You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Dalam sejarah perjalanan hidup Nabi s.a.w. dalam menyampaikan dakwah, walaupun terdapat pelbagai kesulitan, Baginda s.a.w. tetap ketawa dan tersenyum dalam banyak keadaan. Ini menandakan bahawa Baginda s.a.w. mempunyai naluri manusia yang fitrahnya ada sedih, marah, ketawa, menangis, dan sebagainya. Buku ini mengumpulkan peristiwa dalam hadith-hadith Nabi s.a.w. yang membuatkan Baginda ketawa mahupun tersenyum perihal sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat Nabi s.a.w. Ini menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. adalah seorang yang periang dan adakalanya sehingga Baginda ketawa dan tersenyum bukanlah sekadar watak Nabi yang serius, sedih, ataupun marah sahaja. Di samping itu, dalam buku ini dijelaskan bahawa Baginda ketawa ataupun senyum dalam sesuatu keadaan sama ada membawa maksud Baginda mengiyakan ataupun membenarkan perkara yang berlaku. Ia menjadi sunnah taqririyyah (diakui oleh Nabi s.a.w. akan sesuatu hukum) ataupun sekadar menjadikan Nabi gembira sahaja tanpa ada apa-apa maksud. Juga, menjadi suri teladan kepada masyarakat dan pendakwah bahawa Nabi s.a.w. juga mampu ketawa dan tersenyum di samping sahabat dan orang yang didakwah.
Kisah ini bukan sekadar penyedap bicara. Jikalau benarnya tiada, maka dongeng nilainya lantas hilang hikmahnya. Jikalau kebetulan betulpun dianggap salah, apatah lagi yang tidak benar terutama berkaitan manusia. Buku ini wajib dibaca oleh pendakwah, motivator, penceramah, pendidik, ibubapa, mahupun sesiapa sahaja supaya dapat kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. (Ustaz Ahmad Husni bin Abdul Rahman)
‘Seindah Solat Rasulullah’ adalah naskhah yang ringkas dan mudah dalam memahami kaedah solat Rasulullah SAW. Ia dilengkapi dengan perbincangan ringkas tentang hadith-hadith berkaitan solat oleh para ulama daripada pelbagai mazhab. Juga menghuraikan secara ringkas tentang asas seorang muslim dan ibadah-ibadah lain yang berkaitan dengan solat.
Buku “40 Sirah Popular Yang Diragui Berkenaan Nabi & Sahabat” ini ditulis bagi membetulkan kefahaman masyarakat mengenai kisah-kisah popular yang selalu kita dengar. - Allah s.w.t. menciptakan dunia kerana Nabi s.a.w. - Saidina Umar r.a. membunuh anak perempuannya semasa zaman jahiliah - Abdul Rahman Bin ‘Auf merangkak masuk syurga disebabkan terlalu kaya - Ucapan “ummati , ummati” (umatku) ketika akhir hayat Baginda s.a.w. Kisah-kisah ini disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. dan juga sahabat. Kisah-kisah ini didatangkan dengan pelbagai versi bertujuan bagi mendatangkan pengajaran dan amalan kepada pendengar. Walhal, kisah-kisah ini, sebahagian besarnya bertaraf lemah, malahan ada yang sampai ke peringkat palsu. Taraf lemah atau palsu ini ditetapkan berdasarkan piawaian penilaian para ulama yang disebutkan di dalam buku ini. Mudah-mudahan, buku ini menjadi pencetus supaya kita mempelajari sirah yang sahih bersumberkan riwayat muktabar dan diperakui. Di samping menjadikan perbincangan ini, perbincangan yang ilmiah berkenaan riwayat-riwayat sirah yang ada perselisihan para ulama.
Menghuraikan bagaimana karakter dan perwatakan yang ada pada diri Rasulullah SAW mampu menjadikan Baginda seorang pemimpin yang disegani khususnya dalam hal ketenteraan.
Asas halal dan patuh syariah merupakan titik-tolak kepada rezeki yang diberkati dan diredai Allah s.w.t. Ia merupakan tanggungjawab seorang muslim untuk memeliharanya. Sama ada terlibat dalam perniagaan, pelaburan, bekerja sendiri, bekerja di peringkat swasta mahupun kerajaan maka perkara-perkara yang diletakkan syarak wajib dijaga. Buku 40 Hadith Dosa Muamalat dan Kewangan Islam yang Diremehkan Masyarakat ini ditulis bagi mengetengahkan isu dalam sistem kewangan yang tidak kurang diambil oleh sesetengah masyarakat. Antaranya: • Isu riba dalam sistem kewangan. • Isu Forex Trading. • Sistem pelaburan emas yang dihalalkan dan diharamkan oleh Islam. • Hukum berhutang. Perbahasan buku ini merujuk khas kepada kitab-kitab muktabar, fatwa-fatwa berautoriti dunia, Fatwa Kebangsaan, Fatwa Negeri-Negeri dan selainnya. Mudah-mudahan buku ini menjadi garis panduan kepada masyarakat supaya lebih mengambil berat perihal halal dan haram dalam muamalat Islam.
Pemergian ulama dan pemimpin Islam ini meninggalkan kesan yang mendalam. Kata-katanya menghidupkan jiwa-jiwa yang mati agar terus istiqamah dalam memperjuangkan agama Islam. Ikuti luahan hati isteri, anak-anak, saudara mara, sahabat handai dan beberapa tokoh terkenal mengenai Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pemergiannya sukar untuk dicari ganti. Namun, perjuangannya perlu diteruskan.
Buku Sirah 25 Rasul: Fakta vs Auta menyajikan kisah para rasul yang sahih dan menyebutkan beberapa kisah yang palsu berdasarkan kajian ulama-ulama hadith. Pengetahuan dan pendedahan ini amat penting agar kita tidak terpengaruh dengan kisah-kisah yang tidak ada asal usulnya dan boleh memberi fitnah kepada para utusan Allah yang mulia.
Buku ini menyajikan pelbagai hadis yang sering kali dikongsi serta berlegar dalam masyarakat kita. Perbincangan ini merangkumi status hadis, kritikan ke atas perawi yang meriwayatkannya, hujah dan dalil yang menyokong serta apa yang perlu dilakukan oleh kita selaku orang awam berkaitan hadis-hadis ini. Apabila kita memahami permasalahan ini dengan lebih jelas, maka kita akan berhati-hati untuk beramal atau menyebarkannya.
Dalam pembahasan mengenai isteri para Rasul, di sini diselitkan dua contoh wanita seperti Hajar dan Wailah. Hajar merupakan wanita agung yang menggadaikan kehidupannya demi anaknya untuk masa hadapan. Hajar isteri kepada Nabi Ibrahim misalnya, dia adalah wanita teladan dalam aspek akhlaknya yang baik dan budi yang mulia. Dia mendidik dan mengasuh anaknya, Nabi Ismail semenjak kecil hinggalah dewasa. Lalu akhirnya, Nabi Ismail menjadi seorang nabi yang mampu menanamkan rasa sabar yang begitu tinggi.