Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Projek Thriller : Vape
  • Language: en

Projek Thriller : Vape

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Definisi Rokok elektronik atau vape terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut serta e-liquid. Kemunculan semula vape menimbulkan satu fenomena baru dalam industri rokok. Wujud tanda tanya dalam kalangan masyarakat akan keselamatan, kesihatan seterusnya menyebabkan gejala sosial berleluasa tanpa sekatan. Namun begitu, kesahihan mengenai kesan vape ini masih lagi menjadi persoalan sehingga wujud pelbagai spekulasi di dunia vape itu sendiri. 1 ) Nyamuk Seekor nyamuk ingin melawan seekor naga? Mampukah? Kata-kata itu terus berlegar dalam kotak fikirannya. Wirna menarik nafas panjang. Ya... tak mungkin seekor nyamuk mampu melawan seekor naga.- Zaifuzaman Ahmad 2...

PROJEK THRILLER - BAYI
  • Language: ms

PROJEK THRILLER - BAYI

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: Buku Prima

PRODIGI – Fitri Hussin Selepas lebih sepuluh tahun menunggu, akhirnya pasangan Yakub dan Zarina dikurniakan juga seorang anak oleh ALLAH SWT. Tetapi tidak lama selepas dilahirkan, Sofea, bayi mereka diculik dan diburu oleh dua pihak. Siapakah sebenarnya bayi yang ditunggu dan dicari Agensi Palang sejak tahun 1824 itu? Siapa pula Iqbal? Apakah yang berlaku kepada Sofea? “Terlalu penting. Lahirnya akan membawa bencana kepada kita. Dia akan membongkar segala penipuan kita. Menggegarkan dunia dan mungkin menjatuhkan kita." Stamford Raffles. Bayi Karnivor – Syaida Ilmuna "Modus operandinya sama. Wanita, berseorangan dan muda. Ditikam pada bahagian leher. Cuma kali ini, janinnya dikeluarkan. Seperti ada orang lain yang melakukan cara pembunuhan yang sama dalam lingkungan tempat yang lebih kurang dekat dengan pembunuhan pertama.” Novel untuk Atikah – Resmanshah “Betul kata ayah kamu. Kejap lagi, semuanya akan berakhir!” laung gadis itu ketawa semahu-mahunya. Lalu diangkat kapaknya. Lantas dilibas sekuat tenaga!

Akulah Si Jelita
  • Language: ms
  • Pages: 521

Akulah Si Jelita

  • Type: Book
  • -
  • Published: 101-01-01
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Kesat air matamu, Jelita! Orang yang sepatutnya menangis, Asfahan. Dia harus menjilat setiap dosa yang dia tinggalkan buatku. Luka ini terlalu lama. Kini, masa untuk melunaskan dendam. Bukan lagi meratap tangis. – Jelita Aku ingin merasainya. Aku amat merinduinya. Biarpun hatiku telah digilis berkali-kali, aku tetap menyimpanmu jauh di sudut hati. Aku teringin menjadi yang dicintai dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Berikan aku sedikit cinta… - Lara Adakah ini balasan yang adil buat aku? Ya ALLAH… sungguh aku manusia berdosa. Bila cinta itu masih boleh dipupuk, aku sia-siakan. Bila cinta itu jadi dambaan, aku ditolak seperti sampah yang kian membusuk! Maafkan aku kerana tidak mampu berhenti daripada terus mencintai kau! – Asfahan

Puaka Kerusi Antik - Zaifuzaman Ahmad
  • Language: ms

Puaka Kerusi Antik - Zaifuzaman Ahmad

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2022-07-20
  • -
  • Publisher: Karangkraf

Kehidupan Norliesa mula tidak tentu arah setelah kematian ketiga-tiga anaknya. Bagi Norliesa, kehilangan ketiga-tiga zuriatnya itu berpunca daripada anak bongsunya, Nurul Shafiqah. Shafiqah disisihkan oleh ibunya sendiri. Keadaan itu membuatkan Lutfi selaku suami Norliesa dan ayah kepada Shafiqah hidup dalam dilema. Pada waktu yang sama, Shafiqah yang sedang menuntut di sebuah kolej mula berhadapan kejadian misteri. Seorang demi seorang rakan serumahnya hilang tanpa jejak. Hidup Shafiqah mula tidak tenteram dan sering diganggu kejadian aneh sepanjang menyewa di rumah batu berhampiran kawasan kolejnya itu. Jiwa Lutfi terus diasak rasa serba salah apabila Romeor, rakan lamanya meminta pertolon...

PROJEK SERAM - KOLEJ
  • Language: ms

PROJEK SERAM - KOLEJ

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: Buku Prima

SUMPAHAN FAZRIN FAUZI Satu sumpahan telah termeterai berpunca daripada keegoan manusia yang mengakibatkan pembinaan Kolej Teknologi Naka tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Zamani merupakan penyelia tapak yang terpaksa mengambil alih tugas di kawasan pembinaan kolej itu yang hampir enam bulan terbengkalai. Namun, segalanya bertukar ngeri sebaik sahaja Zamani bertemu dengan roh yang ingin membalas dendam. Satu per satu rahsia dibongkar Zamani hingga membuatkan satu nyawa terancam. Mampukah anak muda itu mematikan sumpahan itu? Adakah pembinaan kolej itu siap dibina? Kerana ego seorang manusia, nyawa seseorang menjadi mangsa! TIGA ZYRA SAFIYA Apabila Tis mengikut kekasihnya yang mahu berseronok ...

Aku Bercerita
  • Language: ms
  • Pages: 617

Aku Bercerita

  • Type: Book
  • -
  • Published: 101-01-01
  • -
  • Publisher: Alaf 21

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu. Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya? RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

Personal Justice
  • Language: en
  • Pages: 570

Personal Justice

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2008
  • -
  • Publisher: Alaf 21

When Hilman met his daughter Jeslina in New York, after years of separation, they were both happy beyond compare. However, their happiness were short-lived when they were involved in road accident. Jeslina went into coma while Hilman was accused of drunk driving. In that chaotic situation, Mia Sara, an officer from Malaysian Embassy in Washington D.C, appeared. With her help, Hilman was advised to appear in court. But, when Hilman found out about a conspiracy to hide the real cause of accident, he decided to seek justice on his own.