayap,” terang Puan Ani lagi. Kepala Ustazah Hasanah kelihatan tegak sahaja. Riak wajahnya kelihatan cemas. “Hehehe ... cikgu baru tu takut sungai,” Nonoi bersuara sambil ketawa kecil. “Saya beritahu cikgu itu nanti, awak cakap begitu,” ugut Qistina. Nonoi langsung terdiam, bimbang dengan ugutan Qistina. Murid yang lain juga terdiam, tidak jadi ketawa. “Ayuh, kita ke bilik guru besar, lapor diri,...

Misi 5 Kuasa
  • Language: ms
  • Pages: 121

Misi 5 Kuasa

Hana tidak pernah menyedari yang dia mempunyai satu kuasa istimewa. Dia hanya tahu berkenaan kuasa yang dimilikinya itu melalui surat yang ditinggalkan oleh ayahnya sebelum meninggal dunia. Bermula hari itu, Hana menjejak seorang demi seorang yang memiliki kuasa, sama seperti dirinya. Namun, itu bukan satu tugas mudah. Apatah lagi, pada usianya yang masih belasan tahun. Hana terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran yang menguji ketahanan dirinya. Kemunculan Ariana mencemaskan Hana. Ariana mengetahui kuasa yang dimiliki Hana sehingga membuatkan Hana tidak selesa dengan keadaan itu.

Projek Thriller : Vape
  • Language: en

Projek Thriller : Vape

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Definisi Rokok elektronik atau vape terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut serta e-liquid. Kemunculan semula vape menimbulkan satu fenomena baru dalam industri rokok. Wujud tanda tanya dalam kalangan masyarakat akan keselamatan, kesihatan seterusnya menyebabkan gejala sosial berleluasa tanpa sekatan. Namun begitu, kesahihan mengenai kesan vape ini masih lagi menjadi persoalan sehingga wujud pelbagai spekulasi di dunia vape itu sendiri. 1 ) Nyamuk Seekor nyamuk ingin melawan seekor naga? Mampukah? Kata-kata itu terus berlegar dalam kotak fikirannya. Wirna menarik nafas panjang. Ya... tak mungkin seekor nyamuk mampu melawan seekor naga.- Zaifuzaman Ahmad 2...