Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

MANUSIA
  • Language: ms
  • Pages: 384

MANUSIA

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2019-01-25
  • -
  • Publisher: Buku Fixi

MANUSIA mempertemukan Sheila dengan Salma, seorang wanita pintar dan tabah. Bersama Salma, dia mula merungkai krisis keyakinan dirinya serta mula mempelajari apa maksudnya menjadi manusia dalam erti kata sebenar. MANUSIA juga merupakan catatan perjalanan luar jasad seorang penulis selepas meneliti sebuah manuskrip lama yang ditemukan secara tidak sengaja. Sebuah perjalanan yang bakal mengajar beliau bahawa pengakhiran sebuah perjalanan itu tidak sepenting makna yang bakal ditemukan sepanjang melaluinya. (Buku Fixi)

LAKNAT
  • Language: ms
  • Pages: 225

LAKNAT

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015-08-22
  • -
  • Publisher: Buku Fixi

Amar menjadi mangsa liwat abangnya sendiri Ikhwan, walaupun Ikhwan dibesarkan dengan didikan agama. Amar percaya tuhan itu ada, cuma memilih untuk bermusuh dengannya, sebab bagi Amar, tuhan tak pernah ada saat dia meronta. Sifat bencikan tuhan bercambah bila dia melanjutkan pelajaran, lebih-lebih lagi sejak dia bertemu dengan Professor William Hawking. Atheism dibaja subur dengan sains, semahunya. Ironinya Amar ditempatkan sebilik dengan Hakim, seorang yang berlatar belakangkan agama. Amar dan Hakim punya dua persamaan, mereka berfikiran terbuka dan mempersoal isu ketuhanan. Walaupun begitu, Amar mempersoal tuhan untuk bermusuh denganNYa, tetapi Hakim bersoal jawab untuk menambah keimanan kepadaNya. Saat Amar sudah mula ingin berbaik dengan tuhan, konflik berlaku. Semua orang punya pahala, punya dosa, dan punya rahsia! (Buku Fixi)

Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
  • Language: ms
  • Pages: 516

Mawaddah Ilmi Ingin Pulang

Dia diam apabila marah. Dia diam apabila sedih. Dia diam apabila kecewa. Mawaddah Ilmi tidak tahu apa masalah dirinya. Namun, dia sentiasa pasti yang dia tak berhak disayangi, apatah lagi layak ke syurga. “Aku tak pernah buat apa-apa dengan betul. Aku menyusahkan orang lain sejak dulu. Semuanya salah aku sebab aku tak cukup baik." Pendirian Mawaddah berubah sejak Iffat Rusyaidi melihat dia dimalukan semasa suatu temu duga. Dia sentiasa mengelak daripada Iffat, sehinggalah dia menyedari Iffat sebenarnya mengetahui kisah silamnya yang selama ini dilindungi. Sehelai nota dari masa lalu membuatkan Mawaddah tersedar bahawa ada sesuatu dalam dirinya yang harus diselamatkan – jika dia berani memaafkan dan mencintai dirinya sendiri.

Resistance Sudah Berbunga
  • Language: ms
  • Pages: 212

Resistance Sudah Berbunga

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2024-03-04
  • -
  • Publisher: Tochka Press

Buku ini merupakan sintesis antara sejarah dan juga peristiwa kontemporari perihal Palestin. Dengan mengambil penulisan Prof. Nur Masalha sebagai rujukan utama, buku ini akan cuba menggali dan menjejaki sejarah Palestin sejak 4,000 tahun yang lampau. Sejarah ini penting sebagai asas dan akar untuk memahami perjuangan resistance bangsa Palestin sejak sekian lama. Dari akar yang dalam dan panjang ini, buku ini kemudian menyingkap kedatangan penjajah zionis ke tanah Palestin. Dari titik ini, buku ini akan menelusuri bagaimana penjajahan ini telah melahirkan pelbagai bentuk resistance yang berjuang bagi memerdekakan Palestin dari penjajahan. Puncak kepada resistance ini adalah dengan tercetusnya...

Senyum Yang Tersembunyi
  • Language: ms
  • Pages: 308

Senyum Yang Tersembunyi

“Kalau kau asyik fikir nak bahagiakan orang lain, siapa akan bahagiakan kau?” *** Sejak kecil, Adlina merasakan bahawa dia hanyalah pilihan kedua semua orang — termasuklah ibunya sendiri. Adlina sanggup berkorban apa saja agar suatu hari, ibu bangga dengan kewujudannya. Dunia Adlina runtuh apabila impian yang sudah lama disimpan, dibangkang ibunya. Lebih hancur tatkala dia cuba dijodohkan dengan seseorang yang dia benci. Adlina terus memendam rasa dan menjauhkan diri. Sehinggalah suatu hari, seorang jejaka bernama Raymond, muncul semula dalam hidup Adlina dan cuba mendekatinya. Namun, Adlina mengelak! Pada Adlina, andai ibu sendiri tak pernah menerima dirinya, apatah lagi orang baik seperti Raymond. “Are you even listening to yourself, Adlina?” “I finally found you again, but you told me to go away?” Adlina lelah memuaskan hati orang yang tidak pernah menghargainya; dalam masa yang sama, dia melukai diri sendiri dan orang sekeliling. Tersentak dalam dilema — mampukah Adlina memilih kebahagiaan diri?

Masharakat Chantek
  • Language: ms
  • Pages: 17

Masharakat Chantek

Masharakat Chantek: Enigma Penyisihan OKU membicarakan perihal kehidupan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) dengan mengumpulkan sekelumit kecil beban penyisihan sosial yang sentiasa dilalui sepanjang perjalanan kehidupan. OKU sudah lama dijadikan objek inspirasi (inspirational porn) ketika mereka bertarung sendirian dengan ‘tangan’ dan ‘kaki’ terikat untuk meneruskan kelangsungan hidup. Naskhah ini membawakan persoalan demi persoalan, daripada sang penulis yang juga merupakan seorang OKU. Mengapakah OKU dicitrakan dalam perihal ‘tidak cantik’? Adakah kekurangupayaan telah menghilangkan sifat cantik seorang manusia? Sudahkah yang ‘cantik’ dapat menghindari segala kekurangan? Se...

IMAGIKATA: Pantomim (Snackbook)
  • Language: ms
  • Pages: 13

IMAGIKATA: Pantomim (Snackbook)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2017-02-16
  • -
  • Publisher: Penerbit-X

Sepertinya, O sepertinya semua ini hanya mimpi. Tadi seniman bermain seruling, di pesisir kita bertepuk harmoni. Sepertinya O sepertinya ini hanya mimpi. Bilakah akan dibangkit kembali? Atau pada siapa aku harus bertanya, bila mata tertutup hati terkatup, bila hati terkatup semua jadi mati, bila semua jadi mati aku jadi hidup. Kita! Kita! Kita di mana? Di zaman banjir Nuh, atau akhir zaman Isa? Aduh hilang, kita di mana? Tidak tahu ekor atau kepala! [PTS, Penerbit-X, snackbook, Esingle, e-single, antologi, Cerpen, X-traordinari, Ebook, Malaysia]

Imagikata
  • Language: ms
  • Pages: 219

Imagikata

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2016-02-16
  • -
  • Publisher: Penerbit-X

Sebuah antologi cerpen X-traordinari

Catalogue of Arabic Printed Books in the British Museum
  • Language: en
  • Pages: 588
Dewan sastera
  • Language: ms
  • Pages: 670

Dewan sastera

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2018-07
  • -
  • Publisher: Unknown

None