You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Buku Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Ketiga merupakan rangkuman 10 kertas kerja yang telah dibentangkan dalam Wacana Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Ketiga PBI pada 26 Oktober 2017 dan 30 November 2017. Buku ini mengandung 12 bab yang membincangkan kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa ketiga di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Kajian ini dijalankan berdasarkan pengalaman tenaga pengajar mengajar pelajar yang mengambil bahasa asing sebagai bahasa ketiga seperti yang ditawarkan di UMK. Buku ini menjadi platform bertulis untuk berkongsi pengalaman dan mengenal pasti masalah serta cara penyelesaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ketiga. Buku ini sesuai dijadikan panduan dan bahan rujukan kepada tenaga pengajar bahasa ketiga atau bahasa asing dan juga pelajar yang berminat untuk belajar bahasa asing.
Kemiskinan jiwa dan miskin harta golongan asnaf seperti dilihat berbeza. Tetapi, buku ini berjaya menyimpulkannya dalam membina solusi isu kemiskinan negara. Kemiskinan dalaman jiwa intipati sebenar kepada isu kemiskinan luaran dan harta. Sorotan agama tidak menolak definisi kemiskinan dan kekayaan berteraskan pemilikan harta. Dalam masa yang sama, agama juga menyedarkan hakikat jiwa miskin yang bergantung kepada manusia menjadi faktor ketidakcukupan material, pemikiran negatif, tertutup, jumud, perasaan terjajah dan tiada keyakinan terhadap Tuhan dan ketentuan-Nya. Justeru, strategi pembangunan akhlak bercirikan Islam perlu bagi melahirkan golongan miskin bermaruah dan kaya budiman. Buku ini mengetengahkan pendekatan dan strategi membina kekayaan jiwa dan sekali gus membantu asnaf keluar dari lingkaran kemiskinan.
A directory to the universities of the Commonwealth and the handbook of their association.
Buku ini merupakan satu penulisan yang menghimpunkan gagasan pemikiran serius penulis mengenai tema integrasi dan Islamisasi ilmu dalam tempoh satu dekad. Penulisan ini dibahagikan kepada empat komponen besar iaitu cabaran pendidikan masa kini dan solusi; aplikasi gagasan integrasi dan Islamisasi ilmu; implikasi gagasan integrasi dan Islamisasi ilmu terhadap pendidikan; dan hubungan gagasan tersebut dengan kaedah penyelidikan. Kesemua perbahasan adalah berkesinambungan, berkait rapat dengan kefahaman umat Islam terhadap makna ilmu dan implikasinya kepada kehidupan manusia moden. Agenda integrasi dan Islamisasi ilmu seharusnya dilihat secara berkesinambungan yang berpangkalkan ilmu pengetahuan dan bermuarakan ketakwaan serta kecantikan akhlak. Setiap individu muslim khususnya para ilmuwan bertanggungjawab untuk menyambut gagasan besar ini, memahami, melaksana, menghayati dan mengembangkannya mengikut kadar kemampuan diri masing-masing.
Modul ini dibangunkan dengn tujuan untuk mempersiapkan generasi baharu agar berupaya berfikir secara kritikal dan rasional dalam menanggapi pelbagai cabaran pemikiran yang berkait dengan isu dan ideologi semasa. Antara cabaran besar tersebut ialah mempertahan dan mengekalkan jatidiri dalam menghadapi gerakan ideologi relativisme pascamoden global yang menisbikan segala bentuk hakikat dan kebenaran dalam kehidupan. Berdasarkan latar tersebut, modul ini membincangkan mengenai epistemologi, metafizik, psikologi dan sosiologi, logik dan metodologi yang bersambungan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Secara keseluruhan, modul ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu kontekstualisasi falsafah, analisis falsafah dan aplikasi falsafah bagi mendepani isu dan ideologi semasa. Adalah diharapkan semoga modul ini dapat membimbing pelajar untuk memahami kursus Falsafah dan Isu Semasa dengan lebih baik dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
This book gathers the proceedings of the 7th International Conference and Exhibition on Sustainable Energy and Advanced Materials (ICE-SEAM), held on November 2021, a virtual conference organized in Melaka, Malaysia. It focuses on two relatively broad areas—advanced materials and sustainable energy—and a diverse range of subtopics: Advanced materials and related technologies: liquid crystals, semiconductors, superconductors, optics, lasers, sensors, mesoporous materials, nanomaterials, smart ferrous materials, amorphous materials, crystalline materials, biomaterials, metamaterials, composites, polymers, design, analysis, development, manufacturing, processing and testing for advanced materials. Sustainable energy and related technologies: energy management, storage, conservation, industrial energy efficiency, energy-efficient buildings, energy-efficient traffic systems, energy distribution, energy modeling, hybrid and integrated energy systems, fossil energy, nuclear energy, bioenergy, biogas, biomass geothermal power, non-fossil energies, wind energy, hydropower, solar photovoltaic, fuel cells, electrification, and electrical power systems and controls.
None
None