You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Hospital adalah sebuah gelanggang yang aneh. Ia menyaksikan kehidupan bermula dengan sangat mempersona. Sering juga merakam kematian – dalam rupa yang pedih dan menggamamkan. Semestinya sebagai petugas yang bertelingkah di dalam gelanggang aneh ini – terlalu banyak warna yang terpalit pada tubuh pengalaman. Sedih, sunyi, terasing, tersepit, simpati, inspirasi, debar, curiga. Ia cuma sebahagian kecil adjektif yang mencomotkan uniform kerja yang penuh cemar. 26 Kes daripada 26 Penulis. Tidak mudah melunturkan semua warna pengalaman yang pekat dan rencam ini. Ia warna kehidupan. Ia warna pergulatan. Ia juga warna kematian. Tidak ada hitam atau putih. Naskhah ini adalah sebahagian daripada warna yang paling membekas, ingatan paling sukar dilupakan sebagai petugas kesihatan.
In an era of escalating cost of healthcare, consumers’ access to low-cost generic medicines is essential to reduce healthcare expenditure. However, studies have shown that the uptake of generic medicines among Malaysian consumers remains low although the use of generics is widely encouraged by both government and non-governmental agencies. One of the major reasons for the low uptake of generic medicines among consumers in this country is the unavailability of good educational materials.
Vaksin oh vaksin. Nak vaksin atau tak?
Dalam era kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat, adalah penting pengguna mendapatkan ubat-ubatan dengan kos berpatutan demi mengurangkan perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan. Walau bagaimanapun, banyak kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan ubat-ubatan generik dalam kalangan pengguna Malaysia masih rendah walaupun penggunaan ubat generik sangat digalakkan oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan. Salah satu sebab kadar penggunaan ubat generik yang rendah ialah ketiadaan bahan bacaan yang berguna untuk dijadikan rujukan. Oleh sebab itu, buku kecil “Apakah Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Generik” ini diterbitkan agar dapat mewujudkan kesedaran terhadap masyarakat umum atas kehadiran ubat-ubatan generik dan mengetengahkan isu-isu berkaitan dengannya. Maka diharapkan agar buku kecil ini boleh diguna pakai sebagai sumber informasi kepada masyarakat umum serta boleh menambahkan lagi pengetahuan dan kefahaman berkaitan ubat-ubatan generik.
Hospital adalah sebuah gelanggang yang sukar diduga. Pelbagai kerenah, ragam, juga warna manusia saling bergelumang dan mencelorengkan. Bergelar petugas kesihatan umpama melihat ke dalam cermin kehidupan. Menjadi pemerhati yang tajam, juga sesekali terheret sama ke kancah yang menikam. 25 kes daripada 25 penulis ini merakam pengalaman itu. Sejumlah pertembungan yang kemas pada ingatan seperti retak sekeping cermin. Sentiasa ada setiap kali mereka merenung ke dalamnya. Ironi. Konflik. Motivasi. Inspirasi. Debar. Panik. Hiba. Tawa. Iktibar. Dera. Semua adjektif dan superlatif yang menitis dan mencomotkan lantai hospital. Ini adalah kehidupan (juga kematian) yang perlu ditangani para penulisnya. That one case - yang tak terlupakan.
Kot Putih. Terlalu sinonim dengan kerjaya doktor. Bahkan menjadi simbol, identiti yang sakral dan sebati kuat. Sebelum menjadi doktor, saya selalu berangan. Uh! Memakai kot putih dengan dilepaskan butang depan, bertali leher, dan berjalan melawan angin sambil tangan menyeluk poket. Kot putih saya berkibaran di belakang, cool, macam hero dalam filem (sesekali tangan menyisirkan rambut yang beralun ditiup angin). Putih adalah suci, jernih. Sifat-sifat elegan dan tulus. Tentu cocok mewakili kerjaya yang penuh dengan slogan, misi, dan visi seperti doktor ini. Hakikatnya. Kehidupan seorang doktor adalah kehidupan seorang manusia. Tidak semata-mata putih. Tetapi rencam warna. Kadang gelap. Kadang terang. Kadang jenaka. Kadang sengsara. Di sebalik kot putih (yang nampak bergaya itu), seorang doktor hanyalah manusia. Saling tak tumpah seperti pesakit di hadapannya. Dan naskhah ini adalah rakaman manusia itu, cerita berbeza, bukan dari sisi heroik seorang doktor. Doktor Tanpa Kot Putih. (Uh, dan betapa panasnya pakai kot putih tu di negara Khatulistiwa ini. Habis kot putih jadi kelabu berdaki).
The health care system in Malaysia has undergone a fundamental transformation over the last two decades. This book examines this transformation and explores the pressing issues it faces today. It includes coverage of: the evolution of the system since independence, from the colonial legacy of national provision bequeathed from the British to the impact of the global ideological shift against statism in the 1980s considers the responses of the Malaysian state and government policy issues such as equity of provision, women's access to health care, HIV-AIDS health care, care for the elderly. The book offers a detailed examination of the changing face of health care in Malaysia, and its impact on Malaysian citizens, users and society.
**Selected stories from 25 Kes & 26 Kes, translated into English** A hospital is a battleground. People with all sorts of wounds and scars – crawling with their pain, fear and hopes – struggle to survive this war. The internal battle of life that seems to never end. Being a healthcare worker in this battlefield means being allowed a special peek into each of these intricately wounded lives. We watched, we observed, we were allowed to hold their flags, and more often than not, the blood smeared onto our hands, and the paints of our patients forever mingled with that of ours. That One Case attempts to capture each of these stories, that has left lasting scars on the memories of our lives a...
Economic Evaluation of Pharmacy Services provides the latest on the trend to a more product-centered and service-centered practice, eschewing traditional economic evaluation techniques that focus on product-to-product comparisons in favor of evaluating processes that measure costs and health outcomes. Complete with examples focusing on best practices, including various study designs, types of pharmacy services, and types of outcomes being evaluated, the book emphasizes case studies and examples that help readers understand economic evaluation techniques. Many of these techniques are transferable across countries, especially where there are advanced and stable health systems in place. With the help of this practical guide, readers will gain a thorough understanding of the application of economic evaluation of pharmacy services. - Delivers a practical guide for conducting economic evaluations of hospital and community pharmacy services - Documents the literature around health economic evaluation and innovative pharmacy services - Guides the development of a standardized health economic evaluation tool to evaluate these services