You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini merupakan buku ilmiah yang menerangkan tentang ilmu ketamadunan, terutamanya tentang tamadun-tamadun di Asia termasuk budaya dan falsafahnya. Buku ini menumpukan kepada perkembangan Tamadun Islam serta interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Ia juga menonjolkan Tamadun Islam sebagai contoh utamanya. Buku ini menepati sukatan pelajaran pengajian Tamadun Islam dan Asia yang diwajibkan kepada para penuntut di Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US). Buku ini bertujuan untuk mempercambahkan perbincangan berkaitan ilmu ketamadunan di institusi pengajian tinggi dan membuka minda penuntut tentang pengajian dunia dan memahami aspek...
Buku ini merupakan himpunan sepuluh buah artikel yang membincangkan keupayaan agama dalam memacu pembinaan negara bangsa Malaysia. Penekanan diberikan kepada peranan agama Islam sebagai sebagai agama rasmi negara, tetapi dalam masa yang sama menonjolkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama etnik lain seperti Buddha dan Hindu, yang menganjurkan kehidupan harmoni berlandaskan agama. Turut dikupas ialah peranan dakwah dan fatwa, etika kerja, isu penggunaan kalimah Allah, senario penggunaan bahasa Melayu dalam kepelbagaian agama, peranan modal insan serta peranan hisbah dalam pendidikan dan pembinaan negara bangsa. Selain pelbagai gagasan tentang pengisian pembinaan negara bangsa, buku ini juga turut membincangkan implikasi Islamisasi terhadap hubungan antara etnik di Malaysia.
Buku Hubungan Etnik ini adalah hasil garapan idea dan pengalaman oleh tenaga akademik yang mengajar kursus ini di Universiti Utara Malaysia berdasarkan silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam buku ini adalah merangkumi dan mengambil kira senarai bab yang terdapat dalam silibus kursus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan sedikit penambahan selari dengan landskap politik semasa di negara kita. Buku ini akan menjadi rujukan utama dalam pengajaran dan pembelajaran kursus ini di UUM di samping buku-buku rujukan lain. Walaupun buku ini khusus untuk para siswa UUM, namun ia juga sesuai digunakan oleh para siswa yang lain sama ada dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta, pelatih perguruan, pelajar pra-universiti, sekolah menengah dan orang perseorangan yang berminat untuk mengetahui berkenaan hubungan etnik terutamanya dalam konteks masyarakat pelbagai kaum di negara kita ini.
Buku ini membincangkan wasatiyyah dari aspek definisi, konsep, gagasan, keperluan dan aplikasinya dalam kehidupan seharian khususnya dalam konteks masyarakat di Malaysia. Buku ini juga turut membincangkan konsep wasatiyyah dalam aspek teori dan perlaksanaannya dalam kehidupan manusia khususnya dalam konteks negara Malaysia pada masa kini. Penerbitan buku yang mengandungi himpunan 12 bab ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian satu mengandungi lima bab di bawah tema wasatiyyah sebagai satu gagasan. Pada bahagian dua di bawah tema perlaksanaan wasatiyyah dalam masyarakat mengandungi tujuh bab.
Usahawan ihsani merupakan pengusaha yang memiliki daya juang yang tinggi. Mereka bersedia untuk mengubah segala bentuk ancaman dan rintangan kepada peluang demi menjana keuntungan. Malah, di sebalik setiap halangan yang dihadapi, mereka mampu mencipta kejayaan baharu. Bagi mereka, di sebalik setiap cabaran ada peluang yang patut direbut. Daya saing mereka akan terus subur dengan meningkatnya pengalaman apabila setiap kali berhadapan dengan cabaran dan halangan. Mereka sentiasa bermuhasabah dalam setiap gerak kerja bagi memastikan tindakan yang diambil berjaya memenuhi tuntutan ibadah atau adat. Sejajar dengan ini, usahawan ihsani sentiasa bersiap siaga untuk terus bersaing dan memimpin perusahaan yang diceburi. Kesediaan untuk membuktikan yang terbaik menyebabkan mereka bersikap lebih terbuka, bersedia untuk merebut peluang serta lebih kreatif, inovatif dan proaktif. Mereka akan lebih peka, berwaspada dan teliti dalam memperkemas strategi untuk berhadapan dengan cabaran semasa. Mereka akan berpedomankan ajaran Islam dengan menjadikan para anbia sebagai model terbaik untuk diteladani dalam menjalankan perusahaan mereka.
Buku ini menjelaskan peranan agama Islam sebagai asas amalan dan mekanisme dalam pembangunan sosial di Malaysia. Terdapat pelbagai isu sosial dibincangkan seperti kelahiran anak tak sah taraf, perkahwinan bawah umur, isu nasab, kemiskinan dan sebagainya. Justeru, buku ini cuba menerangkan bahawa spiritualiti dan agama mampu menjadi mekanisma dalam merungkai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. 11 bab dalam buku ini dicerakinkan kepada dua bahagian utama. Bahagian A: Spritualiti dan Agama dalam Perkhidmatan Kemanusiaan mengandungi enam bab utama. Manakala Bahagian B: Keusahawan dan Zakat Pemangkin Kebajikan Ummah mempunyai lima bab. Kupasan dan penjelasan buku ini mengenai aspek spiritualiti dan agama dalam pembangunan sosial mampu menjadi pemangkin dalam kehidupan masyarakat pada hari ini.
The International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society 2017
Setiap hari kita menggunakan wang untuk jual beli produk ataupun membayar perkhidmatan. Namun bagaimana pengurusan tersebut dijalankan, itulah yang perlu dititikberatkan. Kewajipan kita dengan memastikan sumber rezeki, cara pengurusan dan ke mana ia disalurkan perlu menepati piawaian syariat Islam. Paling penting perbelanjaan kita mestilah bersih daripada riba, tidak terlalu boros atau kedekut, tiada penyelewengan dan menghormati hak orang lain. Kewangan Harian Kita Halal @ Haram membincangkan beberapa aspek muamalat Islam yang menjadi asas dalam pengurusan ekonomi kita. Sistem ekonomi Islam sangat istimewa. Ia diatur sendiri oleh ALLAH SWT yang sememangnya menjaga kebajikan, menolak kemudaratan dan tidak menyekat hak kita untuk memiliki harta. Tetapi, kita mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan syarak. Moga rezeki kita lebih halal, berkat dan hidup bahagia dalam redha-NYA.
Etika dan peradaban sangat mustahak untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam masyarakat. Tahap penghayatan kepada aspek ini tidak sama antara satu sama lain bergantung kepada perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi masyarakat tersebut. Perbincangan tentang Etika dan Peradaban harus diperluaskan supaya masyarakat benar-benar memahaminya dalam konteks kepelbagaian kaum khususnya dalam acuan Malaysia. Buku ini akan menyajikan perbahasan tentang susur galur etika yang sedang dipraktikkan sekarang ini sebenarnya sudah bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi pada asasnya. Buku ini amat sesuai kepada semua lapisan masyarakat yang mendiami negara Malaysia untuk lebih memaham...