Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Aku terima nikahnya
  • Language: ms

Aku terima nikahnya

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2023
  • -
  • Publisher: Unknown

"Hasrizal Abdul Jamil membawa kita berfikir tentang kehidupan selepas lafaz Aku Terima Nikahnya, sebagai bekalan memulakan kehidupan berumah tangga dan berkeluarga, atau bagi menyemak kembali stratergi kita selepas hari demi hari suami isteri bersua."--Publisher's website.

Reviving The Spirit of Ramadan
  • Language: en
  • Pages: 151

Reviving The Spirit of Ramadan

This book invites readers to reflect upon their understanding of and practices in the month of Ramadan. Ramadan is not just about do's and don'ts, but rather a holistic package to transform us into better human beings working towards perfection. It is a noble journey to attain TAQWA, to establish values of PROACTIVENESS and SELF-CONTROL in order to live a meaningful life for the next eleven months. The content of this book is organised in a way that is easy to digest throughout your 30 days of Ramadan, simple to explain to and share with your family members and peers.

Erti Beragama Yang Hilang
  • Language: ms
  • Pages: 315

Erti Beragama Yang Hilang

Jika beragama itu baik, mengapa ada orang beragama yang berperangai sebaliknya? Ada yang melazimi ibadah, tetapi suka menzalimi dan menindas orang lain. Ada yang rajin membaca al-Quran, tetapi menerima rasuah dan saling bermusuh apabila tidak sefahaman. *** Tidak dapat dinafikan, kehidupan dan tingkah laku seseorang banyak didorong oleh kefahamannya terhadap agama. Jika benar kefahaman tersebut, maka akan benarlah juga kehidupan dan tingkah lakunya. Andai kita memperbaiki cara kita memahami agama, kita ibarat memperelok kehidupan kita secara seluruhnya. Melalui buku Erti Beragama yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil menjelaskan sudut-sudut agama yang sering dilupakan dan disalahfahami. Antaranya perkaitan akidah dan ibadah dengan kehidupan, acuan akhlak, juga isu perhubungan sesama manusia, agar kita dapat melalui kehidupan di dunia dengan baik sekali gus mencepai kenikmatan hidup di akhirat kelak.

Tak Kenal Maka Tak Cinta
  • Language: ms
  • Pages: 66

Tak Kenal Maka Tak Cinta

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015-04-07
  • -
  • Publisher: Komik-M

"Syabas buat Ustaz Hasrizal kerana berjaya menghasilkan WOW! dengan hasil karya yang begitu menakjubkan ini. Di kala ummah dahagakan pendekatan dakwah yang lebih inklusif dan kreatif, Ustaz Hasrizal muncul mengisi ruang ini. Buat peminat saifulislam.com, ini adalah TOP-UP dan BONUS buat anda. Saya menjangkakan lima tahun dari sekarang, karya kreatif sebegini akan menjadi ikutan para pendakwah di Malaysia. Jika anda masih berfikir-fikir sama ada untuk memilikinya atau tidak, usah tunggu lama-lama, saya cadang anda PUTUSkan segera untuk memilikinya. Ia SANTAI dan BOLEH PAKAI!" - AMIN IDRIS, Pengacara TVAlhijrah, Perunding Latihan & Penulis | www.aminidris.com.my "Sebuah karya yang amat santai ...

Setia Dengan Kebenaran
  • Language: ms
  • Pages: 365

Setia Dengan Kebenaran

Kebenaran tidak pernah menjadi milik sesiapa melainkan arah hidup yang dituju dengan sebuah keikhlasan, di dalam ramai atau berseorangan. Buku Setia Dengan Kebenaran adalah kumpulan artikel bernada travelog santai tetapi berintipatikan persoalan dan isu yang serius lagi rumit. Penulis merungkai, mengkritik, memberikan pandangan berkaitan isu semasa, budaya, kebekuan mentaliti masyarakat, sambil menawarkan fikir ke arah solusi dan sudut pandang yang lebih sejahtera. Pelbagai persoalan yang dikemukakan telah dicungkil daripada perjalanan penulis sepanjang hidupnya. Dengan judulnya "Setia Dengan Kebenaran", penulis mengajak kesemua pembaca kekal setia dengan kebenaran sebagai kompas hidup, meski pun berada dalam kelompok minoriti dan terasing.

Diari Abah
  • Language: ms
  • Pages: 305

Diari Abah

Lebih banyak seorang abah membabitkan diri di dalam keluarga, lebih positif perkembangan diri anak-anak. Ketika al-Sunnah banyak menekankan kemuliaan emak, al-Quran pula mendahulukan pelajaran buat abah dengan menyenaraikan sekumpulan bapa untuk hadir memberi teladan praktikal. Ia memberi panduan bagaimana sebuah institusi keluarga memerlukan abah berperanan sebagai tunggak demi melunaskan amanah Allah yang terpikul di atas bahunya. Para rasul seperti Ibrahim, Yaaqub dan Syuaib, hadir bersama iktibar yang rabbani, seiring dengan Luqman sebagai watak abah yang khusus, dalam merangka nasihat penuh hikmah untuk anaknya. Naskhah DIARI ABAH ini adalah catatan seorang insan fakir yang cuba melakukan muhasabah ke atas kebapaannya merentas usia rumahtangga, keluarga dan anak-anak menuju dewasa.

Transformasi Ramadan 2.0
  • Language: ms
  • Pages: 238

Transformasi Ramadan 2.0

Transformasi Ramadan pernah diterbitkan sedekad yang lalu sebagai naskhah kecil untuk meneman pembaca membuat persiapan diri menjelang Ramadan. Naskhah berkenaan juga telah diterbitkan semula di dalam versi terjemahan bahasa Inggeris dengan tajuk Reviving the Spirit of Ramadan: Beyond Do’s and Don’ts. Transformasi Ramadan 2.0 adalah naskhah kelangsungan versi sebelumnya, lahir di dalam suasana seluruh dunia sedang gementar berdepan dengan pandemik virus hari ini. Situasi semasa memaksa kita untuk lebih merenung, apakah sebenarnya nilai dan keutamaan di dalam seluruh kehidupan, termasuk Ramadan dan amalan-amalan yang hadir bersama dengannya. Ramadan untuk transformasi diri harus pergi lebih jauh daripada persoalan APA dan BAGAIMANA. Bulan yang disediakan oleh Allah ini, perlu diterokai seputar persoalan MENGAPA, kerana di dalamnya terkandung HIKMAH dan JAMBATAN ZAMAN

Bercinta sampai ke syurga
  • Language: ms

Bercinta sampai ke syurga

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2009
  • -
  • Publisher: Unknown

Satu lagi karya Hasrizal Abdul Jamil yang cukup dikenali di blognya saifulislam.com sebagai Abu Saif. Aku Terima Nikahnya 2 - Bercinta sampai ke syurga ialah kesinambungan kepada buku pertamanya AKU TERIMA NIKAHNYA yang menjadi motivasi terlaris dan diulang cetak beberapa kali.

Seni Berfikir Yang Hilang
  • Language: ms
  • Pages: 252

Seni Berfikir Yang Hilang

Kalaulah boleh diabaikan saja isu-isu yang menyerabutkan kita pada hari ini, pasti hidup akan jadi lebih mudah. Malang sekali, ia mustahil! Isu-isu ini akan tetap wujud dan berlegar di sekeliling kita. Tanpa prinsip yang jelas, kita akan mudah dipengaruhi oleh pandangan orang lain. Mungkin telah sampai masa untuk kita berpatah balik selangkah ke belakang dalam melihat semua isu ini. Mengapakah ia mencetuskan pelbagai konflik? Melalui buku Seni Berfikir Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengupas enam cabang ilmu yang seharusnya kita kuasai. Ilmu yang membentuk cara fikir kita, sekali gus membantu kita menghadapi isu-isu sekitar kehidupan dengan lebih matang.

Pedagogi Ramadan
  • Language: ms
  • Pages: 215

Pedagogi Ramadan

Selepas naskhah Transformasi Ramadan ditulis lebih sedekad yang lalu, saya usahakan naskhah Pedagogi Ramadan ini untuk meninjau Ramadan dari kaca mata pendidik dan pendidikan. Pedagogi merujuk kepada urusan bagaimana sesuatu itu diajar dan dipelajari. Ia urusan ‘bagaimana’, dan keluar daripada urusan ‘apa’ yang lazimnya menjadi tumpuan semasa kita belajar agama. Buku ini mencakupi topik berikut: PEDAGOGI ASASI RAMADAN Elemen Kemanusiaan yang Hilang Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik Ibadah Kita Strategi Memperkenalkan Puasa kepada Anak ADHD: Strategi Ramadan Individu Dewasa dan Kanak-kanak Mekanisme Wija' untuk Mengawal Nafsu Takwa dan Persoalan Kendali Diri Bagaimana Takwa Menyelamat...