You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Although there are various studies on theories and analytical techniques to address consumer behavior change in the current world, tracking consumer behavior change in the metaverse and the adoption of the metaverse remains a challenge that requires discussion. The advent of the metaverse will have a profound influence on consumer behavior, from how people make decisions and create brand connections to how they feel about their avatar embodiment and their purchases in the metaverse. The Handbook of Research on Consumer Behavioral Analytics in Metaverse and the Adoption of a Virtual World investigates the social, behavioral, and psychological factors that influence metaverse adoption. The focus then shifts to concepts, theories, and analytical approaches for detecting changes in consumer behavior in the metaverse. Covering topics such as e-commerce markets, user experience, and immersive technologies, this major reference work is an excellent resource for business executives, entrepreneurs, data analysts, marketers, advertisers, government officials, social media professionals, librarians, students and educators of higher education, researchers, and academicians.
Politik kenegaraan Melayu memerikan kepandaian ilmu pentadbiran negara yang asli lahir dalam sejarah institusi kesultanan Melayu, suatu bentuk ilmu pengetahuan tentang cara mentadbir dan melaksanakan pemerintahan negara yang berpaksikan prinsip kedaulatan dan ketuanan Melayu. Dalam sistem tradisi ini, raja selaku ketua negara, agama dan adat istiadat menjadi pusat kekuasaan dengan dibantu oleh sekumpulan pembesar yang menjalankan pelbagai tugas pentadbiran kerajaan yang berhubungan terus dengan rakyat jelata. Teras kepada politik kenegaraan Melayu ialah raja yang bertakhta dan memiliki kuasa melaksanakan pemerintahan negara. Takhta dan kuasa menjadi inti pati atau nukleus kepada politik kene...
Hubungan Aceh dan Malaysia sudah terjalin lama seperti yang tercatat dalam dokumen sastera, budaya dan bahasa. Pada hari ini, hubungan itu semakin akrab, khususnya dengan Pulau Pinang kerana kedekatan kedua-duanya dari segi geografi. Makalah-makalah dalam buku ini melanjutkan hubungan itu dengan persekitaran yang baharu dari segi sastera, budaya dan media. Kedua-kedua buah wilayah ini mempunyai hubungan budaya, agama dan politik yang hampir sama. Buku ini dihasilkan ekoran hubungan yang sudah terjalin antara Fakultas Adab dan Humaniora, Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Banda Aceh dengan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Melalui jalinan ini berlaku perkongsian ilmu antara kedua-dua belah pihak dan kegiatan ilmu ini memperkasakan hubungan yang telah lama berlaku dan berkembang terus. Beberapa sisi sastera, budaya dan media seperti pantun, bahasa dan alam diteliti oleh para pensyarah dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia dan Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Banda Aceh, Indonesia.
On application of traditional ecological knowledge and ethnoscience in Malaysia.
Buku Sastera dalam Budaya dan Media merupakan sebuah kompilasi esei yang dihasilkan oleh para pensyarah serta pelajar ijazah tinggi dalam bidang kesusasteraan. Kepelbagaian bidang dan kajian kesusasteraan yang dijelmakan dalam penulisan ini sebenarnya diikat kukuh dalam suatu tema, iaitu perkaitan antara sastera dan budaya serta sastera dan media. Kajian kesusasteraan sememangnya tidak pernah terkurung dalam dunianya semata-mata. Ia tidak sekadar cerita, tetapi sebenarnya mengungkapkan pelbagai persoalan yang berkaitan dengan budaya silam dan juga budaya semasa masyarakat. Isu-isu berkaitan manusia, masyarakat, tradisi, warisan dan sebagainya memang menjadi bahan dalam pengisahan karya saste...
Buku ini mengandungi 12 buah esei yang membincangkan kearifan tempatan orang Melayu di rantau ini. Setiap esei memperlihatkan tiap suatu peristiwa bermula dengan pertuturan lisan yang selanjutnya berkembang menjadi tradisi lisan, dan akhirnya peristiwa-peristiwa itu disuratkan atau diterbitkan dalam bentuk media elektronik, termasuklah juga untuk dijadikan buku ini.Membaca buku ini akan menyebabkan khalayak pembaca dibawa mengembara ke akar sastera rakyat Melayu dengan cerita hantu dan perinya, cerita-cerita lisan yang dituturkan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya, kepandaian Melayu dalam seni kraftangan dan seni bela diri, dan akhirnya ketangkasan akal Melayu dalam memperliha...
During the half century following Malaysian independence in 1957, the country’s National Museum underwent a transformation that involved a shift from serving as a repository for displays of mounted butterflies and stuffed animals and accounts of the colonial experience to an overarching national narrative focused on culture and history. These topics are sensitive and highly disputed in Malaysia, and many of the country’s museums contest the narrative that underlies displays in the National Museum, offering alternative treatments of subjects such as Malaysia's pre-Islamic past, the history and heritage of the Melaka sultanate, memories of the Japanese Occupation, national cultural policy,...
Penyelesaian Konflik dalam Kesusasteraan Melayu Apabila tercetusnya konflik, pasti kita akan cuba mencari jalan penyelesaian dengan hasrat terlerainya konflik lalu terserlah suasana yang damai, harmoni dan sejahtera. Konflik wujud dalam pelbagai situasi pada masa lalu, kini mahupun masa hadapan yang melibatkan sesama individu atau kumpulan. Keputusan daripada penyelesaian yang diperoleh antaranya ialah menang-menang, kalah-menang, menyerah diri, mengundur diri, mengaku kalah atau gencatan senjata. Hakikatnya bentuk-bentuk konflik dan cara menyelesaikannya tidak hanya didapati dalam ilmu bidang sejarah, politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan, sebaliknya bidang kesusasteraan turut menawa...
Arena Wati yang dilahirkan di Makassar, Indonesia merupakan sasterawan negara yang pernah menjadi pelayar dan pedagang maritim sebelum menjadi pengarang. Rahsia pelayar dengan ilmu pelayaran yang alamiah dan falsafah pelayar Makassar telah diceritakan secara kreatif oleh Arena Wati dalam memoir, novel dan cerpennya. Dengan kapal tradisional, ombak, awan, beburung, bulan, bintang, angin dan arus membentuk ilmu pelayaran tempatan dan menjadi pedoman menguasai laut. Ilmu pelayaran alamiah ini telah telah diuji ketepatannya dengan teknologi digital menerusi aplikasi mobil. Pelayar dan pedagang maritim merupakan dua tuntutan yang berbeza tetapi terjalin menjadi satu dalam diri Arena Wati. Ruang A...
Buku ini menawarkan 11 makalah tentang sastera rakyat yang menampilkan kearifan akal budi masyarakat peribumi Nusantara. Makalah-makalah di dalam buku ini disusun bermula daripada cerita jenaka menjangkau kepada cerita dongeng, syair, gurindam, isun-isun, peribahasa dan juga pantun. Setiap makalah ternyata mempunyai keunikan tersendiri dalam membentangkan kehalusan dan ketangkasan akal budi Melayu pada suatu masa dahulu untuk dinikmati dan diketahui oleh generasi masa kini dan akan datang.