You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
KEBAHAGIAAN sesebuah rumah tangga itu tidak datang bergolek. Ciptalah melalui cinta yang sejati untuk merasai bagaimana manisnya keharmonian itu. Amalkan sikap saling memberi dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan kerana tiada satu makhluk pun yang diciptakan serba sempurna. Mohonlah kepada-NYA agar kehidupan kita sentiasa dipayungi dengan nikmat sakinah, mawaddah dan rahmah. Ceriakanlah diri agar tidak mudah melatah dengan mainan hidup di dunia yang fana ini. Andai sesekali diuji, anggaplah bahawa cabaran itu adalah untuk memantapkan lagi iman kita. Jadikanlah hati kita hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang berzikir dan akal yang berfikir. DOA & TIP KELUARGA BAHAGIA ini am...
Duhai anak… tidak akan ada dirimu di dunia ini tanpa ayah ibu. Walaupun pernah ditatang bagai minyak yang penuh, namun tidak semua kata-kata mereka diturutimu. Apabila mereka semakin berusia, balaslah jasa keduanya dengan memberikan sepenuh perhatian dan bantuan. Jagai hati mereka dengan ketulusan serta kesabaran. Adakah dirimu mahu dianggap anak derhaka walaupun hanya dengan ungkapan ‘ah’? Wahai ayah ibu… jagalah ‘amanah’ ini dengan sebaik-baiknya. Terapkan didikan duniawi dan ukhrawi agar mereka menjadi hamba yang bertakwa. Pasti pengorbananmu akan diganjari di dunia dan akhirat. Bimbinglah dengan keikhlasan bukan keterpaksaan. Moga pemergianmu nanti akan ditangisi, ketiadaanmu dirindui. Sesungguhnya doa anak yang soleh menjadi bekalanmu di alam abadi. DEMI REDHA IBU BAPA mengajak kita bermuhasabah untuk memperbaiki kekhilafan dan kealpaan diri dalam mendidik permata hati. Tunaikan tanggungjawab masing-masing agar ayah ibu dan anak-anak saling menghormati, menghargai lagi diberkati. Usah mudah mengalah dengan ujian kerana itulah tanda kecintaan-NYA buat hamba yang dikasihi.
Kasihnya ibu membawa ke syurga. Berkorban nyawa tanda kasih. Kasihnya ayah tak sanggup berpisah. Berkorban raga rela binasa. Aduhai ibu... kasihnya pada kita tiada noktah. Jasanya tidak terhitung, pengorbanannya tidak terbalas. Doa dan kasihnya bagai selimut yang membaluti tubuh. Pelukannya umpama angin yang mendinginkan. Betapa lembutnya teguran diberi kala kita hanyut dalam kelalaian. Namun, alangkah hiba hati kecil mereka andai terguris dek kedegilan yang kita pamerkan. Dalam keseronokan mengejar duniawi, hadirnya insan rabbani ini membawa peringatan agar kita tidak terus terleka diulit mimpi. Bicaranya tersembunyi sejuta hikmah menuntun kita ke jalan bahagia. Halangnya bukan membantah. Nasihatnya untuk kebaikan. Beruntunglah siapa yang mendengar, rugilah mereka yang ingkar.
Couple atau berpacaran menjadi trend remaja hari ini. Bagi yang tiada kekasih hati akan dikatakan ketinggalan zaman. Bahkan dianggap sebagai 'nerd'. Disebabkan remaja yang berfikiran demikianlah maka wujudnya istilah teman tapi mesra, teman berbual, hubungan tanpa ikatan, teman intim dan seumpamanya. Sebenarnya, bolehkah kita berpacaran? Jawapannya, ya! Islam tidak pernah menghalang kita berkasih sayang tetapi haruslah 'patuh syariah'. Tambahan pula berkasih sayang adalah fitrah bagi dua insan yang ingin dicinta dan mencintai. Namun, tanpa disedari hubungan yang dicipta semakin jauh dan menuju ke arah kebebasan. KALAU BERPACARAN memberi peringatan, panduan dan nasihat demi memurnikan hubungan antara lelaki dan wanita. Juga disediakan penyelesaian terhadap isu-isu cinta yang sering dipersoalkan remaja hari ini. Mesti dimiliki terutamanya remaja demi menzahirkan sebuah hubungan cinta berlandaskan Islam.
Dunia hari ini terlalu mencabar dan banyak rintangan yang perlu dilalui. Hanya mereka yang kuat iman dan takwa sahaja akan berjaya mengharungi mehnah mendatang. Dunia juga sudah terlalu tua dan tiba masanya akan ‘pergi’ jua. Andai tiada bekalan dibawa, rugilah insan yang menjejakkan kaki ke akhirat nan abadi. Kita, ada kalanya alpa dalam arus kemodenan hari ini. Hanya peringatan daripada ibu dan ayah menjadi paksi kekuatan diri untuk terus berada di landasan hakiki. Doa mereka menjadi sebab rahmat ILAHI bertandang dalam kehidupan, kasih sayang mereka jua tidak pernah surut. Sungguh, jasa mereka terlalu banyak dan tidak terbalas dek kita. ANAKKU... HIDUP SEKALI BIAR BERERTI merupakan sebuah catatan cinta insan rabbani yang amat menyayangi kita. Hayatilah apa yang tercatat, selamilah apa yang terlafaz, pasti ketemu mutiara indah sebagai pegangan dalam mengharungi pancaroba hidup. Ambillah segala teguran kerana ia menuntun kita ke arah bahagia hakiki dan bukan merugi. Beruntunglah mereka yang beramal dengannya dan rugilah bagi yang ingkar.
Tatkala nyawa di hujung usia tatkala umat yang akan ditinggalkan tidak tahu bagaimanakah nasibnya tergenang air jernih di kelopak mata apakah akan terjadi andainya tidak saling berpesan buat umat yang terkemudian... Kehidupan ini sememangnya memiliki rahsia yang tersembunyi. Adakala, apa yang kita harapkan tidak menjadi, sebaliknya apa yang tidak diminta, kita memperolehinya. Usah cepat berputus asa dengan rahmat ILAHI dan terus menghukum bahawa doa kita tidak diperkenankan. Teruskanlah memohon di samping merenung ke dalam diri apakah yang telah ALLAH limpahkan kepada kita. Sejujurnya, jika hendak dicatatkan, sudah tentu tinta seluas air lautan yang digunakan tidak mencukupi. Ini menggambark...
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." Al-Ahzab : 21 Jauh jarak kita dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW umpama langit dan bumi. Lebih 1400 tahun jauhnya sehingga kita kadangkala terasa untuk mengenali baginda itu satu utopia sahaja. Padahal sudah disediakan jambatan antara kita dengan baginda. Jambatan yang menjadi penghubung antara kita dengan Pencipta. Jambatan itu pula adalah himpunan ayat al-Quran dan hadis yang sangat tinggi nilainya. Daripada keduanya...
CINTA Al-Khaliq kepada makhluk-NYA telah sedia terbukti. Bukti pertama, DIA mencipta kita. Kedua, rahmat kasih sayang-NYA (sifat Rahman-NYA melimpah luas). Bagaimana pula cinta kita kepada-NYA? Apakah cinta Al-Khaliq berbalas? Wajarkah kita ghairah dengan cinta kepada makhluk-NYA sedangkan Khaliqnya kita lupa? Andai selama ini kita asyik memberi makanan kepada jasad fizik tapi lupa memberi makanan kepada rohani, maka letakkanlah seluruh usaha ke arah MERAIH CINTA AL-KHALIQ. Bersyukurlah andai kesedaran datang kerana itu tandanya kita mempunyai hati yang masih hidup. Sesalan adalah isyarat bahawa kita berpotensi untuk berhijrah kepada yang lebih baik. Ayuh... kita masuk ke dalam diri! Singkaplah lapisan rahsia insani agar berputik cinta Rabbani, cinta Al-Khaliq. Marilah membuka qalbu dan kembali kepada rahmat-NYA yang seluas langit dan bumi. Tundukkan hati dan rundukkan wajah mendekati Al-Khaliq yang Maha Qudus. Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillaallah Allahuakbar...
A directory to the universities of the Commonwealth and the handbook of their association.
Buku ini adalah pendekatan tafsir al-Quran yang mempunyai banyak keistimewaan bagi menyingkap maksud al-Quransebagai sebuah kitab suci yang lengkap dan sesuai untuk setiapzaman, tempat dan keadaan. Penggunaan pendekatan inidalam pentafsiran al-Quran bukan perkara baru malah benihnyatelahpun diajarkan oleh Rasulullah SAW apabila bagindamempertemukan ayat-ayat yang sama temanya. Pendekatan inikemudiannya digunakan juga oleh para sahabat, tabiin, para mufassirin sama ada yang terdahulu yang terkemudian danpara penulis-penulis yang ingin menyingkap rahsia kitab sucial-Quran. Konsep tafsir berdasarkan tema menjadi lebih jelaspada kurun terakhir ini apabila para ulama dan pengkaji cubamenyingkap pendekatan ini secara lebih sistematik sehinggamenerbitkan istilah dan konsep tafsir berdasarkan tema secaralebih menyeluruh.