You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Kaedah lelaran sesuai digunakan untuk mendapatkan penyelesaian atau nilai hampiran bagi suatu sistem persamaan linear yang dijana menerusi pelaksanaan proses pendiskretan dan/atau pembinaan penyuaian model matematik terbaik. Justeru, perbincangan tentang pengaplikasian kaedah lelaran dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan saintifik yang diketengahkan dalam buku ini diharapkan dapat membantu memperkukuh kefahaman pembaca. Atas kelebihan ciri-ciri yang ada pada famili kaedah lelaran, buku ini sesuai sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah, pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari kaedah lelaran sebagai penyelesaian kepada permasalahan sistem linear.